Let's go III

271 32 3
                                    

22 November 2016

"Dengar cakap aku Momo.. keju tu berlemak dan menggemukkan", aku cuba memanipulasi minda Momo. Dia hanya memandang aku polos, mungkin kurang faham akan maksud aku.

"Cakap jelah yang kau tak reti buat kek", Jin yang ralit menonton televisyen menyampuk. Aku menjegilkan mata kearahnya.

"Appa tak reti buat kek?", Momo mula meragui kebolehan aku. Aku menggeleng laju, masih mahu menegakkan benang yang basah.

"Aku pandailah, semua benda aku pandai", kata aku dengan bangganya. Walaupun hakikatnya aku tak pandai langsung buat kek, sedangkan aku buat air pun tawar, lagikan pula kek.

"Kalau macam tu buktikan", Momo mencabar aku. Wajahnya polos sahaja, namun terselit pelbagai idea jahat di dalamnya.

"Haih..", aku mengalah lalu melangkah kearah Jin yang sedang berehat. Bahu Jin aku cuit perlahan, wajahku tunduk malu.

"Hah nak apa kau", kata Jin sambil mengunyah keropok lekor yang baru dimasaknya.

"Tolong aku buat kek.."

*****

"Timbang dulu tepung tu"

"Hm, tepung pun kena timbang?", kata Yoongi dengan wajah yang polos. Jin bercekak pinggang, giginya diketap sebelum dia mengambil nafas perlahan.

"Sabar Jin, nanti cepat tua", Jin menyentuh pipinya sambil ditepuk perlahan, bahunya juga ditepuk untuk melegakan kemarahannya.

"Hyung, kenapa tepung pun kena timbang"

"Habis tu kau fikir badan kau je perlu ditimbang?", Jin mencekak pinggangnya semula. Yoongi mengangkat tangannya tanda mengalah. Takut juga dia dengan kemarahan Jin, jangan Jin baling penimbang tepung itu dimukanya sudah.

"Chillex bro, berapa banyak aku nak timbang ni"

"Tak apa, biar aku timbang"

"Okay", Yoongi memerhatikan alatan-alatan kek yang ada di atas meja. Dia mengambil sebiji telur dan dibelek telur itu. Namun nasibnya malang apabila telur itu terjatuh ke atas lantai.

"Alamak", Yoongi menekup mulutnya. Dia mencapai kain lap yang berada di sebelah bekas telur. Tidak semena-mena dia tertepis bekas telur itu, membuatkan telur-telur itu juga turut jatuh pecah ke atas lantai.

"Aduh..", Yoongi memerhatikan Jin yang sudah terlongo memerhatikan telur-telur itu. Mata Jin menyinga memandang Yoongi, digenggam sebiji telur yang ada di tangannya sehingga pecah. Yoongi menelan liur sambil tangannya disusun sepuluh jari.

"Aku mintak maaf, hyung.."

"MIN YOONGI!"

*****

"Nampaknya hyung orang kedua yang layak dipanggil perosak barang selain Namjoon hyung", Jungkook menggelengkan kepalanya sambil tangan ligat menggaul acuan dengan laju.

"Kau diam", Yoongi menjeling Jungkook. Setelah tragedi yang melanda sebentar tadi, Jin tidak membenarkan dia membuat sebarang kerja. Dia hanya diberi tugasan iaitu menunggu di hadapan oven sehingga kek dibakar. Lenguh juga kakinya berdiri lama di situ.

"Hyung, aku nak calit kek dengan acuan tau"

"Tak payah, buat semak je", Jin menjeling Yoongi tajam. Yoongi mencebik bibir, kakinya di hentak perlahan sambil mengetuk pintu oven itu kuat.

"Hoi, cepatlah oven. Dasar oven lembap!", dia memarahi oven itu. Jin datang menghampiri Yoongi lalu ditariknya telinga Yoongi kuat.

"Auww.. ampun, ampun buk!", Yoongi cuba melepaskan tangan Jin namun tidak menjadi. Jin mencubit pinggang Yoongi.

"Serius boleh tak Yoongi?"

"Tak.."

"APA?!"

"Ye, aku buat"

*****

"Uwow.. sedapnya", Momo memeluk aku sambil mengunyah kek itu perlahan. Aku melepaskan keluhan, wajah Jin yang sudah berkerut itu aku pandang sinis.

Heh, kau yang masak, aku yang dapat nama hekhek.

"Pandai appa buat!"

"Actually uncle Jin yang buat"

"Eo?", mata Momo membulat mendengarkan ayat daripada Jungkook. Matanya memandang aku sambil tangannya perlahan-lahan merungkaikan pelukan.

"Uncle Jin!", Momo berlari kearah Jin lalu memeluk badan Jin erat.

Waduh, kok dia yang kau peluk?

"Appa tipu, tak baik.. dosaaaa", kata Momo sambil menggoyangkan tangannya. Aku mencebik perlahan, lalu pergi meninggalkan ruangan itu.

"Malam ni kau tidur luar"

[C] Rain [MYG]Where stories live. Discover now