Part 12: Will I See You?

12.1K 267 9
                                    

*NOAH POV*

Sudah sebulan aku tak dengar khabar dari Nyna. Lepas kejadian di rumah Sara, dia terus menghilangkan diri. Call tak berangkat, text tak dijawab. Kerja apa ntah lagi. Desas-desus mengatakan yang dia akan berhenti dari company aku. Aduhai matilah aku macam ni. Dekat mana lagi aku nak cari kau ni Nyna? Aku rindu sangat nak tengok muka kau. Will I see you again? Aku termenung jauh di dalam pejabatku. Kerja semua sudah settle. Apa yang patut aku buat?

"Kau datang je rumah dia. Lepastu, culiklah dia. She's yours kan?" Suara itu menjelma kembali.

"Shit! kau nak apa? Kenapa datang balik?!" Jerkahku.

"Relax boy. Sebulan dah kau tak sentuh langsung ubat tu. So end up aku muncullah balik. Kau pun aku tengok makin serabut je. Macam perlukan bantuan aku je?"

"Aku tak perlukan kau." Sambil menutup telingaku.

"Whatever Noah. Sekarang ni aku ada plan baik punya. Kau ikut je cakap aku. Kau rindu Nynakan? Dengan plan aku ni jelah yang boleh ubatkan rindu kau tu." Suara itu bercakap.

"Apa dia?" Tanyaku. Ye betul. Aku teramat rindu akan Nyna. With a "little help" maybe i could see Nyna right? Lalu, aku layankan suara-suara itu.

"Plan baik punya! Hahahahaha!" Aku gelak sendirian.

***

Nyna sudah tidak menjejakkan kaki di officenya. Banyak panggilan telefon masuk daripada kawan-kawan sepejabatnya langsung tidak diangkat oleh Nyna. Nuren sahaja yang dia contact dan hanya Nuren sahaja yang tahu keputusan Nyna untuk berhenti kerja.

"Why so sudden?" Kata Nuren di dalam talian.

"I think I'm going to continue the legacy. Working with my dad. You know?" Jawab Nyna.

"Tapi kenapa secara tiba-tiba? Don't you loves this job? Or something bad happened? Kau ada sakit apa-apa ke? Tell me."

"Eh situ pulak perginya dia ni. No lah, aku takde sakit apa-apa or whatever yang kau fikir sekarang ni. Aku just nak cuba sesuatu yang baru. Like, into business. Sebab papa aku pun memang dari aku kecik sampai sekarang still dengan business dia so why not aku try sambung legacy dia tu. Right?" Ujar Nyna panjang.

"Oh gitu. Tapi nanti takde siapa nak jadi geng gossip aku lagi. Takde siapa lagi nak dengar cerita-cerita bodoh aku hm." Sedih kedengaran suara Nuren dihujung talian.

"Alo, Nuren please jangan macam ni. Bila ada free time kita jumpa dekat luar nanti. Okay? Lagi pun Khairy kan ada?" Nyna berseloroh.

"Khairy si lembut tu buat apa haishh!"

*TUK TUK TUK*

Kedengaran ketukan pintu semasa Nyna di dalam talian bersama Nuren.

"Kau dengar tak beb? Siapa pulalah datang malam-malam macam ni?" Tanya Nyna kepada Nuren, kecut perutnya.

"Dengar! Dekat rumah kau kan tu bunyi ketuk pintu ni? Jabatan Agama Islam ke? Kau ada bawak jantan eh?" Kata Nuren bergurau.

"Ish kau ni tak pernah nak seriouskan? That's what i like about you. Nanti aku call kau balik. I'm going to check it out. Bye!" Langsung talian dimatikan.

Abusive Mate Donde viven las historias. Descúbrelo ahora