Chapter 30: Final

21 3 0
                                    

Izzu POV

"Haa! Seriouslah Mika dengan Rin nak kahwin?!" kata-kata Izzu tersebut membuatkan Marisa tersembur air ke muka Iera.

"Weyhh apa ni. Macam mana boleh jadi macam ni! Aku dah buat dia sengsara tapi kenapa dia boleh bahagia balik!" Marisa mula bengang dan menghentak meja membuatkan Iera dan Shah terkejut.

"Ye Marisa, diaorang nak kahwin. Kawan Zarif bagitau aku." jelas Shah kepada dua orang tersebut.

"Rin patutnya jadi isteri aku! Bukannya Rif even Mika pon bukan! Dia milik aku!" suasana menjadi tegang dan sunyi sehingga Izzu memecahkan kesunyian tersebut. "Hah, aku ada idea! Okay kita buat macam ni."

Mika POV

Aku bawa Daniel dengan Rin pergi taman. Yelah Daniel nak sangat pergi taman. And lagi tiga bulan aku dengan Rin akan kahwin. Sampai je dekat taman Daniel terus berlari kearah tempat bermain. Aku dengan Rin hanya duduk di atas bangku. Dalam satu jam aku dengan Rin duduk di atas bangku sambil berborak.

"Nak balik tak? Macam dah lewat dah ni." tanya aku kepada Rin.

"Boleh juga. Kejap Rin panggil Daniel." Rin pergi ke tempat permainan dan mencari Daniel. Aku hanya memerhati kemudian aku dapat melihat bahawa muka Rin seperti resah. Aku pergi ke arah Rin.

"Rin kenapa ni? Mana Daniel?"

"Daniel... Daniel.." suara Rin tersekat-sekat. Aku mula panik.

"Kenapa dengan Daniel. Mana dia."

"Daniel hilang." Rin hilang kestabilan untuk berdiri menyebabkan dia rebah ke tanah. Aku angkat dia dan bawa dia duduk dekat bangku.

"Hey hey, dah kita cari Daniel lagi okay. Jangan macam ni. Rin kena jaga kesihatan." Rin hanya menganggukkan kepalanya.

Kitaorang cari Daniel sampai pukul 9 malam. Aku pon minta yang lain tolong carikan Daniel. Dalam 9.30 malam kitaorang kumpul dekat rumah Rin. Rin sedih and risau sangat tentang Daniel hilang yang lain pon risau. Yelah Daniel baru berapa tahun. Diaorang takut benda buruk jadi dekat Daniel. Tiba-tiba lagu 'Wanna by Wanna One' berkumandang menandakan ada orang call. Aku perhatikan nombor telefon tersebut, and wait! Ni number yang sama orang pernah kacau kitaorang. Aku ada number dia sebab Rif bagi aku amd siasat pasal dia tapi sampau sekarang aku dapat nothing about that number. Apa dia ni mimpi call aku? Mana dia dapat number aku?

"Hello?"

"Kalau kau nak Daniel kau kena pergi dekat tempat yang aku akan message kejap lagi. Aku nak kau tinggalkan Rin and aku akan bagi Daniel dekat kau. Kau jangan bagitau polis, kalau kau bagitau polis.. nyawa Daniel dalam bahaya."

tutttttt.... (talian di putuskan)

"HELLO! HELLO! WOI JAWABLAH!"

Semua orang terkejut bila aku jerit marah marah. Aku bengang bila orang tu terus putuskan talian. Kemudian aku menerima message dari nombor tersebut. Dia memberi alamat di mana aku dengan Rin patut berjumpa.

"Mika kenapa ni?" Rin memegang bahu aku. Aku hanya memandang tepat di mata Rin kemudian memberi telefon aku kepadanya. Dia membaca message tersebut.

"Daniel ada dekat sini? Betul ke Mika? Kita pergi okay esok!"

"Tapi orang tu cakap kalau amik Daniel.. Rin kena tinggal. Tapi kalau Rin tak pergi nanti nyawa Daniel..."

"Rin tak kesah.. asalkan nyawa Daniel.. nyawa anak Rin mesti selamat. Please Mika.. Rin merayu sangat."

"Okay kita pergi. Sekarang Rin pergi tidur okay. Rin dah penat dah tu." aku pandang Nella tanda suruh bawa Rin tidur.

"Rin jom ikut aku tidur. Aku teman kan kau okay." Rin hanya menganggukkan kepala tanda setuju dengan Nella.

Why Don't You Figure my Heart out?Where stories live. Discover now