Bab 14: Mencari

2K 217 7
                                    

   Hutan bagi manusia adalah tempat yang mengerikan. Pelbagai jenis makhluk halus, haiwan dan tumbuhan daripada pelbagai spesies yang mendiami tempat seperti ini. Namun berabad-abad dan abad dahulu, bumi ini dipenuhi hutan semata-mata tanpa pembangunan dan gas toksik yang memusnahkan alam. Malah segala haiwan aneh inilah penghuni asal hutan sebelum dieskploitasi oleh manusia durjana.

Berjalan di dalam hutan tebal ini sangat menakutkan kerana alam seakan-akan sering mencuba untuk membalas dendam terhadap manusia, apatah lagi dengan hakikat bahawa mereka telah terperangkap di hutan aneh ini tanpa jalan keluar. Apa yang boleh dilakukan sekarang hanyalah berdoa, berharap dan berusaha. Juga, mereka terpaksa memberanikan diri jika mahu selamat. Itu pun jika selamat.

"woi, rehat lah sekejap!" perangai berat tulang Adan sudahpun bermula.

Aleya yang berjalan di hadapan sekali, menoleh ke arahnya, "kau ni berlari kuat. Jalan sikit dah penat"

"weh, dah satu jam kita jalan tahu tak? Matahari pun dah tak ada"

Aleya mendongak sejenak untuk melihat langit yang mula melakukan transisi malam. Kemudian dia memandang Adan semula, "sebab tu lah kita kena cari diorang cepat-cepat"

"ah, tak kira. Lagi satu, aku lapar. Aku tak boleh jalan" Adan mula menunjukkan perangai macam budak 6 tahun dia.

"awak lapar?" soal Hani sebelum dia mengeluarkan sebiji buah mangga muda daripada beg galasnya. Mangga muda yang dipetik oleh Ezlan untuknya.

Sengihan Adan melebar. Lantas tangannya menyambut mangga muda itu, "pisau tak ada?"

Hani menggelengkan kepalanya.

"mana pisau kau?" soal Adan kepada Aleya pula.

"aku dah bagi Fuad tadi" jawab Aleya malas. Menyampah betul dia dengan perangai lelaki ini.

Mendengar jawapan Aleya, Adan mengeluh sebentar. Kemudian dia menggigit kulit mangga itu dengan giginya. Rakus dan gelojoh.

"puihh!" Adan meludahkan sisa kulit mangga ke tanah. Wajahnya mencebik seribu, "masam gila!"

Padan muka. Aleya tersengih puas, "dah kenyang? Boleh kita teruskan?"

Tanpa menunggu jawapan Adan, Aleya meneruskan langkahnya dengan diikuti Hani. Kemudian dia meneliti sebatang pokok di hadapannya untuk memeriksa tanda yang telah diukir Fuad atau Zana. Huh, nak harapkan Ezlan, dia tu pandai mengarah je.

"dah jumpa" Aleya melihat tanda X yang jelas diukir oleh seorang manusia, bukannya seekor gorila.

"weh, tunggu aku. Aku nak berak jap!" kata Adan tiba-tiba.

"tak senonoh lah!" marah Aleya walaupun dia tahu membuang air besar adalah hukum semulajadi yang tidak boleh dibendung. Namun Adan terus berlari terkocoh-kocoh ke satu arah untuk melepaskan hajatnya. Cukup jauh supaya tidak dilihat Aleya dan Hani.

"Aleya!" panggil Hani tiba-tiba.

"kenapa?" soal Aleya lalu mendekati Hani.

"tengok ni..."

Aleya terkesima seketika apabila melihat ke tanah seperti yang ditunjukkan Hani. Terdapat seperti akar-akar yang kekal di dalam tanah dan kesan pokok tumbang, walau bagaimanapun tiada dahan atau batang pokok. Tidak kelihatan seperti telah ditebang oleh manusia, tetapi seolah-olah batang pokok telah memaksa dirinya tercabut dari asas akar. Malah masih ada banyak lagi akar-akar sebegitu di sekeliling mereka.

Aleya mula terfikirkan sesuatu, "Hani, cuba check kat pokok-pokok sebelah sana. Ada tak tanda X?"

"okay" Hani menurut tanpa banyak bicara.

Enam TerpilihWhere stories live. Discover now