hidden chapt

2.6K 266 33
                                    

우리
US.


🌸🌸🌸

Pasangan YoonHyo dilihat oleh dua orang jejaka berumur dari jauh.

"Diorang memang ditakdirkan untuk bersama", ujar salah seorang daripada mereka.

Manakala yang kawannya mengukirkan senyuman manis "Mesti diorang tak ingatkan waktu diorang kecik-kecik dulu kan?"

Tuan Song melihat Appa Min sambil tersenyum ada makna "Manalah diorang ingat, diorang kecik lagi masa tu", ulas Tuan Song.

"Hahaha berbesan lah kita ye?", ujar appa Min menghulurkan tangan dan disambut Tuan Song mesra dengan gelakkan.

"Kopi?", cadang Tuan Song.

"Dengan tteobboki?", appa Min pula mencadang.

"Ok! Kajja!", mereka berpeluk tepi dengan gelakkan menuju ke gerai makan.

Apa yang dimaksudkan Appa Min dan Tuan Song soal mereka tidak ingat waktu mereka kecil?

🌸🌸🌸

17 years ago.

17 tahun yang lalu, keluarga Min dan keluarga Song bertemu mesra bersama dua cahaya mata mereka yang berpipi merah lagikan bulat.

Min Yoongi 6 tahun manakala Song Ji Hyo 3 tahun sedang leka bermain diatas tanah belakang rumah milik Tuan Song sekeluarga.

Kedua ibu bapa mereka melihat dari jauh kecomelan dan gelagat mereka berdua.

"Hyo-ah, oppa baru beli bubble ni balik sekolah tadi tau", ujar Yoongi mula mengeluarkan sebotol kecil permainan buih.

"Igae bwoya?", tanya Jihyo.

"Hyo tak tahu?", soal Yoongi dapat gelengan dari Jihyo "Ok tengok betul-betul eh", Yoongi mula meniup permainan itu bagi menghasilkan buih-buih yang banyak ke udara.

"Hyo tak tahu?", soal Yoongi dapat gelengan dari Jihyo "Ok tengok betul-betul eh", Yoongi mula meniup permainan itu bagi menghasilkan buih-buih yang banyak ke udara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"UWOAA!", tampaknya Yoongi berjaya membuatkan Jihyo kagum "Oppa! Ini boleh makan tak?"

"Apa-Yah!", jerit Yoongi bila melihat Jihyo mengangga mulutnya ingin makan buih buih itu.

"Nyap!", satu sudah dimakannya.

"Jihyo! Aihh!", marah Yoongi pipinya mula timbul warna merah kegeraman. Di tarik peluk tubuh Jihyo yang masih mahu makan buih buih itu.

"Nyap!"

"Hyo! Aishh benda ni tak boleh dimakan lah!", ujar Yoongi berjaya menarik perhatian Jihyo.

Jihyo melihat Yoongi dengan mata yang membulat.

Dengusan berat dilepaskan Yoongi "Nampaknya oppa kena kahwin dengan Hyo! Oppa kena jaga Hyo, sebab Hyo ni suka buat benda pelik!"

Yoongi dan Jihyo bertatapan mata selang beberapa saat. Mata itu, Yoongi suka sangat melihat mata bundar besar milik Jihyo.

Bagi Yoongi, Jihyo adalah bidadari comel yang sudi menemankan dirinya ketika dia sendirian bermain.

Mereka masih bertatapan mata sehinggalah "Kahwin tu boleh makan?"

"Yah!"

Kedua keluarga itu melihat YoonHyo kecil dengan gelakkan.













Tamat dan terima kasih.

Hahahha I know, macam bangang je en fanfic ni. Well, saya memang bangang sikit. Hahaha sikit je lah.

[C] Jawline | YoongiWhere stories live. Discover now