fifthteen

2.2K 249 36
                                    

Permintaan kecil, bukak lagu dekat media. "All of my life" cover song by Soya (niece Kim Jongkook, merdu suara dia)


고마워
GOMAWEO.

🎹🎹🎹

Cara berjalannya lemah longlai perlahan menuju pulang ke apartment miliknya. Tadi dia mengambil beberapa minuman keras sebelum pulang ke apartment.

Raut wajah kusut tidak diperdulikan walaupun orang melihat serong. Tanggapan orang bukanlah isu sekarang ni tapi isu utamanya, Im Nayeon, gadis itu.

Dia penat, dia mahu berehat. Nombor pin kunci ditekan sebelum menguak pintu masuk.

"Hm?", dilihat sekilas sepasang kasut bertumit tinggi tersusun elok dihadapan bingkai masuk rumahnya.

Tanpa ragu-ragu, Yoongi meluru masuk dan ye macam yang dijangkakan Yoongi, Jihyo berada dihadapannya.

Berdiri tegak.

Mereka bertaut mata sesaat dua sebelum Yoongi mula bersuara "Jihyo, apa kau buat dekat sini?", panggil Yoongi lembut.

Jihyo diam, tidak mahu menjawab soalan itu.

"Jihyo?", Yoongi menghampiri tetapi langkah segera dimatikan sebaik setitik air mata Jihyo mula jatuh mengalir.

Itu mengejutkan Yoongi "Ji-Jihyo? Ka-u kenapa ni?", dia mahu menghampiri lagi.

"Berhenti dekat situ!", sergah Jihyo dengan derasan air mata yang mengalir.

Yoongi clueless tapi diturutkan jua permintaan Jihyo "Sekurang-kurang bagitahu aku kenapa kau macam ni?", risau mula meyelubungi minda Yoongi.

Nafas dihembus "Saya tanya awak sekali je", mata yang memandang lantai tadi mula beralih menatap wajah Yoongi "Awak masih cintakan Nayeon?"

"Fuck", carut jejaka itu dalam hati. Bagaimana wanita dihadapannya ini boleh terfikir untuk menyoal tentang kekasih lama jejaka itu?

"Kenapa awak diam? Susah sangat ke soalan saya? Kenapa? Awak nak cakap, ye aku masih cintakan Nayeon. Lepas aku dah puas isi hati aku yang kosong ni pada kau, aku akan mula meraih kembali cinta Nayeon selepas 3 bulan. Macam tu ke Suga?", Jihyo mula membuat sperkulasi sendiri.

Yoongi terkejut separuh nyawanya dan tapak tangan mula membasah, gugup dengan apa yang sedang dia lalui ini. Apa dia mahu jawab dengan Jihyo.

Atau dia perlu diam aje?

"Macam mana, kau boleh tahu semua ni?", soal Yoongi.

"Ouh jadi betul lah tekaan saya tu?"

"Tak!", Yoongi segera membantah "Yang pasal 3 bulan tu betul tapi yang lain tu semua salah! Jihyo dengar-"

"Jangan dekat!", jerit Jihyo bila Yoongi mendekat.

"Ini rumah aku, suka hati aku lah", Yoongi tidak dengar arahan Jihyo malah dia mula menarik Jihyo ke dakapannya.

"Lepas!"

Yoongi diam memperketatkan pelukkan.

[C] Jawline | YoongiWhere stories live. Discover now