fourteen

2.1K 225 64
                                    

3 개월

THREE MONTH.

🎹🎹🎹

Sedang-sedang Yoongi berjalan menuju ke ruangan studio, dia terserempak dengan seseorang.

Cepat-cepat dia tertunduk hormat "Oh annyeonghaseyeo Tuan Song", ayah Jihyo membalas dengan senyuman.

Bahu Yoongi ditepuk "Saya dah dengar", kata Tuan Song cuba bermain kata dengan Yoongi.

Yoongi diam sebentar sebelum memahami kata-kata Tuan Song "Ahh itu", kepala digaru kekok.

"Saya gembira bila kamu orangnya", ujar Tuan Song membuatkan Yoongi malu "Jaga Jihyo elok-elok. Dia je princess yang saya ada"

"Jangan risau Tuan", angguk Yoongi.

"Tapi-", Tuan Song sengaja memperlambatkan ayatnya dan itu membuatkan jantung Yoongi berdegup "Saya jumpa kamu ni bukan pasal Jihyo, tapi pasal appa kamu"

Yoongi bercekak pinggang "Apa pulak kali ni?", keluh Yoongi.

"Saya rasa sekarang masa yang sesuai untuk kamu runtuhkan ego kamu tu. Dia bukannya sesiapa Suga dia appa kamu, saya rasa tak selesa bila orang-orang kata pasal kamu yang kamu lebih hormat saya daripada appa kamu sendiri. Itu apa yang saya rasa, bayangkan apa yang appa kamu rasa pula"

"Maaf Tuan Song, saya kena perg-"

"Saya belum habis. Ingat Suga, setiap manusia pasti rasai mati dan bukan salah appa kamu omma kamu meninggal dunia"

Genggaman tangan dikepal kuat "YE SEBAB DIA! Kalau dia tak kejar populariti dia sangat omma mungkin selamat dan hidup sihat dengan saya sekarang! Kalau dia jawab panggilan saya masa tu, omma mesti ada lagi dengan saya sekarang! Dan saya rasa cuma ada satu perkara yang saya menyesal dalam hidup saya", Yoongi mengigit bibir bawahnya "Tinggalkan omma dengan appa masa tu"

Seusai itu Yoongi tertunduk hormat dan pergi meninggalkan Tuan Song yang terkedu sendirian.

Encik Min atau lebih dikenali sebagai bintang rock era-90 an merangkap appa Min Yoongi.

Kerana terlalu taksub dengan kerjayaan yang diperolehi semasa zaman kegemilangan sebagai penyanyi rock dia telah melupakan tanggungjawabnya terhadap keluarga sendiri.

Puan Min, omma kepada Yoongi sedang mengalami penyakit alzheimer sehingga boleh membawanya ke arah kematian.

Waktu itu, Yoongi baru berbelasan tahun dan mempunyai kekasih bernama Nayeon di Daegu. Yoongi terpaksa duduk di Daegu bersama neneknya untuk menghabiskan pembelajarannya di sana.

Yoongi turutkan kerana itu adalah salah satu permintaan ommanya walhal Yoongi tidak tahu bahawa omma nya sedang senyap-senyap memikul rasa sakit penyakitnya.

Hari semakin hari dihitung dengan jari, omma Min tidak pernah beritahu sesiapa tentang penyakit yang sedang dipikulnya. Dia tinggal sendirian di rumah, tiada anak dan tiada suami.

Tapi Yoongi acap kali menelefon omma nya bertanya khabar dan sebagainya. Tetapi ada satu perkara yang pelik berlaku ketika mereka sedang berbual dalam telefon.

[C] Jawline | YoongiWhere stories live. Discover now