Chapter 13

18 1 0
                                    

Rin POV

"Rin awak dah okay ke? Kalau awak tak okay tak apa awak boleh duduk tepi."

"Eh tak apalah Abang Ir saya okay, saya boleh main."

"Okaylah kalau macam tu."

Abang Ir merupakan abang facilitator yang banyak tolong aku. Aku kenal Abang Ir dah lama juga cuma lost contact je. Ni dah dapat jumpa dia senang sikit hati aku.

"Okay semua kumpul ikut kumpulan sekarang. Kumpulan yang malam tadi abang tentukan okay?"

"Abang, saya dengan Rin dekat kumpulan mana?"

"Owh ye abang lupa nak bagitau. Zarif dan Rin dekat kumpulan 8. Rin okay kan? Sebab dekat kumpulan tu cuma Rin je perempuan? Kalau tak okay abang boleh tukarkan?"

"Eh tak apalah abang, Rin okay je. Lagipon Zarif ada."

Aku senyum ke arah Abang Ir. Tak apalah satu group dengan budak lelaki. Tulah siapa suruh tak makan ubat kan dah dapat satu group macam ni. Tak apalah janji nanti ada game lawan group lain, group aku power.

Aku dan Zarif berjalan pergi ke baris kumpulan 8. Aku tak sangka kumpulan 8 tu kebanyakannya budak sekolah Melborn Boys High School. Haih menyesal cakap okay je tadi. Ingatkan aku tak payah hadap muka Rif bila dah pecahkan kumpulan, tapi still hadap muka dia.

"Eh Rin kau okay tak? Pahal mengelamun je ni."

"Ah tak ada apalah."

"Wow budak top Melborn Girls High School satu group dengan kita lah Rif."

"Kau senyap ae Mar, jangan sampai malam ni kau makan bola kang."

"Uish janganlah garang sangat Rin, Amar gurau je tu."

"Ala aku gurau je Mir. Ahaha macam lah kau tak kenal aku."

"Sebab dia tak kenal kau lah dia cakap macam tu. Semua orang susah nak kenal kau, termasuk aku."

Perkataan tersebut membuatkan suasana di situ dingin. Rin tidak sangka bahawa Rif akan berkata sedemikian rupa. Aku ingin bersuara tetapi dihalang oleh Zarif. Nasiblah Zarif halang, kalau tak dah lama lunyai aku kerjakan Rif tu.

"Dah lah korang tak dengar ke apa yang Abang Ir tu cakap? Dia suruh bincang strategi kan untuk game kejap lagi?"

"Okay so aku ada idea. Dia macam ni tau..."

"Aku yang akan bagitau strategi kita macam mana."

Belum sempat aku bagitau plan aku, Rif dah mencelah. Sekali lagi Zarif menenangkan aku, Syamir turut menenang kan aku juga.

"Kau sabar dulu tau Rin, aku pon tak tau apa jadi dekan Rif ni. Dari semalam dia jadi macam ni."

"Tak apa aku faham sangat perangai dia."

tamat perlawanan

"Wow nice game guys. Eh Rif plan kau baguslah, nanti kau susun lagi tau untuk game yang lain."

Langsung tiada respond dari Rif, dia hanya menganggukkan kepala sahaja kepada Rin.

6.30 p.m.

Pada waktu ini, para pelajar dibenarkan melakukan perkara yang mereka ingin lakukan. Aku mengambil kesempatan ini untuk melihat permandangan di sekitar kem tersebut. Tanpa aku sedar, aku ditarik oleh seseorang dari belakang.

"Weyh apa ni, siapa kau ni ha!"

"Shh senyaplah Rin."

Aku kenal suara tu, suara ni suara...

Why Don't You Figure my Heart out?Where stories live. Discover now