Hoseok's sister

293 35 17
                                    

"Momo!"

"Daddy Hoseok!", Hoseok mendukung Momo sambil melambung-lambungkan Momo ke udara. Dia mencubit pipi Momo berkali-kali.

"Sakit daddy Hoseok", Momo menjauhkan dirinya daripada Hoseok. Dia mengusap-usap pipinya yang kemerahan kerana dicubit.

"Maafkan daddy Hoseok, meh daddy kiss", Hoseok mengucup pipi Momo perlahan. Terkekeh-kekeh Momo saat Hoseok menggeletek ketiaknya secara senyap-senyap.

"Momo nak ikut daddy Hoseok tak?"

"Daddy Hoseok nak pergi mana?"

"Daddy nak bawak Momo pergi jalan-jalan"

*****

"Daddy lambat lagi ke?", Momo menguap perlahan. Aiskrim coklat yang dipegangnya dijilat.

"Tunggu sekejap Momo, nanti dia sampai", Hoseok mengusap rambut Momo sambil memerhatikan sekeliling. Bibirnya diketap perlahan, seorang gadis elegan mulai menghampiri mereka, gadis itu menanggalkan cermin mata hitamnya.

"Hai, sorry lambat", kata gadis yang bernama Jiwoo itu. Dia melambaikan tangan kearah Momo sambil tersenyum manis.

"Kenapa tak datang tahun depan je"

"Ikutkan aku memang nak datang tahun depan pun", kata Jiwoo selamba. Hoseok mendengus perlahan, ada sahaja cara kakaknya mahu membidas kata-katanya.

"By the way, anak siapa kau bawak ni? anak haram ehh"

"Woi mulut kau! ini anak Yoongi lah", Hoseok mengetuk kepala kakaknya kuat. Dia memandang Momo, selamat Momo tidak dapat menangkap kata-kata kakaknya.

"Aish, sakitlah bodoh", Jiwoo menyepak punggung Hoseok kuat. Dia menjeling Hoseok lalu mengangkat Momo.

"Jom Momo, kita pergi jalan-jalan, kata Jiwoo sambil menepuk perut Hoseok kuat. Mengaduhlah Hoseok dibuatnya, Hoseok cuba menangkap kakaknya namun tidak sempat apabila kakaknya terlebih dahulu berlari masuk ke dalam kereta bersama Momo.

"Kenapa aku dapat kakak macam kau"

*****

"Ouh, jadi Momo tu anak angkatlah?", Jiwoo menyedut air coklat itu sambil mengangguk perlahan.

"Kenapa tak bawak dia pergi balai polis, macam mana Momo nak membesar tanpa bukti ahli warganegara?"

"Itulah masalahnya, aku dah suruh Yoongi daftar ahli kewarganegaraan untuk Momo. Tapi dia degil", Hoseok meraup rambutnya ke belakang. Dari jauh, kelihatan Momo yang ralit memerhatikan ukiran-ukiran patung yang comel. Hoseok tersenyum simpul memerhatikan susuk kecil itu.

"Hm.. kita nak buat apa sekarang?", Jiwoo mengerutkan dahinya. Dia memerhatikan sekeliling, tiba-tiba dia berdiri dengan wajah yang cemas.

"Mana Momo?"

"Hah?", Hoseok juga turut berdiri. Baru sahaja dia melihat Momo di sudut sana, kini Momo sudah tiada di situ.

"Eh, tadi dia ada dekat situ!", Hoseok menudingkan jari kearah lokasi terakhir Momo berada. Dia lekas mencapai beg Momo dan menarik tangan Jiwoo.

Mereka mencari Momo di tingkat itu dan juga di tingkat atas. Hoseok terduduk di atas lantai, empangan air matanya mula pecah. Dia tersedu-sedan di atas lantai itu, topeng mulut miliknya dibuka.

"Ini semua salah aku"

"Sudahlah Hoseok, jom kita cari lagi", Jiwoo menepuk bahu Hoseok lembut. Dia cuba melindungi Hoseok daripada dikesan oleh peminat.

"Jom kita cari dekat luar", Jiwoo menarik tangan Hoseok. Namun Hoseok langsung tidak berganjak.

"Aish, berat betul kau ni"

"Bodoh", Hoseok menunjal dahi Jiwoo sebelum berlalu meninggalkan kakaknya.

*****

"Hai, Yeonim", lelaki itu mengusap pipi Momo lembut. Namun Momo pantas sahaja menepis.

