CKBSK PT.2 (PROLOGUE)

242 52 137
                                    

“ Arin? ” terbuka luas mata aku disaat nama itu terpacul keluar daripada mulut Hyera.

Arin, atau nama sebenarnya Choi Arin.

Aku kenal dia. Dia laa perempuan yang aku jumpa kat Thailand dulu. Dan dia juga laa yang menjadi penyebab Seungkwan cium aku.

Walaupun Seungkwan menafikan yang ianya satu ciuman, tapi aku tak bodoh untuk mempercayainya.

Ianya benar-benar satu ciuman!

Dan aku juga tahu yang Arin adalah bekas teman wanita Seungkwan, suami aku.

Dia tinggalkan Seungkwan demi lelaki lain. Selepas lelaki itu tinggalkan dia, kini dia kembali untuk meraih simpati pada lelaki yang telah dia lukai dahulu.

Tapi setahu aku, dia kini sudah move on dan telah membuka langkah untuk mendekati Lee Woozi, kawan baik Seungkwan sendiri merangkap deskmatenya. Jadi apa sebab Hyera mahu menuduhnya mahu mendapatkan Seungkwan pula?

Hyera menarik nafas panjang lalu dihela agak kasar. Wajah blur aku dipandang bersama cebikan.

“ like seriously Seol? Aku dah lama berkawan dengan kau tapi takkan kau still bodoh lagi? ” hamburnya agak menyentapkan diri aku.

Aku diam. Mata aku masih kekal memandangnya meskipun cara pandangan dia terhadap aku sedikit perit untuk dilihat.

Sumpah, ini kali pertama aku nampak Hyera kelihatan fade up dengan aku.

“ Seol, aku sayang kau. Kau satu-satunya kawan yang aku ada. Tapi please, jangan butakan mata kau bila melibatkan orang yang kau sayang. Aku tahu Seungkwan tu suami kau, tapi kau kena buka mata kau luas-luas dan perhatikan keadaan sekeliling. ”

Aku mula dipalit kerisauan. Tak pernah-pernah Hyera bertingkah serius seperti ini. Last dia serius masa di Thailand haritu. Itupun dia dapat nightmare malam tu sebab dia sendiri terkejut dengan perubahan diri dia.

Dan aku syak, malam nie mesti dia dapat nightmare.

“ m-maksud kau? ” soal aku agak gugup. Aku harap semua ini prank. Aku dah taknak bersangka buruk pada Seungkwan. Aku hanya mahu hidup tenang bersama dia. Suami serta crush aku.

Crush aku, Boo Seungkwan.

Hyera berjeda seketika. Wajahnya tampak kusut. Dia kemudian meraup segenap wajahnya lalu kedua bahu aku dicengkam olehnya.

“ dengar Seol, aku harap kau boleh terima apa aku nak cakap nie. ”

Aku mengangguk perlahan, setuju dengan permintaannya.

“ malam tadi aku terserempak dengan Seungkwan kat McD. ”

What? McD? Seungkwan makan McD tanpa bagitahu aku? Derr, ayam McD sedap duhh.

Tanpa menghiraukan perasaan TERkilan aku, aku menyoalnya lagi. “ dan? ”

Hyera mengeluh. Tangannya pada bahu aku dilepaskan lalu dia bercekak pinggang bersama gelengan yang sayu.

Ya Tuhan, dramatiknya dia.

“ selain Seungkwan, aku nampak seorang lagi manusia yang aku kenal. ”

Okay ...

Dan?

“ ternyata manusia itu adalah Vernon, abang kau. ”

Vernon, abang aku.
Aku tak patut risau tapi entah laa, hati aku tiba-tiba berdegup pantas pula.

Bukan nak menuduh, tapi aku rasa sebelum aku kahwin dengan Seungkwan, aku dapat rasakan Seungkwan dengan Vernon ada something yang mereka rahsiakan daripada aku. Buktinya hubungan mereka berdua LEBIH INTIM daripada hubungan aku dengan Seungkwan.

Dan aku pun ... ehem, masih dara. OUCH, fakta yang memedihkan bagi seorang gadis yang bergelar isteri.

