six

1.7K 221 41
                                    


나연
NAYEON.

🎹🎹🎹

Sinaran cahaya pagi menusup mengenai mata milik Yoongi. Yoongi berkerut muka kerana tidurnya diganggu seseorang.

"Helmonie tutuplah langsir tu!", jerit Yoongi.

"Suga! Suga! Suga!", sudah boleh jangka bukan helmonie yang menganggu Yoongi tidur tapi Jihyo.

Digoncang hebat tubuh Yoongi yang masih terlantar baring dikatil.

"Suga! Suga! Suga!"

"Aihh apa ni, sanalah", keluh Yoongi berat matanya untuk dibuka.

"Suga", digoncang tubuh Yoongi.

"Eish kau keluar!"

"Suga!"

Tiada jawapan.

"MIN YOONGI!"

Tatkala itu mata Yoongi membulat segar secara tiba-tiba. Dia lantas menarik lengan Jihyo jatuh dikatilnya lalu ditindihnya gadis itu.

Buk!

Mereka bertaut mata, Jihyo memandang Yoongi keliru manakala Yoongi memandang Jihyo dingin.

"Apa aku cakap pasal panggil aku Suga?", suara mendalam digunakan.

Jihyo melarikan pandangan selain mata Yoongi.

"Pandang aku", tetak Yoongi.

Jihyo gugup "Suga, helmonie kata Suga boleh bawa saya pergi tengok laut. Suga"

Sesaat dua Yoongi akhinya mengeluh "Keluar", dilepaskan Jihyo. Jihyo pula dengan pantas berlari keluar.

Yoongi terduduk lemah kerana masih tidak boleh terima hakikat yang tidurnya tadi diganggu.

Setelah itu Yoongi pergi membersihkan diri dan sudah lengkap berpakaian kemas. Dia keluar ke ruang tamu melihat helmonie sedang menyiapkan sarapan.

"Pergi laut? Biar betul", kata Yoongi membuatkan helmonie tersenyum.

"Kan kamu datang sini sebab nak tenangkan hati gusar kamu tu, apa salahnya kamu pergi laut dengan Jihyo, kan?", jawab helmonie.

Kerusi dimeja makan diduduk sesekali matanya menangkap figura Jihyo sedang bermain dengan anak-anak jiran.

"Khai bhai bhuk!", jerit mereka serentak dan Jihyo asyik menang.

"Alaa asyik noona je menang!", kata salah seorang kanak-kanak lelaki disitu.

Jihyo pula tersenyum manis dan segala perilaku Jihyo itu dilihat Yoongi tidak berwajah.

"Cantik?", tegur helmonie seakan nampak apa yang ditenung cucunya itu.

Tersentak "Siapa? Jihyo? Pfft gila ke apa pakai baju macam tu dekat kawasan kampung", sinis dia.

Helmonie mampu tersenyum.

🎹🎹🎹

"Uwaaa♡!", jerit Jihyo riang berlari ditepi laut.

[C] Jawline | YoongiWhere stories live. Discover now