Byun Baekhyun.

2.5K 169 45
                                    

Rahee rasa kepalanya seperti dihempap batu besar. Sakit sangat. Kelmarin Baekhyun pergi outstation dan harini Sooji nak kenalkan tunangnya pada Rahee.

Rahee cuba bangun untuk ke bilik air dengan berhati hati. Selesai mandi , Rahee bersiap untuk ke klinik. Sakit di kepalanya tak dapat ditahan lagi.

--

"Tahniah , puan. Puan mengandung 3 minggu.." Rahee terkejut dengar ucapan dari mulut doktor muda di hadapannya.

"M-mengandung?" soal Rahee seperti tak percaya. Air matanya mengalir perlahan. Finally..

"Ya , puan. Boleh saya jumpa dengan suami puan?"

"Maaf , dia outstation."

"It's okay. Kalau macam tu , temujanji seterusnya nanti saya nak jumpa dengan dia."

"Baiklah.."

Setelah dengar penerangan dari doktor , Rahee segera beredar dari situ. Rahee dail nombor Baekhyun beberapa kali tapi tak dijawab.

"Meeting kot.." bisik hati Rahee.

Rahee memandu dengan berhati hati menuju ke cafe , tempat pertemuannya dengan Sooji.

--

"Sooji..!" Rahee memeluk tubuh Sooji dengan gembira. Air matanya turut mengalir. Air mata kegembiraan.

"Hey.. kenapa ni?"

"Cuba teka..." Rahee lepaskan pelukkan.

"What?" soal Sooji dengan dahi yang berkerut.

"I'm pregnant!" Rahee memeluk Sooji semula. Dia rasa sangat gembira sekarang ni. Perasaan bercampur baur.

"Oh my god! Finally.. dah berapa bulan?"

"3 weeks.." Rahee menunjukkan 3 jarinya pada Sooji.

"Aku tumpang gembira. So , suami kau dah tahu ke belum?" soal Sooji. Rahee mengeluh perlahan.

"Dia outstation."

"Kau tak call dia?"

"Dia tak angkat. Busy kot. Nanti lah aku call dia. So , mana tunang kau?" Rahee menukar topik. Dia tak mahu moodnya kacau bila berbual hal mengenai Baekhyun.

"Dia tengah cari parking. Kejap lagi dia datang.."

Selepas Sooji dan Rahee memesan makanan , seorang lelaki datang menegur Sooji.

"Sayang.."

Rahee terkejut. Dia kenal dengan suara itu. Rahee mengangkat muka lalu dia memandang wajah lelaki itu.

"Baek.."

--

Baekhyun terkejut. Ternyata Rahee kawan baik Sooji , tunangnya. Wajah Baekhyun terus pucat.

"Sooji , ni tunang kau?" Rahee pura pura tak mengenali Baekhyun. Dia hanya tersenyum hambar bila Sooji merangkul lengan Baekhyun dengan erat.

"Oppa , ni kawan saya masa sekolah dulu. Oppa ingat dia tak? Nama dia Rahee. Song Rahee.." Sooji senyum bahagia sambil kenalkan Rahee pada Baekhyun.

Baekhyun hanya diamkan diri bila Sooji berbual dengan isterinya. Dia hanya memandang wajah Rahee. Serba salah menyelubungi dirinya. Baekhyun terpaksa biarkan Sooji memeluk lengannya. Rahee hanya mengangguk bila Sooji berbual dengannya. Tak ada riak marah atau cemburu. Yang ada hanya riak kecewa dan sedih.

"Sooji , aku balik dulu. Dah lewat ni." Rahee mengalihkan wajah bila Baekhyun memandang ke arahnya. Dia tak mahu memandang wajah Baekhyun. Hatinya bertambah sakit.

CHEATING (COMPLETE) Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon