eight

1.8K 240 28
                                    


명부
LIST

🎹🎹🎹

Ini adalah hari terakhir YoonHyo berada di kampung halaman. Pagi mula menjelang, Yoongi keluar dari bilik menghempas diri disofa menonton TV.

Senyap aje suasana ketika itu, dan itu membuatkan Yoongi pelik, mana budak stickybeak tu pergi?

"Helmonie? Jihyo mana?", tanya Yoongi.

"Rasanya dia ada dekat belakang"

"Hm? Belakang rumah?", pelik juga Yoongi kenapa gadis itu pergi ke halaman belakang yang penuh dengan pokok-pokok tanaman helmonie?

Yoongi berganjak ke belakang rumah mahu menjenguk apa yang gadis genit itu lakukan.

Kepala dijengul keluarkan dari pintu ke halaman belakang dan itulah dia Jihyo membelakanginya sedang menanam sesuatu.

Yoongi menghampiri "Kau buat apa?"

Jihyo laju menoleh "Oh Suga hai", seperti biasa senyuman manis diukir "Saya tengah tanam pokok chocolate"

Hm?

"Wujud ke pokok tu?", desis hati Yoongi terduduk cangkung disebelah Jihyo yang sibuk mengembur tanah.

"Kau guna biji benih apa ni?", Yoongi mahukan kepastian.

"Ini", Jihyo menunjukkan sebungkus penuh coklat berpetak pada Yoongi.

"Ini", Jihyo menunjukkan sebungkus penuh coklat berpetak pada Yoongi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yoongi menepuk dahinya "Kau tanam coklat dalam tanah?"

Jihyo mengangguk.

"Kau tahukan coklat dibuat di kilang bukan datang dari coklat yang kau tanam. Pokok coklat tak wujud tapi pokok koko ada lah", ujar Yoongi.

Jihyo mengukirkan senyuman tipis "Saya tahu"

Yoongi tergamam sepertinya gadis itu buat begitu mungkin ada sebab dan dengan raut wajah sedih gadis itu dapat mengatakan segalanya.

"Masa saya kecil, omma belikan saya sebungkus plastik besar penuh dengan coklat. Saya suka dan makan banyak-banyak. Sampai satu tahap, saya tak nak coklat dalam paket tu habis. Akibat dari terlalu berimaginasi, saya ambil satu coklat dan tanam dihalaman belakang rumah"

; ❀ flashback.

❀ ❀ ❀

"Kamu tanam coklat?", tanya omma.

Saya pun mengangguk "Nanti dia jadi pokok coklat! Bolehlah Jihyo makan coklat hari-hari!"

Tapak tangan milik omma mengusap lembut kepala saya. Dia juga tersenyum dekat saya.

Keesokan paginya, saya dikejutkan oleh omma "Jihyo-ah, pokok kamu dah membesar. Mari pergi tengok!"

[C] Jawline | YoongiWhere stories live. Discover now