Bab 25

10.6K 342 17
                                    

Aku menguap beberapa kali. Kenapa aku rasa jauh semacam ni? Rasa rumah Rayn tak jauh macam ni. Masa pergi Alamanda tadi dekat je...
"Kau tidur la, dah sampai aku gerak" ujar Rayn tanpa melihat kearahku. Aku mengangguk sebelum mengubah posisi. Sekejap saja aku sudah lena dibuai mimpi.

"Weh, bangun dah subuh" Rayn menggoncang bahuku perlahan. Aku membuka sebelah mataku. Rayn gerak aku solat subuh? Confirm mimpi. Aku menyambung tidur sambil menarik selimut. Sejak bila pulak dalam kereta Rayn ada selimut?
"Dah bangun ke? Selalu awal je bangun Hanim ni" ujar Hajah Rahimah sebelum duduk disebelahku. Aku menyepetkan mata memandang ibuku tanpa reaksi. Ibu? Mataku terbuntang luas. Pantas aku bangun dari pembaringan sebelum memeluk erat ibuku. Aku mendengar abahku dan Rayn berbual sebelum keluar untuk ke masjid. Mesti abah suruh Rayn azan nanti... lantaklah.
"Ibu, Hanim rindu ibu!" jeritku gembira.
"Dah tak payah nak rindu-rindu sangat. Bangun kemas katil tu, lepas solat tolong ibu buat sarapan" arah ibuku sebelum berlalu ke dapur. Aku tersenyum memandang sekeliling bilikku yang tidak secantik bilik Rayn. Rayn tak cakap pun nak balik kampung, malam pulak tu. Haihh... ni yang sayang dia lebih ni haha! Aku tersenyum girang. Pantas aku mengemas katil dan memasuki bilik air untuk membersihkan diri. Rasa semangat baru datang bila tak ada mama dan adik tiri Rayn, huhu...

