Bab 4

481 22 0
                                    

''Okay harini cikgu nak bagi balik lah kertas peperiksaan percubaan awak haritu, macam yang cikgu janjilah, markah tertinggi akan dapat hadiah kan? Jadi cikgu akan panggil markah yang tercorot dahulu''
Cikgu Suki yang merupakan cikgu kesusasteraan melayu mula memanggil nama pelajarnya. Debaran makin terasa. Namun ada juga yang langsung tidak ambil peduli tentang markah mereka. Kelas mereka merupakan kelas pertama yang mengambil aliran kesusasteraan melayu, namun ada juga yang langsung tidak pedulu seolah mereka merupakan pelajar kelas tercorot, markah kertas sastra yang paling rendah gred C+.

  '' Agak-agak siapa paling tinggi ea Jaa'' Memang sudah menjadi kebiasaan Hidayah memanggil Hajar dengan singkatan sebegitu. Mereka berlima juga sudah menjadi kebiasaan bertanding siapa yang mendapat markah tertinggi dalam setiap matapelajaran. Bukan apa ini sekadar menjadi pembakar semangat mereka untuk belajar.
  ''Tak tahulah, biasanya antaranya Yah, Mira dan Harith saja''

''Tak kot, Dayah rasa Mira la''

  ''Nur' Amira binti Azmi, 83 markah, Pleam Innthera a/p Eh Fai, 87 markah'' Cikgu Suki yang dari tadi memanggil nama pelajar yang lain akhir memanggil dua orang daripada mereka.

  '' Alaa, aku ingat aku dah dapat dah hadiah tu hari ni'' kata Amira dengan wajah yang muram.
  '' Sorry ye cik kak, title tu bukan untuk kau kali ni'' Usikkan si Pleam membuatkan Amira mencebik.
  
'' Haa muncungan lah lagi mulut kau tu Mira, nanti bolehlah aku ikat, getah banyak ni.'' Tambah si Maisarah memanaskan lagi suasana yang tegang itu.

  ''Semua title kau nak, habis kami? Banyaklah kau labu'' Akhirnya Hidayah yang dari tadi menahan ketawanya bersuara.

'' Ye laa aku  the one and only budak paling pandai tahu tak?'' Suaranya sedikit gedik apabila mahu membela dirinya daripada usikkan teman-temannya.
  '' Ya, memang paling pandai, paling pandai buat muka kesian macam kucing minta makanan bila nak ajak orang teman gi tandas'' Mereka ketawa berdekah hingga menyebabkan Cikgu Suki mulai dengar meskipun tempat duduk mereka di kedua dari belakang.

  ''Amboi, ketawa tak ingat dunia, saya panggil pun tak dengar ye'' Cikgu Suki memandang mereka dengan senyuman.
  ''Cikgu panggil siapa tadi?'' Pertanyaan si Pleam membuatkan Cikgu Suki ketawa.

  '' Nur Hidayah Binti Mohamad Hassan!''
  '' Ye saya cikgu''
  '' Ke depan''
'Alamak, apa yang aku dah buat, markah tertinggi ke tercorot ke apa ni, jangan tak lulus sudah' fikirnya di dalam hati. Tidak sia-sia lah usahanya selama ini untuk memastikan dia mendapat markah tertinggi dalam kelas bagi matapelajaran kesusasteraan melayu apabila dia telah mendapat 97 markah dalam ujian tersebut.

  '' Okay, tengok ni, kalau awak tak silap kat soalan nombor empat ni, awak dah dapat markah penuh tau, tengok soalan ni awak dapat satu markah sahaja daripada empat markah, tidak mengapalah, awak sudahpun membuat saya bangga, ini hadiah untuk awak'' Cikgu Suki menghulurkan kertas peperiksaan percubaannya dan disertakan dengan sampul yang berwarna biru cerah, semua mata melihat Hidayah yang berada di depan.

  '' Balik nanti boleh la buat cucur... badak kan'' Almas yang sememangnya tidak pernah berpuas hati dengan Hidayah bersuara membuatkan Hidayah terasa amat malu dan geram, perkataan cucur sengaja diselangi dengan diam sebelum menyebut perkataan badak. Namun Hidayah hanya senyum tanda perli Almas yang dengki dengannya. ' Kalau dengki tu cakap jela, panggil orang badak habis kau ape? Kalau aku badak kau pun badak jugak lah sebab kat sekolah ni akan ada satu spesies je' Getus hatinya.

''Ala dengki la tu, Mas kan?'' Ketua kelas mereka Muhaimin cuba membela Hidayah. Sebenarnya ramai yang tidak suka akan Almas kerana perangainya yang dikatakan menjelekkan itu. Semua cikgu juga faham benar dengan sikapnya dan cuba untuk tidak mengambil hati terhadap kata-katanya. Sudah puas guru-guru menasihatnya malangnya dia tidak pernah mengendahkan nasihat yang diberikan oleh gurunya. Hidayah kembali ke tempat duduknya dan membuka sampul yang diterimanya. Terlihat 10keping wang kertas berwarna merah ada di dalam sampul tersebut. Ini membuatkan dia lebih bersemangat untuk belajar. Setelah tamat sesi persekolahan Hidayah terus pulang ke kafe ibunya yang berdekatan dengan sekolah. Setelah menukar pakaian dia membantu ibunya untuk mencuci pinggan dan gelas kerana salah seorang daripada pekerja ibunya mengambil cuti sakit. Setelah selesai mengemas Hidayah segera mengeluarkan telefonnya apabila ada satu mesej yang diterimanya.

Amri Johari: taniah sebab dapat markah tertinggi sastera.
Hidayah: terima kasih :)
Amri Johari: saya nak minta tolong awak sikit boleh tak?
Hidayah: minta tolong apa? Kalau saya boleh tolong saya tolonglah.
Amri Johari: boleh tak awak tolong ajar saya bahasa inggeris, dan sastera.
Hidayah: ala, awak ni saya bukan pandai sangat pun BI,
Amri Johari: tadi awak dapat markah tinggi apa untuk BI gred A lagi.
Hidayah: iyalah, saya akan ajar awak, mulai esok awak datang la kafe umi saya, awak tahu kan kat mana?
Amri Johari: ohh, terima kasih, saya tahu, apa kata kita teruskan lepas balik sekolah saja, kiranya lepas balik dari sekolah saya terus ikut awak? Boleh tak?
Hidayah: boleh je, lagipun kafe umi saya dekat dengan surau, jadi sebelum study awak boleh solat zohor kat sana dulu la.
Amri Johari: oh, okay jumpa awak esok.

Semasa dalam perjalanan pulang ke kafe, Amri datang dari belakang dan menarik beg yang disandang Hidayah secara perlahan, tetapi terasa jugalah bahawa Amri menariknya sehinggakan telekung sekolahnya turut tertarik.
  '' Adui,apa ni'' selepas membetulkan telekung sekolahnya yang sengat dengan laju tangannya memukul bahu Amri yang berjalan bersebelahan dengannya.
'' Adoi, sakitlah, orang gurau sajalah''
'' tahu, tapi gurau tu tak kena, geram betul lah''
  ''Hehe minta maaf ye adik manis, mak awak tahu ke saya nak belajar di kafe dia?''
'' tahu, awak jangan risaulah, umi saya tak marah''
'' baguslah kalau macam tu''
Amri menolak pintu masuk kafe yang berhawa dingin itu dan mempersilakan Hidayah.
  ''Silakan masuk tuan puteri''
''Banyaklah awak punya tuan puteri''
''kenapa salah ke?''
''Tak pun lah, meh duk sini, sini tak adelah sejuk sangat, bising pun tak'' Hidayah menunjukkan saty ruang khas di kafe itu, ruang itu sengaja direka khas untuk pelajar yang datang untuk belajar, ruang yang dilengkapi dengan sofa yang selesa dan berdinding lut sinar itu amat selasa bagi Hidayah.
''Awak duduk kejap ea, ke nak solat dulu? Kalau nak solat awak gi la, ''
'' okay jugak, saya gi solat dulu ye'' Hanya Amri yang ke surau memandangkan Hidayah bersedang 'bercuti' dari melakukan kewajipan itu.
''Kak Zia, nanti bawakan kami, kek coklat dengan kek  red velvet, pastu coklat ais special dua''
'' Baiklah lady boss, siapa tu? Boyfriend  ea?''
'' Mana ada, akak ni mengarut aje lah'' terus dia berlalu meninggalkan pekerja ibunya itu.

''Hari tu kan saya tak sempat belanja awak, masa hari jadi awak, hari ni saya belanja'' kata Hidayah semasa Abang Aidil menghidang pesanannya sebentar tadi.
  ''Eh, awak... susah-susah saja, segan lah saya''
  ''Dah takde nak segan sangat, makan dulu baru belajar, awak suka  hot chocolate kan, tapi hari ni saya bagi coklat ais ea, ''
''Takpe la awak, terima kasih tau''
Selepas menikmati hidangan itu, mereka belajar selama 2 jam. Selepas itu Amri pulang.

Adriasha Where stories live. Discover now