-21-

404 19 6
                                    

Aku gosok rambut ku dengan tuala selepas mandi tadi. Rasa segar terus mata ku daripada kantuk.

Sekarang jam dah menginjak ke pukul 1 pagi. Mujur esok school holiday, dapat lah aku tidur lewat malam ni.

Telefon ku yang sedang di charge kan aku tuju. Screen lock di buka lalu apps WhatsApp di tekan masuk.

Aku pandang chat whatsApp itu lama. Kenapa orang yang ditunggu-tunggu oleh ku itu tidak muncul.

Nama orang itu di tekan.

Crush ❤
Online..

Aku mengeluh.. Dia online tapi tak nak balas chat aku. Perlu ke aku chat dia lagi?

Nampak sangat ke aku ni bagai kan perempuan yang terdesak?

Tapi aku chat dia just nak minta maaf. Dan aku just nak berbaik je dengan dia.

Salah ke niat aku itu?

Memandangkan aku tak dapat tidur ketika ini, lebih baik aku chat dia.

Mornite awak!
Tak tidur lagi ke?? dah nak masuk pukul 1 ni 😁

Aku perhati balasan daripada Aiman namun aku sedari suatu perkara. Dia hanya bluetick je chat aku.

Marah benar dia.

Jujur aku katakan, aku terasa dengan perbuatan nya ini. Mimi kau kena kuat! lupakan soal malu kau tu!

Kau kena tahu salah kau!

Aiman tak layak hukum kau begini. Kau jangan biarkan Aiman pijak maruah kau begini.

Awak..
Kenapa tak balas chat saya? saya nak tahu apa kesalahan saya, please reply 😭

Awak..
Awak tak nak kawan dengan saya dah ke?

Masih lagi sama. Dia hanya seen sahaja chat aku. Tanpa aku sedari mataku mula berkaca-kaca.

Awak jangan buat saya macam ni, saya tertanya-tanya apa salah saya pada awak 😭💔 pleasee reply something.. ✅

Aku ni nampak macam perempuan terdesak sangat ke? aku lihat Aiman masih lagi seen chat aku.

Aku tarik nafas cuba tahan perasaan yang bercampur aduk itu.

Saya ni macam perempuan terdesak tunggu jawapan daripada awak.. Setiap satu soalan saya awak tak balas langsung..

Kenapa permulaan hubungan kita perlu ada konflik?? saya tak suka hubungan begini..

Tanpa aku sedari Aiman mula membalas chat aku itu.

Crush ❤
Online..

Kalau kau rasa macam terdesak sangat, sila lah jangan chat aku.. Itu pun aku nak kena ajar ke?? aku tak minta tau, kau yang nak sangat.. Tadi kata malu lah apa lah, bila aku tak layan kau rasa pula terdesak.

Kalau rasa rimas sangat jangan chat aku.

Hanya di sebabkan perkara kecil itu saja Aiman berdingin dengan ku?

kalau awak rasa begitu, saya minta maaf sangat-sangat pada awak.. Awak maafkan saya eh.. Saya janji saya tak kan ulangi lagi. Itu hanya lah kesasulan yang tak di sengajakan..

Aku cuba memujuk hatiku yang sedang sakit ini. Aku perhati Aiman hanya seen chat aku.

Aku mengeluh.

Awak maafkan saya ke tak ni?

Aku ketap bibirku rapat. Menahan air mata ku yang bila-bila saja akan turun..

Namun aku terkaku apabila melihat Aiman seen chat aku dan dia terus offline.

Aku terdiam. Hati aku rasa sakit, hati aku rasa sedih, hati aku rasa pilu.

Aku rasa nak nagis je.

Selagi aku mampu tahan, aku tahan namun aku tak kuat.

Air mataku mengalir juga. Kenapa aku rasa sedih sekarang ni? kenapa aku rasa betul-betul pilu?

Aku ketap bibir rapat menahan dari esakkan keluar.

Ya allah..

Sakitnya hati itu, amat dalam sekali. Sungguh! aku belum pernah merasai perasaan sebegini.

Aku sembamkan wajah ku ke bantal dan menagis sepuas hati di situ. Aku nak luahkan perasaan aku pada siapa?

Dengan suasana bilik ku yang kelam dan sunyi ini makin membuatkan mood aku bertambah sayu.

"Ai-Aiman."

Saya sakit.

Saya sakit hati wak.

Kenapa buat saya begini.

Saya takut saya akan feed up dengan awak dan hati saya tawar.

Aku lap air mataku laju namun makin banyak yang keluar.

Sakitnya perasaan ini.

Aiman..
Mornite awak..
Sweet dream..
Thanks for today..
Saya hargai everything..
I'm sorry..

Aku usap dadaku perlahan untuk tenangkan perasaan ini.

Aku mohon, bila aku buka mata nanti, perasaan sakit ini akan lenyap.

Aku benci perasaan begini.

FINE | The Dare ✔Where stories live. Discover now