"Jomlah ikut saya pergi kebun..." pintaku dengan nada sedikit gedik. Rayn menggeleng dengan wajah seriusnya. Gila aku nak pergi kebun... Habis berlumut kaki aku nanti. Aku memuncungkan bibir. Asyik main henfon je, geram pulak aku. Kalau macam ni la gayanya baik tak payah balik rumah aku ni. Henfon aku yang dia belikan tu aku baru main sikit-sikit je. Lepas dari sarapan tadi dia asyik baring dalam bilik pastu menghadap henfon. Entah-entah dia dok mesej dengan kekasih dia tu... Tiba-tiba, aku terdengar suara seperti memberi salam. Pantas aku keluar dari bilik. Aku melihat ibu sedang berbual dengan seseorang dimuka pintu. Siapa? Setelah aku amati, rupanya sepupu aku yang tinggal di kampung sebelah... Hani. Dia muda setahun dari aku, tapi pahal pulak dia tak balik ikut mak dia tu?
"Hanim, ni Hani tinggal sini beberapa hari. Kamu tengokkan ye. Ibu dengan abah nak tengok kebun. Kalau nak pergi nanti kunci pintu" pesan Hajah Rahimah sebelum keluar. Aku mengangguk mengiakan.
"Hai Kak Hanim!" ujar Hani ceria apabila melihat kelibatku di pintu bilik. Aku tersenyum seraya berjalan kearahnya. Kami berpelukan. Dulu kecik-kecik kami selalu main masak-masak bersama. Tapi ada something yang aku tak suka tentang minah ni, korang akan tahu nanti...
"Hani sihat? Tadi Kak Hanim nampak Mak Su datang sekali. Mana Mak Su?" soalku sambil melihat-lihat dari tingkap.
"Oh, sihat je. Hani datang dengan mak tadi. Pastu mak dah balik dengan abah. Diorang suruh Hani tinggal sini dulu sementara rumah kitaorang renovate, hehe..." Hani tersengih seraya melihatku. Tiba-tiba, dia melihat henfon pemberian dari Rayn di tangan aku. Terus saja dia menarik henfon itu dengan mata bersinar-sinar. Mati senyuman aku. Kalau dengan minah ni tahap kesabaran kena tinggi sikit.
"Wahhh... henfon baru la siot! Kak Hanim punya ke?!" soalnya tersangat teruja. Mahal doh fon nih! Kaya jugak kak Hanim ni rupanya...
"Haah, tapi Kak Hanim tak berapa reti sangat touch-touch tu. Kena belajar..."
"Macam nilah... Kak Hanim, kita swap fon. Kak Hanim amek yang Hani punya. Hani amek yang nih. Amacam?" soalnya dengan nada separuh berbisik. Aku tersenyum sebelum merampas semula henfon aku dari tangannya.
"Banyak cantik... Suami Kak Hanim yang belikan ni. Sayang tau!" ujarku dengan hati yang sedikit panas. Dia ingat kain buruk ke nak swap-swap? Wajah Hani jelas menunjukkan kekecewaan. Aku sedikit kasihan.
"Takpelah, kalau Hani nak main game ke apa bolela..."
"Betulke? Yeay!" jerit Hani gembira. Aku menggeleng. Perangai macam budak-budak.
"Apa bising-bising ni?" soal Rayn dengan wajah serius seperti tadi. Aku tak tahula apa masalah dia. Dari tadi muka tu asyik cemberut je... Hani menoleh memandang Rayn. Agak lama matanya tidak lepas melihat suami aku. Aku dah mula rasa lain macam.
"Abang ni siapa? Dan kenapa hensem sangat?" soal Hani. Rayn melihat seorang gadis yang bertocang di sebelah Hanim. Siapa pulak minah ni? Adik Hanim ke? Dia cakap aku hensem ke tadi? Sebelum dia menjawab soalan Hani, aku terlebih dahulu mencelah.
"Emmm... Hani, kenalkan ni suami kesayangan kak Hanim, Abang Rayn. Abang, kenalkan ni sepupu Hanim. Hani" ujarku sambil memeluk lengan Rayn. Rayn mengangkat sebelah keningnya. Setakat ni belum pernah pompuan ni berlakon dulu sebelum aku. Ohhh, sepupu dia...
"Ohhh, betulla yang kak Hanim kahwin hari tu... Abang Rayn, seronok tak kahwin dengan kak Hanim?" soal Hani dengan nada berbisik. Rayn mengerutkan dahi. Apa punya soalan budak ni tanya aku? Aku dah pandang lain macam budak ni... Dahla jarak diorang ni dekat semacam. Aku kena fikirkan sesuatu.
"Ehh, abang? Tadi kan abang ada nak cakap sesuatu dekat ayang?" soalku buat-buat manja sebelum aku tarik Rayn masuk kedalam bilik. Rayn hanya mengikut langkahku. Macam pelik pula situasi ni...
"Sekejap ye Hani. Kami ada hal kejap" ujarku sebelum menutup pintu. Aku menghela nafas.
     "Pelik semacam je kau ni, apasal?" soal Rayn sambil memandang aku. Aku tersengih.
     "Emm... tak ada apa-apa. Cuma, jangan dekat sangat dengan sepupu saya tu tau"
     "Why?"
     "Ish, banyak soal pulak dia. Saya nak pergi kebun. Kalau awak tak nak ikut sudah. Awak tinggallah dengan Hani tu. Dia tu ada masalah sikit" Bisikku perlahan. Saja buat Rayn seram. Eh, aku pun tak sanggup biarkan Hani duduk berdua je dengan suami aku nilah. Rayn termakan jugak kata-kata aku. Dia mula fikir yang bukan-bukan. Masalah mental ke? Buatnya si Hani tu bertindak diluar kawalan... seram! Baik aku ikut Hanim.

My Husband Mr. ArrogantWhere stories live. Discover now