Here you are

217 34 1
                                    

"Johyun, kenapa kau ada dekat sini"

"Aku dah cakap, aku akan bertanggungjawab", ujar Johyun sinis. Yeonim menguak rambutnya ke belakang, serabut dengan masalah yang menimpa dirinya sekarang.

"Johyun please, aku tak mintak kau bertanggungjawab", kata Yeonim. Johyun ketawa kecil, dia menggeleng kepalanya.

"Kau ada dua pilihan, benarkan aku bertanggungjawab, atau aku bagitahu Yoongi rahsia kita. Video kita bersama, masih ada pada aku", ujar Johyun. Yeonim terkelu, dia tak tahu bagaimana mahu membantah. Dia tak mahu menuruti permintaan Johyun, dalam masa yang sama dia juga takut Johyun akan menyebarkan rakaman mereka bersama.

"Lelaki pengecut, kau cuba takutkan aku dengan video tak guna kau tu?", ujar Yeonim sambil mengetap bibir. Johyun mengangkat bahu, watak antagonisnya memainkan peranan.

"Aku tahu kau takut. Jadi, masih nak berdegil?", ucap Johyun. Dada Yeonim berombak, dia menolak badan Johyun menjauhi dirinya.

"Kau keluar", ujar Yeonim dengan suara yang masih terkawal. Dia perlu menghormati pesakit yang ada di situ, walaupun amarahnya sudah melebihi had.

"Fikir balik kata-kata aku, Yeonim", ujar Johyun lalu beredar dari wad perempuan itu. Yeonim menggenggam rambutnya, bantal yang ada di situ dia pukul sekuat hati.

*****

Momo cuba mengelak dari pegangan Jaesun. Kadang-kala dia terbatuk kecil, kesan pukulan Seolja masih belum hilang.

"Momo.. kau jangan degil", Jaesun berbisik perlahan. Dia menghela nafas berat tatkala terdengar tangisan Momo di atas katil.

Semuanya berubah, Jaesun yang dahulunya baik, berwajah suci. Kini telah menunjukkan belang, dia selalu memarahi Momo jika dia merasa stress. Malahan, sejak dia tahu penyakit yang dihidapi Momo, berganda-ganda dingin dirinya terhadap Momo.

Momo langsung tidak membawa apa-apa keuntungan pada dirinya.

"Appa.. Momo rindu appa..", tangisan kecil Momo bergema di sudut itu. Badannya semakin susut, Momo tahu dia sudah tidak berdaya lagi, penyakitnya semakin lama semakin teruk.

Ditambahkan lagi seksaan dan hinaan yang diberikan Jaesun kepada Momo, membuatkan cabaran yang ditempuhi Momo menjadi terlalu berat ketika itu.

"Momo taknak duduk sini..", suara Momo berbisik. Dia menyembamkan wajahnya di atas lutut.

"Aku keluar kejap", potong Jaesun lalu beredar keluar dari wad Momo.

Momo mengelap air mata, dia perlahan-lahan menghampiri pintu keluar. Momo memerhatikan langkah Jaesun yang semakin jauh dari wadnya. Momo sudah merancang semua ini dari awal, dia akan keluar dari penjara itu. Momo berlari anak mengambil anak patungnya, Youngyoung.

"Youngyoung, kita nak keluar dari sini. Youngyoung jangan buat bising tau", ujar Momo. Anak patung yang selalu menjadi peneman Momo sejak Momo berpisah dengan Yoongi. Setiap kali Momo melihat Youngyoung, dia akan merindui Yoongi.

"Jom Youngyoung", Momo perlahan keluar dari wad itu. Dia berjalan, orang yang ramai dan suasana yang agak sesak langsung tidak mematahkan semangat Momo untuk meninggalkan tempat itu.

Walaupun dia tidak tahu dia di mana, walaupun dia tidak tahu di luar sana masih mempunyai orang yang sejahat Jaesun, walaupun dia tidak tahu di mana rumah Yoongi berada. Dia tetap bertekad untuk melarikan diri dari Jaesun.

"Appa..", suara kecilnya memanggil-manggil Yoongi. Terlalu jauh dia berjalan, akhirnya dia berhenti di hadapan sebuah kafe.

"Appa..", Momo tak mahu percaya apa yang dilihatnya. Tapi memang benar, Yoongi ada di situ. Momo perlahan-lahan menghampiri Yoongi. Dia berharap, kali ini tiada lagi perkara yang akan menghalang mereka untuk bertemu.

"Appa..", Momo semakin hampir.

"Kau cuba lari, budak?", suara seseorang bergema di belakang Momo. Lantas, mulut Momo dicekup dari belakang.

"Hmphhh, app.. appa!", Momo cuba menjerit. Tapi malang sekali, seseorang yang berada di belakangnya menekup mulut Momo dengan lebih kuat. Walaupun Momo lemah, namun dia tetap mahu berjumpa dengan Yoongi.

"Appa Yoongi!", jerit Momo. Yoongi tersedar, matanya membulat tatkala melihat Momo dan Seolja yang sedang menekup mulut Momo. Yoongi mahu menghampiri mereka, namun malang sekali Seolja terlebih dahulu melarikan diri sambil mendukung Momo.

"Tak guna, dekat sini rupanya kau", ujar Yoongi lalu bertindak mengejar Seolja.

[C] Rain [MYG]Onde histórias criam vida. Descubra agora