34

11.9K 265 3
                                    

Beberapa bulan sudah berlalu tapi keadaan Liya masih sama sejak peristiwa itu berlaku. Maryana sudah diberkas polis atas tuduhan percubaan membunuh dan menggelapkan wang (sorry aq x thu nama dia 😅)

Kreerkk...
Tap..
Tap..
Tap..

Raydan melangkah ke arah katil yang terdapat sekujur badan yang tidak bergerak dan hanya bernafas menggunakan topeng oksigen.
Raydan duduk di kerusi di sebelah katil dan memulakan bacaan yassin untuk buah hati. Setelah tamat bacaan Raydan akan ceritakan segala yang terjadi padanya hari itu kepada Liya pengarang jantungnya.  Itulah rutinnya setiap hari selepas habis bekerja.

"Liya bila kau nak bangun dari tidur kau, aku rin..ndu na..kk dengar suara kau, aa..ku rindu nak tengok ma..ta kau,  aku rindu nak tengok senyuman kau, aku ri..ndu nak tengok kau malu mma..lu dengan aku" Tangisannya pecah mengenangkan wajah Liya yang ceria melayan karenahnya. Tangannya menggenggam erat tangan Liya seperti tidak ingin dilepaskan selamanya.

************************************

"Ahahaha laju lagi daddy " buaian ditolak lagi kuat berbanding sebelum ini.

"Abang... Rosie.. mari sini! "
Liya memperlahankan buaian lalu turun dari buaian dan pergi ke arah mummynya bersama di sebelahnya , daddy.  Dia gembira disini.

Liya baring di atas paha ibunya.
Dia memejamkan mata.

"Liya pergilah pulang"
Liya mencelikkan matanya lalu bangkit dari perbaringan dan memandang wajah orang tuanya.
Matanya bergenang  ya dia faham apa maksud daddynya.

Liya memeluk kedua orang tuanya dan tangisannya pecah.

"Liya nak tinggal dengan mummy and daddy!! " dia mengeratkan pelukannya.

Mummynya melepaskan pelukan dan memegang bahunya.

"sayang ini bukan masanya untuk Rosie tinggal disini selamanya. Sayang pulang ya? Rosie bukan ke ada tunang kesian tunang kamu mesti tengah bersedih sebab lihat kamu " ye betul dia masih ada Raydan yang menanti . Dia memandang mata kedua ibu bapanya dan tersenyum.

"Bye sayang" mummy dan daddy mula beransur hilang dan cahaya menusuk masuk ke retinanya. Dia mengelipkan matanya beberapa kali. Dia terdengar tangisan dan terasa tangannya digenggam kuat oleh seseorang. Dia toleh kesisi. Raydan. Hanya satu perkataan yang mampu terbayang dalam mindanya apabila melihat wajah kesayangannya . RINDU.

" I love you Raydan" ucap Liya. Terangkat kepala Raydan apabila mendengar suara yang dirindunya. dia menangis lebih kuat dan memeluk Liya sekuat hatinya. Liya tergelak dan menepuk badan Raydan untuk menenangkannya.

"Aku rindu kau.. Aku rindu senyuman kau.. Aku rindu suara kau.. Aku rindu segalanya sewel" Liya tergelak bercampur sebak.

"Ye aku pun rindu kan kau,  aku rindu nak tengok wajah kau, aku rindu nak tengok senyum sinis kau, aku rindu nak tengok kau marah dengan aku "
Raydan tergelak sedikit.

Raydan melepaskan pelukan dan memandang wajah Liya dengan dalam sekali. Dia senyum kalini senyum yang teramat manis dan matanya yang penuh dengan kerinduan yang mendalam.

"Liya i want to marry you,  i want to live with you,  i want have childs with you,  i want to be old with you, can you? " lamaran dari Raydan mengejutkan Liya, dia menangis sambil mengangguk beberapa kali tanda setuju . Dia memeluk Raydan erat dan  mereka menangis kegembiraan.

Thank you for being in love with me -Raydan

Thank you because make myself calm in your arm - Liya


Fin.

Mr.Danger Aku Punya √√Where stories live. Discover now