Last dress

238 28 3
                                    

27 December 2016

"Encik Yoongi, saya dah cakap sebelum ni awak tak boleh tidur dengan pesakit wad ni"

"Ye..", Yoongi menggaru kepalanya. Memang dia sudah agak dari awal, dia pasti akan dimarahi jururawat.

"Masalahnya sekarang, encik bawak kawan encik sekali tidur dengan pesakit. Kalau encik terkena darah pesakit macam mana? penyakit tu boleh merebak pada encik"

"Tapi, Momo tak ada berdarah ke apa, saya pun tak kena darah Momo, kawan-kawan saya pun tak"

"Selagi boleh elak, kita kena elak. Encik tahukan pesakit tu menghidap HIV? menyusahkan, dia-", jururawat itu menghentikan kata-katanya sendiri. Tak sangka dia sudah terlanjur berbahasa, mulutnya ditekup perlahan.

"Apa awak cakap tadi? menyusahkan?"

"Kos perubatan Momo di hospital ni, saya yang bayar. Ayah Momo tu dah lari, dia takut saya report perangai mendera anak dia tu di mahkamah. Saya bayar awak, awak fikir awak siapa nak cakap orang menyusahkan?"

"Encik Yoongi, bukan macam tu maksud saya--"

"Atau awak nak saya beritahu pihak atasan tentang hal ni?", ugut Yoongi. Jururawat itu terdiam, dia menghentak kaki sebelum pergi berjalan meninggalkan Yoongi.

"Kecut", bisik Yoongi. Bibirnya disengetkan sebelum masuk ke dalam wad semula.

"Momo, jom mandi. Hari ni aku nak bawak kau pergi jalan-jalan"

*****

"Woi Yoongi! lama lagi ke?", Cho memandang kiri dan kanan. Takut ada jururawat datang, habis dia.

"Malam nanti aku baliklah"

Tut!

"Haish! bugima punya Yoongi!", Cho mengetap bibir. Takkan lah dia perlu duduk di wad Momo sehingga malam, jenuhlah.

"Kenapalah aku jadi staf kau, perangai macam lahanat tak habis-habis nak menyusahkan aku--"

"Cu.."

Suara seseorang membuatkan Cho menoleh. Dia memandang seorang wanita tua yang duduk di atas kerusi roda. Senyuman ikhlas wanita tua itu dibalas senyuman kelat oleh Cho.

"Nenek panggil saya ke?", tanya Cho. Wanita tua itu menggangguk, dia mengangkat tangan tuanya, digerakkan jari-jemari, menyuruh Cho menghampiri dirinya. Mahu atau tak, terpaksalah Cho menurut.

"Ye nenek, kenapa?"

"Cucu.. sakit ye?"

"Taklah, kenapa nenek?"

"Dulu.. ada seorang wanita, dia meninggal dalam wad tu. Berhati-hati ye", pesan wanita tua itu, suaranya tersekat-sekat, sesuai dengan umurnya yang telah lanjut.

"Eh.. betul ke nenek?", tanya Cho. Pertanyaan Cho dibalas dengan anggukan oleh wanita tua itu. Cho menelan liur, terasa aura seram berkumpul di sekeliling dirinya. Cho perlahan-lahan memandang wad Momo yang kosong, dan beralih pula pada wanita tua itu.

Wanita tua itu hilang.

*****

"Pakai ni"

"Inilah!"

"Macam mana dengan ni?"

"Wow..", serentak ahli bts melopong memandang Taehyung yang sudah lengkap dengan kostum ala-ala putera raja. Kacak melampau, lagi pula ketika Taehyung tanpa sengaja menolak rambutnya ke belakang. Hampir berdarah hidung mereka dibuatnya.

"Momo dah siap jugak", Momo keluar dari bilik salinan. Lengkap dengan gaun panjang ala-ala puteri raja. Langkahnya yang terkedek-kedek membuatkan ahli bts seperti berada di awang-awangan.

Mahu dicubit-cubit wajah Momo yang sangat cantik dan comel itu.

"Cantiknyaaa"

"Tak terkata"

"Perfect!"

Tubuh Momo diangkat oleh Taehyung. Sesuailah itu, putera raja kacak yang seksi dan puteri raja cantik yang ketot.

"Anak siapa yang omey sangat ni?", usik Taehyung. Sambil itu diusap-usap rambut Momo yang lembut. Wajahnya menatap Momo penuh kasih sayang.

"Anak appa!"

"Bukan anak uncle Taehyung ke?", gurau Taehyung. Dia mahu mencubit pipi Momo, tapi tak sempat sebab Yoongi terlebih dahulu merampas Momo di dalam dukungan Taehyung.

"Oi Yoongi hyung"

"Dia anak aku, kau nak kena pijak ke?"

"Okay, mehlah. Tengok siapa yang kena pijak dulu", Taehyung bercekak pinggang. Tangannya sengaja mengusap rambut Yoongi, menunjukkan betapa kecilnya Yoongi pada Taehyung.

"Taehyung kau kuajoooo"

[C] Rain [MYG]Where stories live. Discover now