Bab 27

269 8 0
                                    

Bangun sahaja dari tidurnya, dia melihat Maisarah tidur di sebelahnya. Dia menyentuh pipi tembam milik Maisarah.

   "Bebb... bangunlah, kau cakap kat aku. Aku tak mimpikan ni?"

Maisarah membuka matanya. Dia terus menepuk dahi kawannya itu.

   "Aii, ape kau nii? Mimpi Boboiboy ke ape?"

  "Batu lesung kau Boboiboy, betul laa aku ni"

Hidayah terus memeluk rakannya yang mamai itu.

   "Weyyy...  asal balik tak bagitahu.. and kau tak ada rumah ea tido bilik aku?"

  "Kurang asam gelugor punya kawan. Tanya la aku sihat ke tak, ke ape ke, aku balik sini nak jumpa kau la, nak hiburkan kau, yela mamat kurang calsium tu dah tinggalkan kau, pastu sekarang bakal tunang kena rampas pulak dengan perempuan kurang calsium. "

  "Haha kau pehal wey Hidayah menolak bahu kawannya yang separuh mamai itu."

   "Aduiiiiii" Innthera mula bersuara apabila Maisarah jatuh diatas badannya.

Hidayah bangun dan turun dari katil untuk melihat rakannya yang tidur beralaskan tilam nipis dan toto di bawah.

  "Wey! Kau pun ade, Mira ! Innthera!"

   "Bising la nak tido ni aku penat lah" Mira bersuara mamai.

  "Dahhhhh bangun-bangun kita kat rumah orang ni, bukan rumah semdiri. "

Maisarah menarik selimut Innthera dan Amira.

Amira dan Innthera duduk, namun matanya masih dipejam.

   "Korang sampai pukul berapa?"

  "Pukul 3pagi, aku dah plan ngan mak kau, tu yang dia suruh aku duduk sini, lagipun mak aku kan tak ada kat rumah, mak Innthera duduk Johor dengan akak dia, nasib baik di dapat cuti tau tak, surprise tak? "

   "Gilaa tak Surprise!"

  "Dah la kau pergi mandi dulu, pastu aku nak ajak kau pergi jalan-jalan. Boleh tak?"

   "Boleh aje, tapi korang kena ikut aku gi kafe dulu boleh? Sebab aku nak buka kafe dulu"

  "Okay aje, boleh kau belanja aku makan kat kafe kau"

  "Haa nii laa orang melayu, kalau kawan berniaga bukan nak tolong laburkan ke ape, lagi nak jahanamkan perniagaan aku,"

  "Lek lek r dia ni tahi hidung masin" Amira mula bersuara.

  " mana kau tahu ? Kau pernah rasa ea?"

  "Ee pengotor la, dah kau pergi mandi sekarang"

''Haha padan muka, nii korang lepas mandi korang nak solat ambik telekung dalam almari tu, ada dua ambik ajelah yang mana pun"

Selepas mandi dan solat subuh Hidayah terus ke dapur untuk membuat sarapan.

   "Morning Angah" adik adiknya turun untuk sarapan.

  "Duduk makan" tangannya masih lagi membancuh susu untuk adik adiknya.

  "Hoiii, baru hari ni kau nak buat homework? Semalam kau buat ape"

   "Alaa akak nii, Nisa lupa la" adiknya Annisa mula mahu menangis.

  "Cakap sikit nak nangis, banyak sangat air mata tu. Kalau duyung tak ape la nak nangis. Air mata jadi mutiara"

Adiknya Suhada dan Adam mula ketawa membuatkan Annisa mencebik.

   "Korang tak payah nak gelak sangat la, makan cepat, nanti Abah turun pulak, lambat abah pergi office."

  "Okay.."

"Kawan-kawan mana Yaya?" Ibu dan ayahnya mula masuk ke dapur.

  "Ada tengah mandi, tak apa Yaya dah panggil diorang makan, tapi dia suruh makan dulu"

  "Ohh yaa, yaya today i have a appointment, so umi dengan abah balik lewat sikit, sebab kena pergi Terengganu. So kalau Yaya nak keluar pastikan kunci rumah okay?"

   "Okay, "

Selesai makan ibu dan ayahnya berangkat kerja sebelum itu mereka menghantar anak-anaknya ke sekolah.

  "Wehhh! Buat apa?... "
Hidayah meluru masuk ke dalam bilik.

  "Tunggu thera. Lambat gila mandi"

  "Patutlah tak turun lagi, jom la turun makan dulu, tak apa kita turun dulu nanti aku naik balik nak pakai tudung. Lepas makan kita terus pergi kafe tau"

"Okay..."

Sampai sahaja di kafe Hidayah tunduk untuk mengambil jambakkan bunga.

   "What? Ada lagi? Adui"

  "Memang selalu ada kat sini ke?"

   "Yess"

  "Meh aku nak tengok" Maisarag merebut bunga ditangan Hidayah.

   "Mr. Misteri? Siapa mr. Misteri ni?"

  "Nama pun mr misteri, mana la aku tahu"

  "Untunglah ada orang bagi bunga hari ni kat dia" Amira bersuara mengusik rakannya.

   "Bukan harini je wey, jom ikut aku," hidayah menarik lengan rakannya, dua rakannya yang lain turut mengikutnya.

Apabila naik di bilik rehat yang berada di tingkat atas kafe itu, Hidayah mula membuka lampu bilik itu.
  
   "Okay now, see... tapi ada yang lagu, but bungkusan tu aku simpan lagi"

Hidayah menunjukkan jambakan bunga yang berada di atas rak dan dibawah rak itu.

  "Fuyoo. Caya arr, "

  "Aku tak tahu siapa yang bagi nii, misteri betul. Alang-alang korang ada ngan aku , malam ni aku nak ajak korang siasat ni. Nak ikut tak?"

  "Macam mana?" Innthera mula bersemangat.

  "Aku ada plan, malam ni kita tido kat sini. Kita bangun awal pastu tengok dari atas siapa yang bagi bunga ni. Mesti dia datang pagi, sebab aku pernah lalu depan kafe pukul 5 pagi, masa hantar ayah aku g airport, takde lagi, so mesti dia hantar dalam pukul 6-7 pagi macam tu. Sebab pukul 7.10 aku dah memang selalu terpacak kat sini"

  "Waa tak sabar pulak aku"

Korang tak sabar? Aku lagi la tak sabar wey. Dah lebih sebulan mr. Misteri ni kasi bunga kat aku tahu tak.

  "Tak apelah korang duduk dulu, aku ada urusan, kejap lagi aku call korang turun, pastu kita keluar jalan jalan, okay?"

  "Okay"

Adriasha Where stories live. Discover now