"Nama saya Momo, bukan Yeonim"

"Nama kamu Yeonim, sayang"

"Tak! appa tak suka panggil saya Yeonim", Momo menjauhi lelaki itu. Semestinya, dia perlu mengikuti kata-kata ayahnya.

"Siapa nama appa Momo?", lelaki itu tersenyum. Tetapi matanya sudah bertakung dengan air mata.

"Kenapa pakcik menangis?", Momo mula mendekati lelaki itu. Dia mengelap air mata yang mula jatuh di pipi lelaki itu.

"Pakcik tak nangis, pakcik gembira", lelaki itu memegang bahu Momo sambil menilik setiap inci wajah Momo.

"Cantik, sama macam omma kamu"

"Pakcik kenal omma saya?", Momo mengerutkan dahinya. Lelaki itu mengangguk sambil mengeluarkan sehelai kertas.

"Ini nombor telefon pakcik, simpan elok-elok tau", lelaki itu menyelitkan kertas itu ke dalam poket seluar Momo. Dia mengikat longgar beberapa tali belon di pergelangan tangan Momo lalu mengusap kepala Momo perlahan.

"Selamat tinggal, anak appa"

*****

"Momo!", Hoseok berlari anak kearah Momo. Dia memeluk Momo erat, dihambur semua tangisannya di bahu Momo.

"Tadi pakcik tu nangis, sekarang daddy Hoseok pulak", kata Momo polos. Hoseok mengerutkan dahinya, dia mengelap air matanya sambil merenung Momo.

"Pakcik mana? dia ke yang bawak Momo ke sini?", Momo mengangguk laju. Dia juga turut mengelap air mata Hoseok yang tak berhenti-henti keluar di kelopak mata Hoseok.

"Momo, belon siapa ni?", Jiwoo memegang tali belon yang ada di pergelangan tangan Momo. Dia membuka tali itu, selamatlah tali itu tidak diikat terlalu kuat.

"Pakcik tu bagi Momo", Jiwoo dan Hoseok berpandangan.

*****

"Lain kali jagalah elok-elok", Yoongi memeluk Momo sambil menangis teresak-esak. Jika Hoseok menangis ketika mencari Momo, apatah lagi dirinya sebagai bapa.

"Sudahlah hyung, Momo depan mata kau sekarangkan?", Namjoon menggulingkan matanya.

"Kesian aku tengok Momo tu, dia rimaslah", Jungkook bersuara. Kata-kata Jungkook membuatkan Yoongi melepaskan Momo perlahan-lahan.

"Siapa lelaki tu?", Yoongi bertanya kepada Hoseok.

"Entah"

"Momo, jelaskan", Yoongi merenung Momo tajam. Momo menundukkan wajahnya.

"Pakcik tu hensem--"

"Itu je kau tahu", Yoongi pantas membalas. Ahli bts yang lain ketawa mengekeh.

"Berani kau buat macam tu dekat bini aku", Taehyung mengangkat Momo lalu duduk di atas ribanya.

"Haih.. lain kali jangan ikut orang yang kau tak kenal", Yoongi menasihati Momo. Dia memegang lengan Momo sambil memerhatikan lengan itu, mana tahu terselit luka atau lebam hasil lelaki itu.

"Momo tak ikut dia, dia yang angkat Momo", Momo membela dirinya. Yoongi menggulingkan matanya.

"Semua kau betul"

"Dahlah tu hyung"

*****

"Appa!"

"Apa kau nak budak gila?", Yoongi menjeling Momo. Dia menarik zip seluar Momo selamba.

"Appa!", Momo menutup semula zip seluar yang dibuka oleh ayahnya.

"Appa duduklah dekat luar, Momo boleh mandi sendiri", tokok Momo lagi.

"Yelah tu, biarlah aku yang tolong mandikan", Yoongi tersenyum senget. Lengan Momo ditarik lalu dia menggigit lengan Momo.

"Taknak! appa vampire!", Momo juga mengigit tangan Yoongi yang masih memegang tangannya. Yoongi melepaskan tangan Momo sambil mengesat tangannya di dinding bilik air itu.

"Kau pun sama je vampire, dasar anak vampire", Yoongi menarik seluar Momo lalu ketawa besar. Dia keluar daripada bilik air itu lalu menutup pintu.

"Cuci betul-betul, celah bontot kau tu cuci kasi bersih"

"Ei!"

[C] Rain [MYG]Where stories live. Discover now