Bab 1

1.4K 48 7
                                    

''Oit Mek Yah! Amboi kau termenung jauh ye, kau ingat siapa?'' Tiba-tiba sahaja Maisarah yang merupakan salah seorang kawan baik Hidayah datang.
    
''Weh terkejut monkey aku tahu tak, nasib baik aku tak mati terkejut kat sini, kalau tak ,mau tak keluar berita esok tajuk macam ni ' seorang pelajar SMK Wakaf Bharu mati akibat terkejut ' '' kata Hidayah
     
  ''Banyak la kau punya berita ingat kau Neelofa ke?''
     
  ''Err, whatever la, haa nak ape?''
       
''Sekarang masa sains kan, jom la gi makmal, nanti sir Zakri marah pulak''
      
''Ha'ah la aku lupa, Pleam,Mira, Hajar mana?''
       ''Diorang gi tandas dulu''
   
   ''Dasar hantu tandas''

Dalam perjalanan mereka ke makmal, tiba-tiba Maisarah memaut kasar lengan Hidayah.

     ''Weh Dayah! Dayah! . Asyraff Yuza weyyy ! ''
   
  ''Wey Mai tak payah la gedik sangat. Aku cubit kau kang''
 
  ''Wey,macho nya dia ''
   
''Serabut pulak laa''

Sengaja lengan Maisarah yang memaut lengannya ditepis lalu Hidayah terus ke makmal tanpa mempedulikan Maisarah yang memanggilnya.

Sampainya di makmal Hidayah melihat tiada seorang pun pelajar di dalam makmal walhal jam sudah menunjukkan bahawa mereka telah terlepas sesi pembelajaran matapelajaran sains itu selama 2 minit. 'Mana budak lain ni, sir pun tak ada ni' bisik hatinya.
  
''Yah, sampai hati kau tinggal aku kan?'' Maisarah bersuara dengan penuh geram.
    
''Nasib baik sampai hati, kalau sampai kaki?'' Jawabnya dengan penuh 'slumber'.
   
''Bencilah''
   
''Benci gi main jauh-jauh''

Mereka ketawa.Memang beginilah rutin harian mereka.Kadang-kadang terdetik dalam hati mereka bagaimana mereka akan tempuhi hari-hari mereka selepas tamatnya peperiksaan akhir mereka iaitu peperiksaan Sijil pelajaran malaysia(SPM), walaupun mereka sebenarnya tidak sabar untuk tamatkan persekolahan dan lari dari pelajar kelasnya yang dikatakan sebahagian daripada mereka mempunyai mulut yang dinamakan 'puaka'.
 
''Amboi seronak nampak, mana yang lain?'' Sir Zakri yang berkemeja merah jambu muda datang menghentikan suara ketawa berdekah mereka. Kulit putih yang dimilikinya menjadikan beliau nampak lebih muda dengan warna kemeja yang cerah bersertakan kaca matanya, ditambah pula dengan senyuman yang tidak pernah luntur, walaupun ketika beliau marah.
   
''Acece sir, kemeja pink harini ye, jujur saya cakap, sir nampak muda, tak nampak macam ada anak 5 pun, diorang dalam kelas lagi tadi, dalam perjalanan la kot, haa tu Pleam, Mira dan Hajar datang.''
    
''Tak apalah, awak masuk dulu, sir nak ambil set soalan''
 
  ''Baik sir''

Setelah mereka masuk seperti biasa mereka akan duduk di meja yang kedua kerana tidak mahu bergaduh dengan Almas yang merupakan salah seorang geng 'mulut puaka'. Mereka berlima terus membuka buku teks dan membacanya sehinggalah ada suara yang kedengaran.
   
  ''Lain lah orang bijak pandai ni, datang kelas awal, masuk baca buku, acah-acah bagus'' Almas yang datang tanpa usul periksa dan berkata demikian telah membuat Pleam marah.
 
   ''Kau dah kenapa? Sikit-sikit nak perli orang,'' Marah si Pleam dengan kata-kata Almas.
 
   ''Abby!! Dia tanya kitalah, wey kalau bukan sebab si badak air dengan minah jonggang ni kitorang tak akan kena marah dengan cikgu la masa pembentangan bahasa Melayu tadi! ''
   
''Apasal pulak salah kitorang?''Hidayah bersuara geram.
 
'' ehh kalau bukan sebab kau yang tawarkan diri nak bentang dulu kitorang tak akan kena bentang tau tak''Abby mencelah.
 

''Habis nak suruh aku bodoh macam kau la, hari-hari buat cikgu sakit hati, macam mana nak berkat ilmu yang kau belajar tuh? Aku cuma nak siapkan kerja aku cepat aje tadi, dan aku tak nak cikgu marah aku dah, kau kena marah itu kau punya pasal la'' akhirnya Maisarah yang diam dari tadi bersuara. Almas dan Abby kembali ke tempat duduk mereka dengan perasaan marah.

    
 

Adriasha Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz