Song Rahee.

4K 167 5
                                    

"Hmm , mana dia ni tak balik balik lagi ni.." Rahee menunggu suaminya pulang sejak petang tadi.

"Dah pukul 1 pagi dah ni." Rahee mengeluh perlahan. Dia betul betul sunyi bila suaminya tiada.

Sudah 3 tahun mereka berkahwin , masih tiada rezeki untuk menimang cahaya mata. Ibu mertuanya selalu menghina. Mengatakan yang Rahee mandul tak boleh mengandung. Rahee tak minta semua ni terjadi. Dia juga ingin menjadi seorang ibu. Ingin mengandung seperti wanita lain. Air mata mengalir di pipi Rahee. Dia terlelap di sofa ruang tamu.

--

Kereta Audi milik Baekhyun memasuki perkarangan rumah 2 tingkat miliknya. Pintu rumah dibuka. Baekhyun mengeluh bila terpandang isterinya sedang nyenyak tidur di sofa.

"Mesti dia tunggu aku balik.." bisik hati Baekhyun.

Baekhyun melangkah perlahan lahan ke arah Rahee. Tak mahu isterinya terjaga. Baekhyun duduk ditepi sofa lalu mengelus lembut rambut milik Rahee

"I'm so sorry , sayang. Saya taknak awak menderita lagi sebab anak." Baekhyun mengucup lembut bibir milik Rahee. Raheee terjaga. Terkejut melihat Baekhyun di depannya. Cepat cepat dia bangun dari pembaringan.

"Awak dah lama balik? Sorry , saya terlelap masa tunggu awak balik." Rahee mengusap lembut lengan Baekhyun yang duduk disebelahnya.

Baekhyun sebak dengan layanan Rahee. Kalau lah Rahee tahu apa yang Baekhyun dah lakukan , mesti Rahee kecewa. Rahee terlalu baik. Isteri yang tak pernah abaikan makan dan pakainya. Semuanya sempurna. Cuma Baekhyun inginkan seorang anak. Anak dari benihnya.

"Kenapa diam je? Awak dah makan? Saya dah masak makanan kegemaran awak. Saya panaskan. Awak pergi mandi dulu lepastu kita makan."

"Saya dah makan dengan Chanyeol tadi."

Rahee kecewa. Dia menunggu Baekhyun untuk makan bersama. Dah lama tak makan berdua memandangan Baekhyun selalu sibuk kerja diluar daerah.

"Saya baru ingat nak makan dengan awak tadi. Dah lama kita tak makan sama."

Baekhyun rasa serba salah bila melihat wajah Rahee mula berubah.

"Berapa kali saya cakap , kalau lapar makan dulu. Jangan tunggu saya. Kalau sakit , siapa yang susah? Saya juga.."

Rahee tersentak bila dengar suara Baekhyun meninggi. Suaminya tak pernah tinggikan suara padanya. Rahee cuba menahan air matanya dari mengalir. Dia menundukkan wajah.

"Saya minta maaf. Patutnya saya call awak dulu. Takpe lah , saya tidur dulu. Selamat malam." Rahee bangun dari sofa dan terus naik ke bilik. Air mata yang ditahan terus mengalir di pipi.

--

Baekhyun menapak ke bilik tidur mereka. Dia terpandang susuk tubuh Rahee baring di atas katil. Dah 2 minggu mereka tidur berasingan. Baekhyun menutup pintu bilik lalu menuju ke bilik tidur tetamu.

Rahee hanya mampu menangis sambil memeluk bantal Baekhyun hingga terlena.

--

Keesokkan harinya , Rahee bertemu rakan sekolahnya yang baru pulang menamatkan pengajian di Malaysia. Mereka makan tengahari bersama sebab Baekhyun takkan pulang ke rumah waktu waktu begini.

"Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku tak minta pun jadi macam ni. Dia betul betul dah berubah." air mata Rahee mengalir dipipi. Sooji menarik tangan Rahee lalu mengelus lembut tangan itu.

"Kau kena banyak bersabar , Rahee. Mungkin juga suami kau ada masalah dekat pejabat."

"Kitaorang dah janji , masalah pejabat takkan bawa ke rumah."

Sooji hanya mengangguk.

"Kau sabar. Satu hari nanti ada rezeki untuk kau. Don't cry , okay?" Sooji hulurkan tisu pada Rahee.

"Oh ya , minggu depan aku nak kenalkan kau dengan tunang aku. Kita jumpa dekat sini."

"Tunang? Bila kau bertunang? Sampai hati tak bagitahu aku.." Rahee terkejut dengar berita pertunangan Sooji.

"Aku bertunang tiba tiba. Aku tak sempat nak jemput kau dan kawan kawan yang lain. Sorry.."

"Siapa tunang kau? Hensem tak?" soal Rahee.

"Kawan sekolah kita dulu. Oh ya , aku pun tak pernah jumpa suami kau. Masa kau kahwin aku dekat Malaysia. Minggu depan kau ajak lah suami kau sekali. Boleh kenalkan dengan tunang aku. Nae?"

"Okay. Aku janji. Minggu depan kita jumpa dekat sini.."

--

Rahee pulang ke rumah pukul 6 petang. Dia tersenyum melihat kereta BMW milik Baekhyun ada di perkarangan rumah. Rahee masuk ke rumah dan menutup pintu dengan perlahan.

"Lewat balik.." tiada secalit senyuman pun di wajah Baekhyun. Yang ada hanya wajah yang masam.

"Kan saya dah bagitahu yang saya jumpa kawan saya. Dia baru balik dari Malaysia." Rahee melabuhkan punggung di sebelah suaminya. Dia mengucup pipi Baekhyun. Lama..
Rahee betul betul rindukan suaminya , Byun Baekhyun.

Baekhyun bangun dari kedudukkan lalu melangkah ke dapur. Rahee kecewa dengan layanan dingin Baekhyun. Dia mengekori Baekhyun ke dapur.

"Next week saya tak ada. Outstation." Baekhyun menuang air ke dalam gelas.

"Berapa hari? Baru je balik haritu.." Rahee mengeluh perlahan.

"Maybe 3 hari.." Baekhyun meneguk air di dalam gelas.

"Nanti saya kemaskan pakaian awak."

"Saya nak keluar jap. Nak jumpa Chanyeol. Jangan tunggu saya.."

Tak sempat Rahee membalas , Baekhyun dah keluar dari rumah. Rahee menahan diri dari menangis.

"I miss you, Byun Baekhyun."

TBC 💝

CHEATING (COMPLETE) Where stories live. Discover now