CKBSK / 01

1K 133 76
                                    

CRUSHKU BOO SEUNGKWAN
01
--

RINGGGGG!! wui wui ade orang datang, bukak laa pintu.

"Vernon, kawan kamu dah datang tu. Pergi laa bukak pintu." laung Pn.Choi dari dapur selepas mendengar ringtone rasmi loceng rumahnya. Vernon yang mendengar laungan ibunya pantas berlari untuk membuka pintu.

Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik, dia hampir mencarut pabila melihat susuk tubuh adik perempuannya iaitu Choi Han Seol yang turut serta bergegas mahu keluar dari biliknya. Dahinya berkerut.

"kau nak kemana dik?" soal Vernon kehairanan, tubuh badannya masih lagi terpacak di muka pintu biliknya. Sama laa seperti Seol, dia juga masih membatu di tempat yang sama.

Seol diam seketika, wajahnya mula berubah. Sebenarnya dia pun tak tahu sebab kenapa dia bukak pintu bilik nie tadi. Yang pasti, dia ada dengar eomma dia ada sebut kawan Vernon. Yeahh, maybe sebab tu.

"dik abang tanya nie."

"err..adik nak pergi tolong eomma, eomma tengah nak masak lunch kan?" jawab Seol gabra. Bibirnya tergetar getar, dia risau satu-ii abangnya nie tidak akan percaya dengan alasan yang diberi.

Mata Vernon terkebil kebil. Bukannya apa, setahu dia adiknya yang satu nie bukannya rajin nak masuk dapur. Setakat nak cari makanan kat dalam peti ais baru terbuka hati dia nak jejakkan kaki dia dalam tu, pemalas budak Seol nie.

"haa yelah, abang nak tengok kawan abang kat bawah dulu."

"ohh okeyh."

Seol hanya tersenyum manis sehinggalah kelibat abangnya hilang dari pandangan. Perlahan lahan dia berjalan menuruni tangga, dia tidak mahu membuat sebarang bunyi yang akan menyedarkan Vernon tentang kehadirannya disitu.

"heyyo wassup bro, asal lama sangat kau nak sampai haa?"

Seol hanya menadah telinga mendengar perbualan abangnya. Jantungnya berdegup kencang menunggu sapaan abangnya dibalas. Walaupun ianya tiada kaitan dengannya, tapi jantungnya tetap berdegup kencang.

"aku singgah rumah Minghao dulu tadi ambil buku latihan maths."

Hampir jatuh terjelopok tubuh Seol apabila mendengar suara merdu yang ditunggu tunggunya daripada tadi. Tanpa dia sedar dia sudah berjoget sakan disitu. Lihatlah bertapa bahagianya dia mendengar suara lelaki itu.

"dik ape kau buat?"

Tubuh Seol keras tiba-ii. Bibirnya sudah mencebik, dia pasti abang serta kawannya sudah melihat tarian gelek yang dilakukannya. Perlahan lahan dia menoleh ke belakang.

"ermm..hai abang. Ehh SeungKwan oppa pun ade. Err...Seol pergi dapur dulu ye, kesian eomma masak sorang-ii. Anak yang baik mendengar kata, perempuan yang baik rajin orangnya. Seol nak tolong eomma tau, bhaii. Assalammualaikum."

Seol terus berlalu melepasi Vernon serta SeungKwan. Vernon hanya memandang adiknya yang sudah buang tebiat, manakala SeungKwan hanya menayang wajah kosong. Langsung takde perasaan.

"jom laa, adik aku tu pelik sikit."

SeungKwan mengangguk lalu menaiki tangga untuk ke bilik Vernon yang berada di tingkat atas. Memang inilah kegiatannya tiap-ii hari, belajar bersama sama Vernon di bilik selama 3 jam. Pandai anak Boo nie, contohilah dia.

-
-
-

"SEOL pergi panggil abang kamu dengan kawan dia, kita lunch sekali."

Seol tersenyum apabila mendengar permintaan eommanya, dia pantas berlari untuk ke bilik Vernon. Dia tak sabar nak tengok muka SeungKwan.

Ye Boo SeungKwan. Lelaki yang sudah bertakhta dalam hati Seol sejak tiga tahun lalu. Walaupun SeungKwan dalam kategori 'bukan lelaki pilihan' perempuan zaman sekarang berdasarkan dari saiz badannya yang agak sedikit chubby, tapi itu masih tidak menjadi masalah bagi Seol.

Baginya Boo SeungKwan adalah lelaki yang paling menarik di muka bumi ini.

"hahahaha ape nie wehhh, series laa? Kau nie ngade-ii ahh, tampar kang. Nak kena tampar?"

"alaa jangan ahh tampar-ii, sakitttt..."

Seol hampir tergelak mendengar gurauan diantara Vernon serta SeungKwan dari luar bilik. Vernon dan SeungKwan sudah berkawan baik sejak dari kecil lagi, jadi tidak hairan laa kalau mereka serapat itu.

Bila mengenangkan bertapa rapatnya mereka berdua membuatkan hati Seol sedikit lega. Dia pasti ianya tidak akan menjadi masalah jikalau suatu hari nanti dia dan SeungKwan akan bersama, ini kerana abangnya pasti akan menyokong hubungan mereka dengan hati yang terbuka.

Aduh cemane nak cakap ehh? Nanti kena marah dengan Vernon cemane? Malu ahh kene marah depan SeungKwan...

Seol menarik nafas sedalam dalamnya sebelum pintu bilik abangnya dibuka. Dia pasti dia akan melihat bertapa rajinnya mereka berdua sedang belajar, lagi-ii SeungKwan. Ohh my hearteu, dugeun dugeun dugeun!

"a---eo? Abang buat apa nie?"

- TBC -

Special taggeu ~~

cookieskookiebts
jiminie_mochi07
J-DONNA
Swag_urdream

Crushku Boo SeungKwan + B.S.KWhere stories live. Discover now