Chapter 7: Tak sangka rasa sakit dia macam ni

12 2 0
                                    

sebulan setengah kemudian

Rif POV

"What!!! Rin couple?!!! Seriously??!! Dengan siapa???"

"Dengan budak Arin High School. Budak photographer tulah yang selalu ada time futsal competition."

"Seriously? Kau tau dari mana?"

"Aku kan banyak spy so aku tau lah."

'Rin couple dengan Amran? Biar betul.'

Rif terdiam dan berasa kesal. Daniel yang pada awalnya ada bersama Ruf kini pergi meninggalkannya. Rif memarahi dirinya sendiri.

'Kenapa aku bodoh sangat, kenapa aku tak confess dekat dia? KENAPA!'

Rif memegang kepalanya dengan kuat. Dia kesal dengan perbuatannya. Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa rakan karibnya iaitu crushnya telah menjadi milik orang lain.

Selepas Rif mengetahui Rin couple dengan Amran, dia langsung tidak berjumpa dengan Rin walaupun mereka terserempak. Rif juga tidak membalas message Rin. Rif masih tidak move on dengan perkara tersebut.

"Kenapa benda ni sakit sangat? Kenapa aku tak boleh nak move on? Kenapa aku tak boleh nak suka perempuan lain? Kenapa? Kenapa kau buat aku macam ni Rin!?"

sebulan kemudian

Ameer POV

"Danial, pahal dengan Rif tu? Aku tengok murung je dia tu dari bulan lepas?"

"Entahlah weyh, bulan lepas aku ada cakap dekat dia yang Rin couple dengan budak photographer Arin High School and then he be like this."

"What! Rin couple dengan budak photographer Arin High School? Amran? Cousin Marisa?"

"Ye, kau tak tau ke?"

"Tak!"

"Lah ye ke. Kau pergilah cakap dengan Rif tu. Maybe kau boleh legakan dia ke."

Ameer pergi ke tempat duduk Rif'at. Rif memandang muka Ameer lalu sambung melakukan kerjanya.

"Rif, kau sihat?"

"Aku okay je. Pahal tanya?"

"Saja je tanya. Aku asik nampak kau termenung je. Langsung tak bercakap dengan kitaorang."

"Aku okay je."

"Kau tau pasal Rin.."

"Couple dengan Amran? ye aku tau."

Belum sempat Ameer menghabiskan ayatnya Rif telah menyambung ayat tersebut.

"Sebab tu ke kau jadi macam ni?"

"Tak ada masa aku nak jadi macam ni sebab dia. Buang masa aku je. Kalau aku suka dia tu lain lah citer."

"But the fact is kau memang suka dia kan? Kau ada bagitau aku yang kau suka dia. Kau suka dia sejak sekolah rendah. Kenapa kau tak cakap dekat dia? Kau tunggu dia lama kot. Kau..."

"Dah kau senyap boleh tak?! Aku dah tak nak dengar lagi pasal dia! Aku tak nak tau pasal dia lagi! Kau faham tak! Aku cukup sakit rasa macam ni! Aku penat jaga dia, aku dah tunjuk yang aku sayang dia tapi dia tak nampak! Kau fikir aku tak penat ke haa! Kalau kau dah tak ada benda nak cakap, please go now I want to be alone."

Ameer tidak pernah melihat rakannya sebegitu marah kepadanya. Tetapi Ameer juga tidak tahu sama ada Rif marah, sedih atau kecewa. Rif sahaja tahu apa yang dia rasa.

Why Don't You Figure my Heart out?Donde viven las historias. Descúbrelo ahora