6 - Masalah

6.3K 165 8
                                    

BUNYI laungan azan mengejutkan iman dari tidurnya yang lena.

Iman menggeliat kecil.

Celik sahaja matanya, muka Naufal menjadi tatapan pertamanya.

Iman, merenung wajah Naufal. Tanpa diarah dan dipinta, jari telunjuknya menari di wajah Naufal.

Dari kening, turun ke hidung mancung Naufal.

Iman tersenyum kecil, kenapa dia tidak perasan yang Naufal mempunyai wajah yang cukup sempurna?

Kening yang sedikit lebat dan terbentuk cantik, hidung yang mancung ala-ala kpop, wajah yang bersih tanpa satu pun jerawat atau jeragat!

Dan bibir yang merah bak delima yang cukup seksi.

Terus dibawa lari jarinya itu dari terus menari di wajah Naufal.

"Hensem" ujar iman pelan dalam suara sedikit serak akibat baru bangun dari tidur.

Tiba-tiba satu demi satu persoalan muncul di benak fikirannya.

Senyuman yang dari tadi tidak lekang dibibirnya, mula hilang.

'Dapat ke aku bahagia dengan dia? Sedangkan, perasaan aku terhadap dia sedikit pun tiada? Dan apa yang aku boleh lakukan untuk dia cintakan aku?' getus hati kecil iman.

RAISYA menilik pakaiannya di cermin besar yang tergantung elok di dinding.

Tak lupa untuk menilik wajahnya yang di hiasi make-up natural.

Selepas memastikan pakaiannya benar-benar menutup aurat dan make-up nya tiada cacat cela, Raisya menadah tangan lalu berdoa kepada tuhan semoga mempermudahkan urusannya pada hari ini.

Setelah mengaminkan doanya, Raisya mengambil fail-fail nya yang terletak elok di meja kerjanya.

"Harap-harap ada rezeki " satu senyuman manis terukir di bibirnya dan tanpa membuang masa, Raisya menapak keluar dari biliknya.

Hari ini adalah hari penting buatnya, dimana dia telah mendapat tawaran untuk interview di sebuah syarikat iaitu Zarif Holdings.

"Nur Raisya binti Zakaria" laung penjaga akauntan. Raisya bergegas masuk ke dalam bilik interview.

Tuk tuk

Sempat Raisya mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum menapak masuk ke dalam bilik interview.

"Assalamualaikum, saya Nur Raisya binti Zakaria" ujar Raisya.

Matanya terus terpandang susuk tubuh yang duduk bersandar di kurusi sambil membekanginya.

"Wa'alaikumussalam" balas si dia tanpa berpaling ke Raisya.

"So you rasa you layak ke kerja sebagai P.A I? " dengan suara angkuh si dia bersuara.

Terkejut Raisya dengan soalan yang dilontar kepadanya. Tergeleng kepalanya.

"Insya'allah dengan izin Allah, saya layak jadi P.A Encik" Raisya tersenyum senget dengan kata-katanya sendiri.

'Hamek kau, tulah siapa suruh angkat hidung tinggi-tinggi' desis hati Raisya.

ZARIF yang mula 'kepanasan' itu terus memusing mengadap Raisya.

Terus anak mata mereka bertembung.
Tergamam Zarif melihat ke ayuan Raisya. Matanya melilau setiap inci wajah Raisya.

'Cantik' desis hatinya.

Raisya berdehem apabila perasaan akan kelakuan Zarif.

"Ehem!" Raisya memandang ke arah lain sambil berdehem.

Tergeleng kecil Zarif, cuba menyadarkan dirinya.

"Nur Raisya binti Zakaria, you diterima sebagai P.A i"

Terlopong Raisya mendengar kata-kata yang di lontarkan oleh Zarif.

Tanpa sedar Zarif mengukirkan senyuman penuh makna.

DUMM!!

Terhenjut bahu Iman akibat terkejut akan bunyi hempasan pintu bilik.

Iman yang baru sahaja usai mandi segera mendapatkan Naufal yang berdiri tegak di pintu bilik.

Beg kerjanya, Naufal baling tepat mengenai kepala Iman.

Jatuh terjelepok Iman menyembah lantai.

Berkerut dahi Iman menahan sakit dengan perasaan yang bercampur-baur Iman berdiri.

Wajah suaminya dia pandang dengan penuh tanda soal.

"A-awak ada masalah ke? Kalau ada, kita boleh bincang? " dengan  suara yang terkawal Iman mengungkapkan kata-kata itu.

Bimbang jika dirinya menitiskan air mata.

Dia tidak mahu suaminya di murkai oleh maha esa akibat titisan air matanya.

"Ya!!  Memang aku ada masalah!! Masalah semua tu kau!! Kau punca masalah aku sekarang!!! " jerkah Naufal.

-TBC-

Sorry cuz lambat update, budak PT3 baru lepas hoora hooray dengan sekutu sepapat geng rider.

Suamiku (COMPLETE/EDIT)Where stories live. Discover now