-94-

564 14 0
                                    

"doktor? a-adik saya selamatkan?" Kirin menyoal selepas melihat doktor Sue keluar. Sedaya upaya doktor Sue menahan air mata nya daripada menitis.

"maafkan saya. Pesakit tidak dapat di selamatkan. Saya turut bersimpati atas kepergiaan nya." ringkas doktor Sue berkata sebelum berlalu. Di bumi ini, sekali lagi pejuang kanser pergi meninggalkan dunia di usia yang muda.

"allahuakhbar." tubuh Syakirah lesu terjatuh. Kirin pula tergamam. Benarkah apa yang di dengari nya. Bagaikan tidak mempercayai nya, laju sahaja Kirin masuk ke dalam wad Mimi. "doktor dah janji nak selamatkan adik saya!!! kenapa jadi begini!" Kirin menjerit marah. Mata nya basah.

"Encik bawa bertenang, ini hospital. Lagi pun, dah di takdirkan pesakit pergi hari ni, jadi tiada yang dapat menghalang walaupun kami sebagai pihak hospital." Nurse yang bersama doktor Sue sebentar tadi cuba menenangkan Kirin.

Tubuh nurse itu di rempuh nya. Namun, langkah nya semakin lama menjadi perlahan. Air mata nya sedaya upaya di tahan. Tubuh yang telah di tutupi keseluruhan kain selimut itu di pandang. Bergetar tangannya untuk menarik kain selimut itu turun.

Matanya memerah melihat muka yang pucat itu setelah selimut di turunkan. Esakkan nya sedaya upaya di tahan. "a-adik abang.." wajah itu di usap sayang.

"adik pergi tinggalkan abang lah ni?" Kirin menyoal. Bibir nya bergetar. "cepat nya adik pergi.. A-abang tak sempat nak tebus silap..  A-abang tak sempat buat adik bahagia."

Allahuakhbar. Sakit nya hati melepaskan orang yang kita pergi.

"apa abang nak cakap dekat mama nanti! mesti mama terkejut." tak henti-henti air mata nya menitis.

Walaupun dia seorang lelaki namun, dia juga hanyalah manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

"haih.." Kirin tarik nafas lemah. "siapa abang untuk menolak ketentuan allah. Abang lepaskan adik pergi walaupun perit. Semoga berbahagia di sana. Doakan abang juga bahagia di dunia. Abang sayang adik abang." dahi Mimi di kucup lama. Hati sedaya upaya cuba di ikhlaskan untuk melepaskan adiknya pergi.

Memang pagi tu penuh dengan suara tangisan dan raungan di luar. Siapa yang tak sedih untuk melepaskan orang yang kita sayang pergi.

Paling teruk mama nya lah. Puan Syazlin pengsan bila dapat tahu Mimi sudah tiada.

Siapa kita untuk menolak takdir allah? allah dah kata. Mati itu pasti. Semua manusia pasti akan merasai mati, cuma menunggu masa nya tiba sahaja.

Kun fayaa' kun. 'jadi, maka terjadilah.'

Dengan itu adik yang di jaga nya selama 18 tahun akhirnya pergi menghadap illahi. Al fatihah.

FINE | The Dare ✔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora