Bab 35

376 10 0
                                    

Sudah hampir seminggu Hidayah bergelar isteri kepada Amri. Namun dia masih lebih banyak berdiam diri daripada berbicara.

  "Sayang, abang ada meeting hari ni, so balik lewat sikit"

Hidayah yang mahu mencedok mee goreng kedalam pinggannya terhenti.

  "Stop call me 'sayang', saya tak suka"

Amri terkejut dengan bicara isterinya, matanya layu memerhatikan isterinya yang menyuap mee goreng ke dalam mulut.

Namun Amri tahu, isterinya masih lagi marah tentang peristiwa yang amat melukai hatinya.

Amri arif benar tentang sifat isterinya yang berhati seakan tisu.

  "Tak apalah, kalau tu yang awak nak"

Hidayah pura pura tidak dengar. Selesai makan Amri bangun untuk ke pejabat. Amri yang berkerja sebagai arkitek di sebuah syarikat besar itu mencapai plan holder sebelum berangkat.

Dia menghampiri isterinya, lalu ingin mencium ubun-ubun isterinya, namun Hidayah mengelak.

  "Stop it!" Kasar isterinya berbicara.

  "Abang pergi dulu" Amri memegang ubun-ubun isterinya dengan lembut.

Hidayah menghabiskan mee goreng di dalam pingganya.

Bila la dia mahu ceritakan hal sebenar? Apa yang terjadi? Sudah hampir seminggu, inai di jari aku pun sudah mahu luntur warnanya.

Malam itu Hidayah tertidur atas sofa di ruang tamu. Tidur pula seperti orang yang pitam.

Amri yang baru pulang dari kerja terkejut apabila melihat sekujur badan yang berada di atas sofa itu. Amri menghampiri isterinya. Dahi isterinya diraba takut takut kalau isterinya demam.

  "Awakkk... bangun tidur dalam bilik"

Hidayah bingkas bangun dari lenanya terus menuju ke bilik tidurnya tanpa menghiraukan suaminya yang baru pulang.

Apabila menyedari suaminya baru saja melabuhkan badan di sebelahnya dia terus meminta izin untuk keluar ke taman pagi esok.

Walaupun bersikap dingin dengan suaminya namun dia tidak pernah keluar tanpa keizinan suaminya itu.

  "Esok saya nak gi jogging"

  "Aikk tak tidur lagi?, kejutkan saya sekali, esok saya cuti"

  "Belum, tak boleh tidurlah"

Awal pagi lagi Hidayah sudah bangun untuk ke taman tanpa menghiraukan suaminya yang masih lena.

Sedar-sedar sahaja Amri melihat isterinya sudah tiada disisinya. Dia bangun ke dapur untuk memcari isterinya, namun isterinya tiada disitu.

Dia keluar ke beranda kondominium mewahnya. Langit kelihatan mendung. Belum sempat dia menapak masuk ke dalam hujan dengan lebat membasahi bumi.

Dia masuk semula ke bilik dan menyarung baju-t tanpa menukar seluar pendek yang dipakainya. Kunci kereta dicapai.

Belum sempat dia menutup pintu, Hidayah yang basah kuyup berada di belakangnya.

  "Saya baru nak pergi cari awak"

  "Banyak cakap pulak, cepat buka pintu"

  "Sabar... "

Hidayah terus ke bilik mandi tanpa mengambil tuala.

Beberapa minit kemudian, dia menjengukkan kepalanya melalui pintu kamar mandi yang dibuka sedikit.

  "Awakkkkkkkk !"
Dia menjerit memanggil Amri.

  "Tolong ambilkan tuala"

  "Kenapa saya perlu ambil?" Amri tersengih di depan pintu.

" cepat lah, tak kan saya nak keluar macam ni"

  "Keluar jela, kita berdua je dalam rumah ni" masih lagi dia tersenyum nakal.

  "Cepatlah!"

  "Tak nak!"

Hidayah melempar botol syampoo kepada Amri yang berada di depan pintu.

Tepat terkena dahinya yang jendul itu. Amri yang mengaduh kesakitan itu terus akur dengan permintaan isterinya.

  "Nahh..... ehh ehh , jangan tutup dulu, nak masuk sekali" senyum nakalnya membuatkan Hidayah marah.

Kali ni paip air yang terbuka disebelahnya pula diacukan pada Amri hingga basah baju dan seluar pendeknya.

  "Weyy.. siapa nak lap air ni?"

"Lap sendiri" Dengan cepat gadis itu menutup pintu bilik air.

Adriasha Where stories live. Discover now