Song Rahee.

3.1K 180 37
                                    

Rahee melihat permandangan malam hari dari balkoni bilik pengantinnya. Cantik. Tenang. Dia hanya membiarkan angin malam menampar lembut pipinya sambil pejamkan mata.

Beberapa saat kemudian, sepasang tangan melingkar di pinggangnya dari arah belakang. Rahee tersenyum kerana dia yakin itu suaminya, Park Chanyeol. Dia memalingkan wajahnya sedikit dan menghadiahkan senyuman manis buat Chanyeol.

"Sayang buat apa dekat luar ni? Tak sejuk ke?" soal Chanyeol sambil mengeratkan lagi pelukkan di pinggang Rahee.

"Saja. Saya suka tengok permandangan malam. Tenang.." jawab Rahee. Dia menghirup udara malam yang segar. Tapi perbuatannya terhenti bila Chanyeol cium lehernya bertalu talu.

"Park Chanyeol, stop it! Saya geli dekat situ. "

Chanyeol hanya ketawa melihat reaksi isterinya. Rupanya itu kawasan sensitif buat Rahee. Mesti Chanyeol akan buat lagi kerana dia suka mengusik.

Terasa bahagia hidupnya kini. Dengan kehadiran seorang isteri yang cantik, baik, lemah lembut. Rahee terlalu sempurna hinggakan Chanyeol tak dapat ceritakan apa yang ada pada Rahee. Semuanya sempurna.

"Awak gembira tak kahwin dengan saya?" soal Chanyeol.

Dia mahu tahu isi hati isterinya. Dia melamar Rahee secara mendadak. Beberapa lepas jumpa, Chanyeol terus melamar Rahee untuk berkahwin. Dia takut jika terlepas Rahee buat kali kedua. Dan 2 hari kemudian, Rahee memberi jawapan atas lamaran Chanyeol itu.

"Saya gembira sangat. Kenapa awak tanya macam tu? Awak tak gembira ke kahwin dengan saya?" soal Rahee.

"Mestilah saya gembira. Walaupun takdir awak jadi milik orang lain dulu sebelum saya, saya tetap gembira sebab sekarang awak dah jadi milik saya. Penantian saya selama ni tak sia sia."

Rahee hanya mengangguk dan menyandarkan kepalanya di dada Chanyeol.

"Sayang.. bilik kita dah cantik. Wangi. Awak pula dah pakai seksi macam ni. Takkan kita nak termenung dekat balkoni je? Jom la..." bisik Chanyeol di telinga Rahee lalu dia mencempung Rahee dan bawa ke katil.

"I want baby boy!"

"Stop it, Park Chanyeol!"

--

Sebaik saja tiba di rumah, Baekhyun menuju ke bilik tidur. Tempat beradu dia bersama Rahee dulu. Sekarang? Dia keseorangan.

Dia melangkah ke arah laci yang menyimpan gambarnya bersama Rahee ketika mereka berbulan madu di Hawaii beberapa tahun yang lalu. Terduduk dia di lantai bilik. Kakinya terasa begitu lemah untuk berdiri.

Teresak esak Baekhyun menangis di tepi katil sambil memeluk gambar lama itu. Dia terpaksa menerima semua ini. Baekhyun teringat saat Rahee mendoakan semoga dia dapat perempuan yang lebih baik. Rahee masih mahu mendoakan untuknya setelah dia melukakan hati bekas isterinya itu. Begitu mulia hati Rahee.

"Perempuan yang baik untuk saya, dah tiada. Dia dah tinggalkan saya. Dan, dia dah bahagia dengan orang lain."

Baekhyun mengucup gambar Rahee. Dia rindukan Rahee. Tapi dia tak boleh buat apa apa. Hanya mampu melihat dari jauh.

Masih terbayang di matanya, Rahee dan Chanyeol berpakaian pengantin dan tersenyum bahagia. Hancur berkecai hatinya. Wanita yang pernah menjadi miliknya dulu, sekarang dah jadi milik kawan baiknya.

Disebabkan tak sanggup menyaksikan semua itu, Baekhyun cepat cepat meminta diri untuk pulang. Dia perlu ikhlas melepaskan Rahee. Rahee juga perlu bahagia.

Setitik.

Dua titik.

Air mata Baekhyun mengalir lagi. Dia teresak esak keseorangan.

Dia mencapai sebotol ubat tidur berdos tinggi di atas meja kecil dan menuang semua isinya ke atas tapak tangan. Tanpa berfikir panjang, Baekhyun menelan semua ubat itu hingga habis. Baekhyun baring di lantai sambil memeluk gambarnya bersama Rahee.

"Selamat malam, Rahee. Saya pergi dulu.." ucap Baekhyun sebelum memejamkan matanya.

Dan sejam kemudian,

Baekhyun telah tinggalkan kita semua.



TAMAT.

CHEATING (COMPLETE) Where stories live. Discover now