-77-

377 12 0
                                    

"Husna!" Husna yang duduk di kerusi menunggu berdiri. "Kak Kirah!" laju sahaja tubuh itu di peluk menghamburkan tangisan sedih nya.

"apa dah jadi ni? Macam mana Mimi boleh masuk sini?" Husna terdiam. Matanya memandang Kirin yang berada di belakang Kak Kirah.

"tadi dia nagis-nagis luah perkara yang berlaku dalam 3 hari ni, tiba-tiba dia sesak nafas. Darah keluar tiba-tiba dari hidung dia Kak Kir. Husna takuttt." Kak Kirah ketap bibirnya. Belakang tubuh itu di usapnya lembut.

"sabar Husna, insya allah Mimi akan okey." Jangan kata Husna je yang gerun, dia juga turut merasa perasaan yang sama.

"Kak Kirr.." sedih sekali nada si Husna. Kak Kirah gelengkan kepala. Menggelakkan sangkaan buruk tiba.

Untuk 1 jam mereka menunggu di luar bilik kecemasan. Dan ketika itu lah, keluarga Mimi datang.

"Kirah.. Macam mana Mimi?" Puan Syazlin menyoal. Kak Kirah gelengkan kepala. "belum tahu keputusannya Ma. Doktor tak keluar-keluar lagi."

"nasib baik kami sempat ambil flight, kalau tak alamatnya esok lah kami datang." encik Amin meluah.

"ni Kirin apa nak jadi dengan kamu ni. Apa kamu buat sampai adik teruk macam ni? Mama dengar ada something wrong dengan korang, lebih baik mengaku apa dia." Puan Syazlin menggesa.

Kirin hanya mendiamkan diri dan menunduk. Ya, dia rasa amat bersalah. "Kirin, cakap lah! mama nak dengar penjelasan sebenar dari mulut Kirin!" bahu Kirin puan Syazlin tarik supaya anak nya memandang ke arah nya.

"cakap Kirin cakap!" nada puan Syazlin naik seoktaf. Kirin kemam bibir, ada air yang bertakung di tubir mata nya.

"Dah lah tu sayang! anak tu! lagipun ni hospital, banyak mata yang memandang." Encik Amin cuba menenangkan keadaan. "saya tak kira, yang saya nak tau sekarang ni dari mulut Kirin sendiri. Kenapa adik boleh sakit teruk macam tu. Mesti ada sebab!"

"Ki-Kirin.." teragak-agak dia mahu berkata. "cakap Kirin cakap!"

Air mata Kirin jatuh. Dia tak sanggup nak luahkan kepada mamanya perkara sebenar. "Kirin.. Isk, Kirin minta maaf Maa."

Puan Syazlin terkedu. Anak lelakinya kah ini? Sejujurnya setelah usia Kirin menginjak ke arah kematangan ini, jarang dia melihat anak lelakinya mengalirkan air mata sebegini rupa. Mesti ada benda tak kena.

"Kirin salah.. Hik, Kirin yang buat adik macam tu. Ki-Kirin.. Kirin berdosa Maa.." Terlepas esakkannya di kerusi.

"kamu buat dosa apa ni Kirin? mesti ada sebab. Bagitahu mama. Bagitahu semua nya."

"Kirin mainkan h-hati.. Hati adik maa. Isk, sumpah Ma! Kirin tak tahu yang perempuan kena dare tu adik Kirin Maa! sumpah!"

Puan Syazlin membulat mata. "a-apa ka-kamu kata? dare?" Puan Syazlin terkejut.

"cabaran yang siapa berjaya dapat duit tu?" Soal puan Syazlin lagi. Kirin angguk lemah. Belum sempat dia mahu menjelaskan, terasa pipi nya pijar di tampar.

Mata semua di situ membulat dengan tamparan yang di berikan kepada Kirin. Bukan daripada encik Amin mahupun puan Syazlin.

Tapi, dari Syakirah. Kekasih hatinya. "saya dah lama bersabar dengan awak Syakirin. Sekarang saya betul-betul tak tahan lagi. Sanggup awak mainkan hati adik awak sendiri? perempuan yang di beri sepenuhnya kasih sayang dari awak sejak kecil lagi? sanggup awak ya?"

"sejujurnya. Saya anggap perempuan-perempuan tu hanya suka-suka je. Sekadar menghilangkan bosan dan juga habbit. Sakit? ya hati saya sangat sakit. Kalau di tanya perempuan di luar sana tu, siapa yang sanggup stay dengan peragai playboy lelaki mereka. Jujur, hanya segelintir sahaja. Tapi kali ni saya betul-betul feed up. Saya tak kisah awak mainkan hati saya. Tapi yang saya kisahnya, hati adik awak tu!" Nada Syakirah menaik.

"Kalau awak stay dengan perangai awak ni, saya yakin. Awak tak kan bahagia Kirin. Sekarang kebahagiaan awak dah tamat. Kita putus."

FINE | The Dare ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora