-17-

377 21 5
                                    

Aku berdiri di sebelah Husna yang sedang menyumbat cream puff ke dalam mulut.

Aku pandang Aiman yang berada di tengah-tengah rumah ini. Aku lihat Aiman senyum.

Aku mengeluh. Kenapa aku rasa tak senang hati dengan setiap kata-kata nya tadi?

"weh Mimi, jom kita tengok Aiman potong kek." aku hanya tersenyum kelat mendengar ajakan Husna itu.

"kau pergi lah dulu, nanti aku ikut belakang." kata ku pada nya, Husna angguk lalu berjalan ke arah meja Aiman yang di kerumuni oleh ramai tetamu.

Kenapa malam ni aku rasa sedih sangat-sangat ni. Aku mengeluh. "haih.."

Aku tarik nafas perlahan. "tak apalah, kalau dia merajuk dengan aku, nanti aku pujuk." aku berkata perlahan

Aku bangun dan berjalan ke arah Husna yang berada berhampiran dengan Aiman. Dari jauh aku dengar rungutan kecil dari Aiman itu.

"apa Ummi ni, Aiman dah besar lah, dah 17 tahun dah. mana main kek macam ni. Aiman malu la Mi."

"seriously Aiman?! so kiot your cake bro! hahaha, kena viral ni." aku dengar ejekan daripada Muadz yang sedang menangkap gambar kek Aiman itu.

Aku perhati kek Aiman itu. Senyuman ku terukir kecil.
Patut la Aiman jadi malu macam tu rupa-rupanya.


K

ek dia begitu. Ada gambar Angry Bird 😂

"apa kau ni Muadz! aku malu lah. Eiyy" Aiman tolak camera Muadz dari menangkap gambar kek hari jadi nya itu.

Aku ketawa apabila melihat tingkah laku Aiman itu. Pipinya memerah. How cute that

"angry bird kot. Sesuai dengan kau gila."

"sayang. Potong kek tu cepat, ramai sedang tunggu kamu potong ni." terdengar suara lembut seorang  perempuan. Aku senyum melihat perempuan itu.

Itu ibu Aiman.

Puan Aminah. Puan Aminah berketurunan Arab. Jadi faham-faham la bagaimana rupa campuran Aiman ye.

"ala Ummi, Aiman dah besar la. Malu la potong kek ni." Aiman merengek kecil. Puan Aminah hanya menggelengkan kepala.

"tak perlu malu la sayang. Potong je kek tu, bukan ada orang nak ketawa."

"entah kau ni Man, mengada-ngada. Yang nak ketawa kan kau tu aku sorang je. Mana ada orang lain dah. Aduh!" Muadz mengaduh apabila dia dicubit oleh puan Aminah.

"kamu ni Muadz. Tak habis sakat dia, sampai bila dia nak potong kek kalau kamu tak habis-habis kacau dia.".

Muadz hanya sengih pandang ibu Aiman itu.

Aku tersenyum. Sweet je relationship antara Aiman dengan si Muadz tu.

Tiba-tiba bahuku di cuit. Aku menoleh ke sebelah. Husna pandang aku.

"kau gaduh eh dengan Aiman?"

Aku terkedu apabila mendengar kata-kata Husna itu. Laju sahaja aku menggeleng.

"tak perlu bohong lah. Ingat aku dan muadz tak nampak ehh apa yang terjadi antara kau dan Aiman tadi." aku terdiam.

Dada ku terasa sesak untuk menjawab setiap soalan husna itu. "walau apa-apa pun yang jadi aku nak kau tahu, aku ada untuk support kau." Husna tepuk bahu ku perlahan sebelum bertepuk tangan menyanyikan lagu 'happy birthday ' untuk Aiman.

Aku termangu di situ.

Aku pandang Aiman lama.

Aiman.

Awak marah kan saya ke?

FINE | The Dare ✔Where stories live. Discover now