Bab 2

11.6K 367 1
                                    

"What the fvck!" marah lelaki itu seraya meraup wajahnya yang basah. Dadanya berombak marah. Tergamam juga dengan apa yang gadis bertudung itu lakukan terhadapnya. Belum pernah seumur hidupnya, dicurahkan air seperti itu. Nasib baik air putih je, kalau air coffee ke nescafe ke memang dia cari la perempuan miskin seperti itu sampai kelubang cacing. Tetapi, perempuan tu dah calarkan maruah aku! Tiba-tiba matanya terpandang fail kepunyaan gadis itu yang berada diatas meja. 'Well, well, well... you just make a big problem with me Nur Farhanim...' bisik hatinya penuh muslihat. Senyuman jahatnya terukir dibibir.
"Boss tak apa-apa ke?"
"Are you okay boss?"
"OMG boss, kenapa basah ni?!" Wajahnya dimaniskan apabila melihat beberapa orang pekerja wanita yang masuk kebiliknya.
"Don't worry my ladies, I'm okay" Zayn membalas soalan mereka dengan senyuman lelaki melayu terakhirnya yang mampu buat mereka cair disitu.

"Haaa...." aku mengeluh untuk kali keenam.Biarlah, bukan rezeki aku dekat syarikat tu. Apabila teringatkan semula peristiwa yang berlaku tadi, hatinya sakit semula. Dia ingat senang-senang boleh ambil kesempatan dekat aku? Memang takla aku nak bukak aurat semata-mata nak dengar cakap jantan tu. Huh, padan muka kena simbah air! Tapi, kesian la pulak... ahh salah dia la selak tudung aku macam tu,mau tak terkejut aku. Itu namanya pengajaran! Eh, apa tu? Kereta tu macam ada masalah je... Dahla tak ada kereta yang lalu. Tanpa berfikir panjang, aku memberi signal kekiri.
Aku turun dari Myvi dan menuju ke kereta yang bermasalah itu. Telingaku menangkap bunyi seperti orang sesak nafas. Seorang lelaki sedang bercakap dengan telefon, kalut sahaja gayanya.
"Encik, kenapa ni?" soalku seraya mengerutkan dahi. Lelaki itu menunjuk kearah dalam kereta.
"Tuan sakit, kereta rosak!" Lelaki itu seperti mahu menangis pulak gayanya, lagilah aku risau. Beberapa kali aku melihat dia cuba menelefon seseorang tetapi tidak diangkat. Aku membuka pintu kereta ditempat pemandu belakang. Kelihatan seorang lelaki yang usianya dalam lingkungan ayah sedang memegang dada seraya menghirup udara menggunangkan pam oksigen.
"Ya Allah pakcik! Encik, nampak pakcik ni macam teruk" ujarku risau melihat keadaan pakcik itu yang tenat.
"Diorang kata ambulan lambat lagi cik. Saya cuba call anak dia pun tak angkat!" Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Apa aku nak buat ni?
"Okay, sekarang ni Encik tolong pimpin pakcik ni masuk kereta saya. Jap saya ambik kereta" Tanpa sempat lelaki itu berkata-kata, aku sudah pun mengambil kereta dibelakang. Dia pun tak tahu apa yang perlu dilakukan pada saat getir seperti ini. Tetapi dia melihat gadis itu seperti boleh dipercayai. Setelah memimpin pakcik itu duduk di seat hadapan, aku menekan minyak kereta. Racing pun racingla Myvi kesayanganku. Kesian pulak tengok pakcik tu terhuyung hayang tapi aku perlu cepat.

Aku menghembus nafas lega setelah mendengar doktor berkata pakcik itu sudah stabil.
     "Alhamdulillah..."
     "Cik, terima kasih sebab sudi bantu kami. Kalau cik tak ada tadi tak tahula apa nak jadi pada Tuan. Terima kasih sangat-sangat, Cik..."
     "Hanim"
     "Cik Hanim, terima..."
     "Ya sama-sama Encik. Takpe saya tak kisah. Bersyukur kepada Allah juga sebab tak berlaku apa-apa yang buruk kepada pakcik tu" Ujarku sambil tersenyum manis. Tak lenguh ke dari tadi tak henti-henti ucap terima kasih? Tiba-tiba, datang segerombolan manusia yang entah dari mana aku pun tak tahu. Semuanya berpakaian hitam dan nampak gaya diorang ni macam ada title jugak. Aku rasa macam kerdil je kat sini. Setiap seorang mereka membawa makanan dan buah-buahan. Aku melihat roti 80sen didalam plastik yang aku pegang, niat nak bagi dekat pakcik tu. Tapi... tak jadila. Perlahan aku berundur kebelakang. Penuh mereka dipintu. Aku terdengar perbualan beberapa orang dari mereka.
      "Panas!"
      "Aku ingat Hospital sana"
      "Pindahkan ke bilik yang besar sikit tak boleh ke, sempitla!" marah seorang wanita sambil mengibas-ngibas wajahnya sendiri. Aku mencebik. 'Hospital ni je paling dekat yang aku tahu, janji pakcik tu sihat. Diorang ni siapa sebenarnya?' soal hatiku pelik.

My Husband Mr. ArrogantOnde histórias criam vida. Descubra agora