Bab 39

373 13 0
                                    

"Sayanggg... dah seminggu sayang tidur kat sini, jom balik sayang.. Abang janji bila sayang buka mata, abang akan cerita pasal Adriasha kat sayang".

Amri memegang tangan isterinya yang dihiasi luka dengan lembut. Tidak jemu tangan itu dicium dan dibelainya.

Suara dan gelak tawa isterinya terngiang dalam benak fikirannya.

Terbayang tubuh comel isterinya di yang sedang mengemas rumah.

Teringat kembali saat-saat isterinya tercintanya memakaikan tali leher kepadanya.

"Sayanggg.... Abang rindu sayang" air matanya jatuh.

"Rindu nak gurau dengan sayang, rindu masakkan sayang. Abang rindu semua tentang sayang"

Matanya masih lagi memerhatikan isterinya yang tidak sedarkan diri sejak seminggu lalu. Air matanya bertakung.

Yaasin dikeluarkan dari laci yang berada di sebelah katil dan dibaca olehnya dengan perlahan.

Akhirnya dia tertidur disisi isterinya.

"Abangggggg....."

Amri bangun sebaik sahaja mendengar suara isterinya memanggilnya.

  "Alhamdulillah sayang dah sedar" dia memcium ubun-ubun isterinya.

  "Tunggu kejap abang panggil doktor" Amri keluar dari wad untuk mendapatkan doktor.

Setelah beberapa minit doktor keluar dari wad.

"Maaf Encik Amri, isterinya Encik meninggal dunia"

"Tak mungkinlah, doktor gurau kan? Tadi dia okay saja, jangan main-main"

"Bersabarlah"

Amri masuk ke dalam, tempat isterinya, perlahan dia mendekati tubuh isterinya yang ditutupi selimut putih.

Kaki isterinya dipegang.

"Sayang... kenapa tinggalkan abang?"
Laju air matanya mengalir. Sakit rasanya.

Tidak sempat dia memjelaskan siapa Adriasha. Rasa sedih menikam dada dan hatinya.

Amri tersedar dari mimpinya apabila dia kejut oleh ibu Hidayah.

"Am dah lama kat sini ke?"

"Ya Allah, ya umi, syukurlah itu hanya mimpi"

"Aih, kamu penat sangat ni, umi ada bawa makanan untuk kamu, kamu makan dulu, dari pagi kamu tak makan, umi tengokkan Yaya".

"Okay"

"Assalamualaikum anak umi," Ibunya mencium ubun-ubun anaknya.

Yassin di atas laci diambil lalu dibacanya perlahan.

Adriasha Kde žijí příběhy. Začni objevovat