CKBSK / 14

425 99 217
                                    

CRUSHKU BOO SEUNGKWAN
14
--

" Seol!! "

Seol memperlajukan langkahnya apabila suara Sungwoon yang memanggilnya masih lagi kedengaran.

Haihh, orang nak cari Seungkwan, bukan nak jumpa dia. Halah halah.

" Seol!! "

" eyy ape nie pegang pegang, bukan muhrim!! "

Tengking Seol apabila Sungwoon dengan beraninya memegang lengannya. Sungwoon pantas melepaskan lengan Seol lalu batang lehernya digosok. Dia mula berasa kekok.

" err maaf, saya cuma nak awak berhenti. "

Seol mendengus kasar lalu memandang tepat ke arah anak mata Sungwoon.

" haa nak apa, cakap laa. Saya nak cari Seungkwan sunbae tau, saya risau dia kena culik dengan hantu kopek macam dalam citer hantu Kak Limah tu. "

Sungwoon mengangguk lemah sebelum dia melangkah setapak ke hadapan untuk mendekati Seol, tapi malangnya Seol kembali mengundur setapak kebelakang. Apa gunanya dia dekat dengan Seol tadi? Haih.

" cakap laa cepat, masa berjalan tau. Masa itu emas!! "

" ye saya tau, tapi kejap laa saya lupa apa saya nak cakap tadi. "

Seol memutarkan bebola matanya ke atas, perasaan meluat mula dirasainya.

" itu laa makan lagi kerengga, kan dah jadi pelupa. "

Sungwoon hanya tersenyum hambar dengan kata kata Seol. Sejujurnya dia terasa tetapi dia abaikan memandangkan Seol adalah gadis pujaannya.

Ye memang benar, Sungwoon telah menyimpan perasaan pada Seol sejak gred satu lagi. Semasa zaman Seol memakai stoking belang belang berwarna warni paras lutut dan rambutnya ditocang dua, fuhh bimbo sungguh.

Tapi malangnya dia langsung tidak berani meluahkan perasaannya memandangkan abang Seol si Vernon merupakan lelaki hot disekolah dan dia takut jikalau Seol menolaknya pasti berita itu akan tersebar luas sehingga menyebabkan dirinya dimalukan.

Tetapi hari ini, dia mahu meluahkan segalanya.

" Seol saya nak berterus terang dengan awak .. "

" haa cakap je laa, lambat sangat kenapa? "

Sungwoon menggigit bibir bawahnya.

" saya sebenarnya ..... suka awak. "

Krik Krik Krik Krik.

" itu je? Buang masa je laa .. "

Seol mahu beredar pergi tetapi sekali lagi tangannya ditahan.

" sekurang kurangnya bagi laa jawapan awak sebelum awak pergi. " gesa Sungwoon. Seol berdecit.

" saya suka Seungkwan sunbae laa!! Kalau nak saya suka awak ubah laa muka tu jadi macam muka Seungkwan, konfirm saya terima awak. Blah laa .. "

Seol merentap tangannya lalu berlari pergi meninggalkan Sungwoon yang sedang kecewa, hatinya retak seribu.

" apa lebihnya gemok tu jika nak dibandingkan dengan aku? Cis, kau tengok laa ... lambat laun kau pasti akan merangkak datang kat aku, tch. "

-
-
-

" hai pakwe, buat ape tu? "

Hyera menegur Joshua yang sedang membaca nota di papan maklumat pelajar.

" ini, tentang perkhemahan hujung minggu nie. "

Jawab Joshua sambil jarinya mengetuk ngetuk nota pemberitahuan projek perkhemahan tersebut. Hyera hanya meng'ow'kan sahaja.

Crushku Boo SeungKwan + B.S.KWhere stories live. Discover now