PXR 2

8.2K 479 90
                                    


Prinncesses Xavier dan King akan bertolak ke Aussie pada hari ini. Mereka akan melanjutkan pelajaran ke sana.

Kenapa tak di Malaysia?

Sebab, itu semua ialah tradisi keluarga tersohor ini. Mereka mahu cucu atau cicit perempuan juga dapat pelajaran tinggi

Dan bukannya setakat perlu duduk di dapur.

Bermacam-macam nasihat yang mereka terima.

Orang-orang Xavier juga membantu princesses Xavier dan King di Aussie nanti.

Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

Mereka berpelukan antara satu sama lain. Berat hati untuk meninggalkan ibu bapa kesayangan mereka.

Orang tua ini ialah pembentuk ku dan pembimbing aku dari dulu hingga lah sekarang.

Duhai jiwa, tabah lah dikau.

Air mata yang menitis ialah air mata perpisahan.

Airish, rindu.

Jet peribadi Xavier sudah sedia untuk anak-anak ini. Mereka sudah pun masuk ke balai perlepasan.

Tangga jet itu didaki dengan penuh sebak.

"Tak perlu langgar-langgar! tak reti nak bersabar ke mangkuk!" marah Fatin.

Shah dan Fatin, bila je mereka tidak bergaduh kan?

"Lembab sangat, pakai selipar dah lah. Ni tak pakai boot." sindir Shah.

Juruterbang itu hanya menggelengkan kepalanya. Teringat pula kata Puan Hana iaitu 'Kalau cucu saya yang Fatin dan Naufal tu bergaduh, awak tinggalkan je mereka tau.'

"Gaduh lagi sekali, aku tendang korang berdua dari jet ni." ugut Isk dengan nada mendatar.

Mereka sudah mengambil tempat masing-masing.

"Naufal Shah!"

"Argh!"

Akhirnya Fatin terjatuh ke atas lantai jet itu.

Han menarik lengan gadis itu untuk bangun. Matanya yang tajam seperti helang merenung Shah yang sedang ketawa.

"Fal, cukup lah." tegur Izzkal.

Kesian melihat Fatin yang selalu dibuli dengan sepupunya.

"Kalau ada Rish ni, kau tak hidup dah Naufal Shah. Kat sini jugak Rish tanam kau." kata Bal mendatar.

"Kau tak tahu ke, Risya macam Rish sedikit? kau nak Risya bungkus kau ke, baik kau duduk ontok-ontok sebelum aku pulak yang sepak kau dari jet ni."

Shah dengan pantasnya duduk pada kerusinya.

"Gaduh lagi, aku kahwin kan korang." kata Han

Jet itu sudah berada di udara.

Han melayan perasannya, tingkap dipandang. Wajah Airish mula menyapa mindanya.

Hati lelakinya meringis kesakitan.

Sakit kerana rindu yang amat.

Princess Xavier Return Where stories live. Discover now