CKBSK PT.2 / 07

160 47 59
                                    

" HAPPY BIRTHDAYYYY!!! "
Dokyeom spontan terlompat apabila dirinya disergah tiba-tiba sebaik sahaja dia membuka pintu rumahnya. Dadanya yang berombak kencang diurutnya.

MasyaAllah, nasib baik tak melatah.

" happy birthday abangggg. " Saehyun datang mendekati Dokyeom lalu tubuh abangnya dipeluk dengan erat. Setelah itu pipi abangnya dicium berkali-kali tanpa henti.

" HEY SUDAH, TEPI KAU JANDA! " tubuh Saehyun terus ditolak oleh Hyera ke tepi. Riak wajah Saehyun terus berubah.

Janda?
Hyera panggil dia janda? Oh My Allah.

" hey baby. " sapa Hyera dengan lembut. Pipi Dokyeom dicuitnya sedikit lalu dia menguncup udara bagaikan dia menguncup jejaka dihadapannya, acah nak romantik padahal Dokyeom dah rasa jijik sekarang nie.

" cuba tengok nie, Hyera the gorgeous ada belikan hadiah. Suke tak suke tak? " kotak hadiah berbentuk segi tiga itu ditayang dihadapan Dokyeom.

Dokyeom sengih. Matanya berkedip lalu kotak itu diambilnya. Tapi kejap- apesal rasa lembik ek?

Dokyeom tekan-tekan hadiah tu. Memang lembik.

" jangan tekan banyak kali, nanti rosak. " Hyera pantas menghalang. Seol yang berada dibelakang Seungkwan sudah ketawa dalam diam.

Sah, mesti Dokyeom malu 4 hari 4 malam dengan hadiah Hyera. Hahahaha.

" boleh ana buka isteriku? " soal Dokyeom meminta izin. Hyera senyum lalu kepalanya diangguk. " bukalah, jangan terkejut. "

Bersama hati yang berdebar, balutan hadiah itu terus dibuka rakus oleh Dokyeom. Para tetamu yang rata-ratanya adalah rakannya sendiri turut rasa berdebar.

Wahh, bukan senang Hyera nak beli hadiah.

Apabila kertas balutan dikoyakkan sepenuhnya, senyuman Dokyeom makin melebar. Ada kotak segi tiga gambar pooh. Cantik.

" wahh, ana sudah tidak sabar. " penutup kotak dibuka dan - taik.

" ONIGIRI?! " jerit Dino yang waktu itu berdiri disebelah Dokyeom. Ditangannya ada kamera. Dia sedang merakam.

Seol yang mendengar jeritan Dino pantas mendekati Dokyeom. Isi kotak yang dipegang Dokyeom dipandang.

Tak sangka ... memang onigiri.
Terus sahaja dia menoleh memandang Hyera. Anak matanya bergerak memberi isyarat mana-boxer-tu-taik?

Hyera tayang muka selamba. Keningnya diangkat lalu pucuk hidungnya dicuit sedikit.

Dokyeom terus gelak kekok. Onigiri itu diambil lalu digigit sedikit. " emm, sedap. Anti beli ke? "

Hyera geleng. " itu makanan untuk kucing aku, tapi ada banyak jadi aku bagi kau satu. "

Tahi.

Dokyeom terus luahkan onigiri didalam mulutnya ke dalam kotak tadi. Memek wajahnya berubah.

" astaghfilrullah anti Kim Hyera- mengapa anti melayan ana seperti ini. Apa salah ana? Kenapa anti berbuat- "

" aku buat sendiri laa! kau ingat aku bodoh nak bagi kau makan makanan binatang? " hambur Hyera sedas. Dokyeom terus terdiam. Matanya berkedip-kedip lalu dia mencapai semula onigiri tadi lalu disumbat ke dalam mulut.

Actually takde laa sedap mana, ada rasa masin-masin sikit. Tapi takpe, Dokyeom faham Hyera baru nak belajar masak.

" nie pulak hadiah dari aku. " Mingyu datang menghampiri Dokyeom dengan sesuatu ditangannya. Sempat juga matanya mengerling ke arah Saehyun. Apabila mata mereka bertembung, cepat-cepat Saehyun kalihkan mata sambil beristighfar. Dadanya dipegang.

Crushku Boo SeungKwan + B.S.KWhere stories live. Discover now