PXR 1

17.9K 653 155
                                    

3 tahun kemudian ....

Princesses Xavier & King sudah berada di Arcad Academy kerana mahu mengambil slip keputusan SPM!

Dan sudah 2 tahun 6 bulan pemergian Qistina Airish Xavier, ia memberikan impak besar kepada Blue Iv kerana tiada CEO, Arcad? Hilangnya PKP, princessses Xavier dan King juga tidak terurus dan Han? Suka menyendiri dan berdiam diri.

" Lutut aku gigil sia. "adu Fatin, jantungnya berdetak laju dan tangannya sejuk.

" Kau nak takut apa? Kita badgirls tersohor Arcad kan? Kalau PT3 boleh dapat straight A. Takkan sekarang tak boleh " balas Bal dengan tenangnya.

King hanya menggelengkan kepala mereka, tak ubah perangai! Masa tingkatan 4 princessses Xavier masukkan kucing dalam reban ayam! Becakar lah mereka, ayam tu pun hilang bulunya kerana dicabut dan dicakar oleh kucing.

Alasan princesses Xavier?
Sian kucing tu tiada kawan.

Masa tingkatan 5 pula, mereka bermain dengan bahan kimia di makmal Sains! Entah apa campuran yang mereka buat sampai meja makmal jadi hitam! Dan tidak boleh dipadam menggunakan apa pun.

Alasan princesses Xavier?
Hitam baru hipster, ni tak warna kelabu bosan!

Han lebih suka memerhati princesses Xavier kerana hatinya masih kuat berkata gadis itu berada bersama mereka, walaupun jasadnya tiada di sini.

" Daddy ugut aku! Kalau tak dapat straight A dia kahwin kan aku dengan anak kawan dia! " rintih Fatin.

Meletus tawa mereka semua.

Shah menyonggol bahu Fatin dan tayang wajah nakalnya.

" Kahwin dengan aku nak? " soal Shah dengan tawanya.

Fatin menyiku perut Shah, terbongkok bongkok Shah dibuatnya! Wu pedih!

" Gatal." ucap King serentak.

" Dah jom masuk dewan , cikgu dah panggil." celah Mia.

Mereka terus mengatur langkah ke Arcad Hall. Dia dalam dewan itu dipenuhi pelajar pelajar tingkatan 5.

Mereka perlu mengambil slip di kelas masing masing.

" Kalau kelas VIP nak ambil kat mana pulak? " soal Izzkal, lehernya dipanjangkan dan memerhati sekeliling.

Selama dua tahun mereka di Arcad, mereka belajar di bilik VIP atas kemahuan nenda.

" princesses Xavier & King, datang ke meja hadapan sekarang. "

Mereka terus menuju ke meja itu.

" Bonda ke yang serahkan? " soal Isk.

Pengetua senyum dan mengganguk.

" Mestilah, anak anak bonda kan? Tahun ni dah tiada badgirls Arcad and King. Ni kira kali terakhirlah kita berjumpa kan? Bonda dengar popo kamu kata nak hantar kamu semua terus pergi oversea minggu ni. " kata pengetua.

Mereka bertujuh serentak mengganguk tanda setuju.

" Tak sempat nak manja manja dengan mummy dah kena duduk oversea. " ujar Fatin dengan tawa kecilnya.

Princess Xavier Return Where stories live. Discover now