Part 11: Coincidence?

12.3K 266 8
                                    



"Mama, papa, Nyna minta diri dulu." Sambil
mencium kedua-dua tangan orang tuanya.

"What's taking you so rush honey?" Tanya
Puan Aima.

"Ada urusan kerjalah mama. Plan memang nak stay lama sini, tapi kerja dekat office tu melambak." Tipu Nyna.

"Ha yelah kalau macam tu. Jaga diri kat sana. Apa-apa nanti bagitahu. Jangan diam je." Pesan Puan Aima kepada satu-satunya anak perempuan kesayangannya.

"Baiklah mama."

"Kakak are you okay? You seem stressed and unwell lately." Tanya Encik Azman kepada Nyna sambil mengusap kepalanya.

"Hm? Takdelah pa, okay je. Tulah banyak fikir pasal kerja maybe." Jawab Nyna.

"Ingat pesan papa, kerja tu kerja jugak, tapi jangan lupa apa yang papa pesan tempoh hari. Okay sayang?" Encik Azman mengingatkan Nyna tentang pesanannya.

"Baik pa. Uh.. nanti kirim salam Adam. I know dia penat dengan tournament dia. Sebab tu taknak kacau Adam. Nyna balik dulu ye? Bye!"

Nyna dengan segera masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin lalu terus memecut laju di atas jalanraya. "Maafkan Nyna sebab terpaksa bohong mama papa. Tak sanggup lagi Nyna bermalam di sini untuk kesekian harinya. Cukuplah apa yang telah terjadi malam tadi." Katanya sendirian. Dia bagaikan tiada arah tujuan. Balik rumah? Memang tidak selamat untuknya. Takut akan kehadiran Noah yang tidak diundang yang mungkin akan mengundang bahaya sekali lagi. Nyna mesti lebih berhati-hati selepas ini. Dia mendapat satu idea. Nyna membelek handphonenya lalu mendail nombor Sara. Kedengaran suara Sara dihujung talian.

"Hello? Sara, can i come? Sure? Alright i'll be there in one hour" Kata Nyna. Dengan lajunya dia memandu keretanya menuju ke rumah Sara.

*NYNA POV*

Loceng rumah Sara aku bunyikan menandakan yang aku sudah pun berada di luar rumah penthouse miliknya. "Come on Sara hurry up." Aku merungut keseorangan. Mana tidaknya, ini juga kawasan perumahan Noah. Boleh gila aku kalau dia nampak aku dengan beg bagasi macam ni.

"Come in!" Suara Sara menyambut dari dalam. Pintu rumahnya dibuka.

"Nyna! Oh my god i miss you !" Sara memelukku dengan erat. Aku hanya tersenyum.

Namun senyumanku itu hanya sementara kerana Sara memandangku pelik dari atas hingga ke bawah.

"What?" Sambil mengangkat keningku.

"Girl, what the fuck is wrong with you?" Sara mencengkam kedua belah lenganku sambil matanya tepat memandang anak mataku.

"Auch!" Aku mengerang kesakitan dek cengkaman Sara itu tadi.

Dengan laju Sara menarikku ke dalam rumahnya dan kami duduk di atas sofa.

"You are not okay. You nampak sakit sangat. What's wrong?" Tanya Sara bagaikan sudah dapat mengagak apa yang terjadi kepadaku.

Rambut ikal yang aku biarkan lepas diselak oleh Sara. "Kenapa dengan leher you ni?" Tanya Sara cuak.

"Eh nothinglah. I demam maybe? Penat drive pun ada ni. Fasal leher ni pulak, i terjatuh tangga haritu." Aku cuba untuk menipu.

"Huh you tahu tak kelemahan you apa? You tak pandai menipu. C'mon lah Nyna, i kenal you bukan seminit dua, dah 14 tahun kita berkawan ni. So, right now i need you to tell me what's wrong with you?"

Air mataku mula jatuh membasahi pipi. Aku tidak boleh tahan lagi dengan semua ini. Sara cuba menenangkanku dan biarkan aku menangis sepuas hati. Bila keadaan aku sudah reda, aku cuba untuk membuka mulut.

Abusive Mate Where stories live. Discover now