Bab 22

10.2K 322 14
                                    

"Awak, awak tak boleh keluar jumpa Diana!" ujarku dengan nada tegas. Rayn melihatku dengan pandangan hairan.
"Emm... maksud saya sekarang kan dah malam. Jadi, tak elokla awak jumpa dia kan? Lagipun esok kan ada? Emm... saya cuma bagi pendapat" ujarku sambil berpura-pura melihat sawang di siling bilik itu. Eh, tak ada sawangla, bersih! Rayn tersenyum simpul seraya mendekati gadis itu. Tidak jadi niatnya untuk berjumpa dengan Diana. Mereka bertentang mata.
"Kalau aku tak jumpa Diana, apa aku dapat?" soal Rayn pelan. Dia memuncungkan bibir. Aku melihatnya aneh. Pahal dia ni, muncung-muncung macam itik tu? Aku ingat nak buatkan dia air nescafe je.
Dia nak aku cium dia ke?
"Apa tu?"
"Kiss" ujar Rayn sambil menunjuk kearah bibirnya. Aku buat wajah geli.
"No,no... kalau kiss, kiss pipi je" ujarku seraya menunjuk kearah pipinya. Rayn seperti merajuk. Aku menjuihkan bibir. Eleh, nak merajuk pulak.
"Apasal yang gedik sangat ni? Nak kiss-kiss bagai... kalau nak jugak awak kena tutup mata" Rayn tersenyum gedik sebelum menuntup mata. Pahal kau gedik sangat dengan pompuan ni Rayn? Kau dah gile ke? Aku tak tahu, tapi bila aku dengan pompuan ni aku rasa bahagia... Rayn membuka sebelah matanya untuk mengintai gadis itu. Hanim sedang menginjak untuk mencium pipinya. Dengan pantas Rayn menunduk sedikit dan aku tercium mulutnya. Arghh!
"Thanks sayang" bisiknya gembira sebelum mencium dahiku pula. Aku masih tergamam. Rayn tersengih sebelum berlari kebilik air. Seronok benor gayanya. Aku menyentuh bibirku dan perlahan-lahan duduk dibirai katil. Jantung tolong berhenti berdegup! Eh, kalau berhenti berdegup mati pulak. Tak jadilah... Tidak sedar bibirku juga menguntum senyum. Haihhh... Rayn my arrogant husband. Eii... Aku memeluk bantal panjang milik Rayn. Argghhh, tolong aku maluu !! Dan untuk pertama kalinya, Rayn mandi dengan bahagia. Masing-masing hati sedang berbunga-bunga sehingga terlupa tentang hal semalam, is it love?

"Arghhh... mana Rayn ni?! Tak guna! Dah dua jam aku tunggu dia tak datang-datang lagi!" bentak Diana geram. Dia sudah bersedia dengan air dan pil tidur untuk Rayn. Eric di sebelah juga sudah letih menunggu dengan kameranya. Rancangan malam itu nampaknya tidak menjadi! Dia mahu membuatkan Hanim membenci Rayn sehingga rumah tangga mereka bercerai-berai! Dia juga yang beria-ria mahu Rayn mengahwini gadis kampung itu untuk title CEO Syarikat HL malangnya lain pula yang berlaku. Gadis kampung tak guna tu dah pikat Rayn aku! Diana memandang Eric. Dia mengusap wajah Eric perlahan.
"What's wrong babe?" soal Eric risau melihat kekasihnya yang seperti tak keruan itu.
"I think he's not coming, Eric. Sorry... But don't worry. Tonight I serve you well..." bisik Diana dengan gaya menggoda. Eric tersenyum lebar seraya memegang tangan kekasihnya itu.
"Let's go"

"Aduhh!" Aku mengaduh pelan apabila terlanggar bahu seseorang. Habis tercampak barang-barang yang aku beli dari dalam plastik.
"Alamak... sorry, sorry!" ujar Irfan seraya menolong gadis dihadapannya itu mengutip barang yang terjatuh. Kuat sangat ke aku langgar dia? Kedua-duanya terdiam apabila melihat antara satu sama lain.
"Farhanim?"
"Irfan?"
Kami ketawa.
"Ya Allah... Macam mana kau boleh ada dekat KL ni?"soalku ingin tahu. Irfan, rakan kolej aku dan juga group assignment aku kat kolej. Dialah satu-satunya rakan lelaki yang rapat sikit dengan aku.
"Lahh... aku baru kerja dengan syarikat Prima. So, aku sewa rumah jelah dekat KL dah alang-alang kerja sini. Kau pulak?" soal Irfan teruja. Hatinya berbunga kerana dapat berjumpa lagi dengan gadis idamannya. Hanim kelihatan semakin cantik... Aku mengangguk mengiakan.
"Alhamdulillah... nanti, bukan ke syarikat Prima sebelah syarikat HL Holding? Aku mungkin kerja situ kut nanti, insyaAllah kalau ada rezeki"
"Ohh hehe... berjiranlah kita nanti. Eh, kau bila nak ada whatsapp? Kau pakai henfon bergetah tu lagi ke?" soal lelaki itu seraya ketawa kecil. Aku juga ketawa mendengar bicara lelaki itu. Henfon unik aku ni dia panggil henfon bergetah? Kurang asam betul!
"Haah, malas lagilah nak ada henfon touch-touch tu. Nantilah... Eh, aku kena gerak ni. Assalamualaikum, Bye!" Aku berlalu dari situ seraya melambai kearah lelaki itu sebelum berlalu pergi mendapatkan Mak Nor yang sudah mengangkat barangan ke dalam kereta. Senyuman dibibir Irfan masih belum hilang. Nasib baik aku simpan lagi nombor dia. Tak sangka pulak boleh jumpa dengan dia dekat sini. Dahla syarikat aku kerja sebelah tempat kerja dia je. Haihh... Hanim, Hanim... Memang sahla kau jodoh aku...

My Husband Mr. ArrogantWhere stories live. Discover now