Bab 3

677 26 5
                                    

Hari yang dinanti telah tiba. Kebetulan pula Karnival Eduria yang diadakan sama tarikh dengan tarikh kelahiran Amri. Sementara menunggu giliran bertugas menjaga pameran sains itu Hidayah dan 3 rakannya melawat beberapa pameran lain dan makan di gerai-gerai yang ada.

Bermacam-macam makanan yang dijual daripada makanan yang berat hinggalah makanan ringan. Mereka memilih untuk makan laksa pada pagi itu kerana tertarik dengan bau yang datang dari gerai jualan milik pelajar tingkatan empat itu. Mereka juga bercadang untuk makan di bangku berhampiran surau untuk makan kerana disitulah tempat kegemaran mereka bertiga. Semasa mereka berjalan menuju ke bangku tersebut mereka terdengar satu suara dari jauh yang memanggil Hidayah.

Apabila menoleh ke belakang mereka melihat Amri dari jauh. Apabila Amri menghampiri mereka dengan serta merta Pleam dan 3 rakan yang lain mengucapkan selamat hari lahir pada Amri.

Terpinga Amri dibuatnya. Namun dengan senyuman Amri mengucapkan terima kasih kepada mereka.
  
'' Pameran kita dekat mana? '' Akhirnya Amri menyuarakan hasrat sebenarnya memanggil gadis itu.
  
''Dekat dewan Ibnu Majah, awak tengok lah ada tengkorak kat depan''
  
''Tengkorak?'' Amri yang kehairanan tu mengaru kepalanya yang tidak gatal.

  ''Aish kau ni Dayah, cakap lah rangka manusia'' Akhirnya Mira yang dari tadi ketawa berbahak bahak bersuara.

  ''Hehe, ha'aa betul lah yang Mira cakap tu. Awak dah nak pergi ke? Dah makan? ''

   '' Yaa ingat nak ajak awak sekali, saya dah makan tadi, tak apalah awak makan dulu nanti saya pergi, lagipun tak pukul 10 pagi lagi.''
  
'' Okay'' jawab Hidayah ringkas sahaja kerana perutnya telahpun mendendangkan lagu rock. Setelah selesai makan Hidayah dengan segera ke pameran untuk memenuhi janjinya kepada Amri. Namun apabila sampai disitu dia melihat Amri tiada disitu.

Sementara menunggu kehadiran Amri dia berborak dengan pelajar tingkatan tiga yang ada di pameran itu yang juga merupakan ahli kelab tersebut.

Manakala Mira dan Pleam telahpun diminta oleh guru penasihat kelab softball untuk menjaga pameran itu kerana murid yang sepatutnya menjaga tidak hadir, manakala Aina pula terlibat dengan aktiviti kawad kaki.
   
''Hai, sibuk nampak'' satu suara yang amat dikenalinya tiba-tiba muncul.

Zakuan. Iya Zakuan, seorang bekas pelajar SMK Wakaf Bharu. Dia menyimpan perasaan terhadap Hidayah setelah sekian lama. Pernah juga Hidayah terfikir, apa istimewanya dirinya sehingga Zakuan berterusan mengganggunya untuk memiliki hati gadis itu walhal semua memanggilnya 'badak air' kerana badannya yang gemuk itu.
 
''Ehh Zakuan, awak buat apa kat sini?'' Ringkas dan sopan pertanyaan Hidayah kepada Zakuan agar tidak membuatkan Zakuan terasa dengan tuturkatanya.
 
'' Karnival ni kan terbuka, orang ramai pun boleh masuk, jadi saya datanglah'' jawab Zakuan ringkas. Hidayah melihat susuk tubuh Amri dari jauh dan menuju ke arah mereka.

Wajah Zakuan merah padam apabila melihat Amri. Setelah itu Zakuan pulang dengan tidak berkata apa-apa. Dalam hatinya Hidayah bersyukur kerana Amri datang pada tepat masanya. Hidayah tidak lagi mahu melayan Zakuan, kerana Zakuan pernah berlaku kasar terhadap dirinya pada satu ketika dahulu. Peristiwa itu masih lagi segar dalam ingatannya.
 
'' Jom bergambar dulu'' Ajak Hidayah sambil mengeluarkan telefon pintar miliknya dari poket seluarnya sambil mempamirkan deretan giginya itu.
 
  ''Okay jom'' jawab Amri ringkas
   
'' Nanti Dayah send kat Amri ea''

''Comel la si rangka manusia ni'' Hidayah yang dari tadi menelii setiap bahagian rangka manusia milik makmal sains sekolah itu bersuara.
 
''Comel ea Yah?'' Ketawanya disusuli dengan pertanyaan itu.
 
''Iyup, comel, hai rangka manusia! Saya bagi nama awak Mike ye, so today secara rasminya awak jadi boyfriend saya ye'' Selepas mengungkapkan kata-kata itu mereka ketawa.
 
''Daripada awak ambik dia jadi boyfriend awak lebih baik awak ambik saya saja''

Adriasha Where stories live. Discover now