Melon Music Award

272 35 6
                                    

"Eh, apa kau buat dekat sini?", salah satu staf mereka bernama Kim Busung menghampiri Cho yang sudah tersenyum menyeringai. Momo yang berada di sebelah Cho mula menyorokkan dirinya.

"Hei, anak siapa yang kau bawak ni", Busung terus sahaja menolak Cho ke tepi. Dia mengangkat Momo sambil mencubit pipi mulus Momo.

"Si comel, nama awak siapa?"

"Mo..mo", Momo bersuara perlahan. Dia menutup matanya dengan tangan, membuatkan Busung tertawa dengan tingkah laku comelnya.

"Comelnya dia", Cho mengangguk sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Busung memanggil staf-staf yang lain untuk bertemu dengan Momo, sekejap sahaja Momo berada di situ, dia telah mendapat sambutan yang hangat oleh staf-staf yang lain.

"Uncle!", Momo menjerit takut apabila dirinya mulai dihimpit oleh staf-staf yang mula mencubit, memuji serta menggeleteknya. Dia cuba menggigit staf-staf yang berani mencubit pipinya, namun usahanya sia-sia apabila mereka bukannya terkejut, malah makin memuji kecomelannya.

"Ye, uncle datang", Cho mula mengangkat Momo berada di pangkuannya. Cho tersengih kecil apabila melihat staf-staf yang mula menunjukkan wajah cemberut.

"Dia anak saudara aku, sorry dia takut dengan orang yang dia tak kenal", Cho memberikan penerangan. Momo sudah menyembamkan muka dibahu Cho. Tidak mahu lagi dia melihat staf-staf yang hampir sama seperti pengganas.

"Uncle.. appa mana?", Momo berbisik kepada Cho. Cho mengangguk sambil membelai rambutnya lembut.

"Nanti dia datang"

*****

"Appaaaaaa", Momo menjerit girang apabila ayahnya mula menghampiri mereka. Terus sahaja Yoongi menekapkan jari telunjuknya ke bibir, menunjukkan tanda senyap. Momo hanya menggarukan kepala, mungkin tidak faham dengan isyarat yang diberikan ayahnya.

"Nae pi ttam nunmul", Momo menyanyi perlahan. Matanya tidak lepas daripada memandang Taehyung. Baginya, Taehyung kelihatan terlalu kacak hari ini.

"Apasal kau pandang Taehyung macam nak terkam?", bisik Yoongi di telinga Momo. Momo lantas menundukkan kepalanya sambil tertawa kecil, mungkin malu setelah ditegur oleh ayahnya.

"Uncle Taehyung kacak", tiga perkataan yang keluar daripada mulut Momo membuatkan Yoongi ketawa mengejek. Yoongi berdiri di hadapan Momo sambil menepuk bahunya perlahan.

"Aku lagi kacak"

"HAHAHA", kali ini Momo pula ketawa. Malah ahli bts yang lain juga turut menyertai Momo. Mereka ketawa sambil menolak-nolak Yoongi sehingga terjatuh ke atas sofa semula.

"Macam platipus kurang kasih sayang je aku tengok", kata-kata Jin membuatkan Yoongi mencebik. Tawa jenis lap tingkap Jin membuatkan mereka ketawa lebih galak.

"Tak payahlah lebih-lebih"

"Sugatipus"

"Stop it"

*****

"Pemenang untuk Album of the year award adalah.."

"Bangtansonyeondan, tahniah!"

Semua ahli bts ternganga sambil memandang sesama sendiri, seakan tidak percaya. Mereka berlalu keatas pentas dengan teragak-agak, tangan dilekapkan di dada. Betapa terujanya mereka dengan kemenangan kali ini.

"Tahniah..", kata salah seorang penyampai hadiah. Namjoon mengambil pingat itu sambil menundukkan badannya tanda hormat.

"ARMY, TERIMA KASIH!", Namjoon menjerit dengan penuh semangat. Dan peminat yang berada di situ juga turut menjerit sakan. Membuatkan Namjoon semakin gementar untuk berkata-kata. Jin mengelap air matanya yang jatuh ke pipi.

"Biar betul.. kepada mereka yang mencipta kami, menolong kami dan bawa kami untuk hidup. Kepada mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. Kami sentiasa berasa bersyukur, dan kami cintakan kamu semua..", Namjoon menghentikan kata-katanya. Dia memandang kearah di mana tempat Army berkumpul. Hoseok pula mula menyusun 10 jarinya sambil diletakkan di mukanya, air matanya juga hampir jatuh ke pipi.

".. ini sangat-sangat.. Melon Music Award merupakan kejayaan paling besar pernah kami kecapi sejak daripada debut hingga sekarang.."

".. terima kasih PD-Nim Bang ShiHyuk, Bighit Entertainment, ibu bapa dan kawan-kawan yang sentiasa menyokong kami"

"ARMY AKU CINTAKAN KAMU, WE LOVE YOU!", Namjoon mengakhiri kata-katanya dengan ucapan cinta untuk para Army. Mereka saling berpelukan dengan erat sekali.

*****

"Appa, sudahlah", Momo memujuk aku daripada belakang. Dia menepuk bahuku perlahan, sekali-sekala tangan mungilnya mencalit air mata aku yang tidak berhenti mengalir.

Sudah 10 minit aku berkeadaan begini. Walaupun puas dipujuk oleh mereka, tapi aku tak mampu bertahan. Kerana aku sungguh berada dalam keadaan tidak okay.

Saat aku menjadi trainer, bahkan saat debut. Pelbagai cabaran yang perlu aku tempuhi, kehidupanku hanya ditemani sebuah laptop dan sebuah impian.

Aku pernah berputus asa untuk hidup, aku pernah meraung dan tertanya kenapa aku hidup di dunia ini, aku pernah diabaikan oleh ibu dan ayahku, dan aku juga hampir disahkan gila kerana mengalami stres yang berlebihan.

Jadi tidak salah jika aku menangis untuk itu bukan?

Dan pencapaian pada hari ini meninggalkan satu impak yang besar pada aku. Walaupun telah berkali-kali aku bertahan. Akhirnya aku menangis tersedu-sedan juga di dalam bilik ini.

Seakan, penat lelahku selama ini membuahkan hasil.

Dan entah kenapa, badanku seakan menjadi ringan. Seperti hilang sudah bebanan yang berada dibahuku.

Momo tampak risau, air mata aku makin mencurah-curah walaupun telah dipujuk. Tanpa aba-aba, aku menarik Momo ke dalam pelukan. Momo hanya kaku, namun selepas itu dia mula membalas kembali pelukan aku.

"Appa jangan nangis"

"Aku benci kau, Momo"

Tak, sebenarnya aku sayang kau.

"Ehhh", Momo terus sahaja melepaskan pelukannya. Bibirnya dicebikkan lalu dia berpusing membelakangi aku, aku hanya tersenyum simpul. Beranggapan bahawa apa yang dilakukannya kelihatan imut.

"Dahlah peluk Momo, lepastu cakap benci", kata Momo. Dia memeluk tubuhnya sambil mata tidak lepas daripada memandang aku tajam.

"Drama queen"

[C] Rain [MYG]Onde histórias criam vida. Descubra agora