Aku tak pervert cuma ... yelaa, suami aku tu crush aku kut EHEM.

“ kau kata kau jumpa Seungkwan dengan Vernon? ”

“ yup. ”

“ so apa kena-mengena dengan Arin pulak? ”

Hyera tersengih polos. “ saje HEHEHE. ”

Eh babinya dia ... nasib baik aku tak hina Arin, kalau tak, sia-sia je dapat dosa free. Cis.

“ aku tak habis cerita lagi nie. ” Hyera kembali beriak serius. Dan aku pun, kembali rasa gemuruh.

Seungkwan ... Vernon ...

Jangan kata aku BAKAL DIMADUKAN dengan abang sendiri. Oh tidakkkk.

“ mereka makan burger. ”

“ ... ”

“ kat dalam burger tu ada kepingan daging yang lazat serta mayonis yang enak. Tak cukup dengan itu, ada pulak sayur yang menambahkan lagi cita rasa dalam satu burger yang sempurna. Sumpah beb, burger tu memang sedap. ”

“ ... ”

“ kat tepi burger pulak ada air coke. PERGHH, penambah selera bhaii. ”

Aku nak tanya, last Hyera kena tendang dengan aku bila ehh? Lupa laa.

“ TAPI ... yang jadi perhatian aku BUKAN SEUNGKWAN. BUKAN VERNON. BUKAN BURGER, dan BUKAN COKE ... tapi, Dokyeom. ”

Eh, tiberrr Dokyeom terselit pahal?

“ kenapa dengan dia? ”

Hyera menggeleng kepala penuh dramatis, aksi tangannya juga cukup memainkan peranan.

Kalau Hyera jadi pelakon, konfirm HOT cerita dia HAHAHAHAHA.

“ tak sangka Dokyeom makan ayam goreng extra spicy. Kat depan dia ada kamera. Ternyata, dia rakam mukbang. ”

“ ... ” duhh, apa motif Hyera sebenarnya nie?
“ Raaa, kau nak bagitau aku apa sebenarnya nie? Dari tadi takde point pun. ”

“ eh, ada point laa. McD tu point laa tu. Sebenarnya takde pape pun. Aku cuma nak bagitau kau yang aku makan McD malam tadi, hahahaha. ”

Anjirr, dah agak. Hyera dengan bebal tak boleh dipisahkan. Dah macam isi dengan kuku.

“ actually ada sebenarnya ... ” Hyera kembali beriak serius.

Ya Tuhan, aku nak lari rasanya. Tak lalu asyik kena kencing dengan kebebalan member sendiri, haih.

“ aku nampak Joshua ... ”

Haa sudah, Joshua pun dikaitnya.

“ dengan Rohee kat belakang McD. ”

Oh, ada kaitan dengan McD jugak.

“ dan? ”

“ aku serang diorang. ”

Aku mula rasa teruja. “ serius laa kau serang Joshua dengan Rohee? ”

Hyera mengangguk. “ ternyata ... Joshua nak order tong gas kat Cik Piah melalui Rohee sebab alang-alang Joshua terserempak dengan Rohee kat McD. ”

Ya Tuhan.

“ lepastu aku dengan Joshua jalan sama-sama. ”

“ okay Raa, aku dah taknak dengar sebab kau dah mula nak bercerita tentang kau dengan Joshua. So, aku blah dulu. ”

“ DENGAR DULU SEOL! ”

Aku menarik nafas panjang. “ ya aku dengar, apa? ”

“ aku dengan Joshua jalan sama-sama masuk McD. ”

McD lagi?

“ Hyera, kau dah jadi duta McD ke sampai kau tak henti-henti sebut McD... ”

“ aku nampak Seungkwan dengan Vernon ... kiss. ”

DEFAKKKKKK!

“ dan kisah McD aku terhenti disini. Tak sangka aku boleh lihat semuanya di McD. Thanks to McD. ”

─────────────────────
- TBC -

NOTE : mesti ramai bosan part VerKwan bergay. Tapi caye arr, pt2 nie byk kisah SeolRa ...

Crushku Boo SeungKwan + B.S.KWhere stories live. Discover now