Park Chanyeol.

2.2K 136 40
                                    

Kata kata doktor yang merawat Rahee masih terngiang ngiang di telinganya. Sedih. Hiba. Menyesal. Dia yang bersalah. Dia punca semua ni terjadi.

"Puan Rahee kehilangan banyak darah. Pihak kami tak dapat selamatkan bayi dalam kandungan Puan Rahee. Saya harap, Encik Baekhyun banyakkan bersabar."

Doktor itu mengusap bahu Baekhyun dengan perlahan. Dia faham perasaan Baekhyun. Sudah banyak kali kejadian seperti ini berlaku. Doktor itu melangkah pergi tinggalkan Baekhyun sendirian di luar bilik Rahee.

"Kalau aku tak berkasar dengan dia, mesti aku takkan kehilangan anak aku. Appa minta maaf, sayang." keluh Baekhyun di dalam hati.

Dia tak pernah menyentuh dan membelai perut Rahee semasa isterinya hamil. Sekarang, peluang itu sudah tiada lagi untuk dia. Baekhyun menangis teresak esak di kerusi keseorangan. Banyak dosa yang dia sudah lakukan pada Rahee. Dulu, dia menduakan Rahee. Sekarang, dia punca anak dalam kandungan Rahee mati. Anak yang sudah lama dia impikan dari dulu. Bolehkah Rahee maafkan dirinya? Baekhyun takut memikirkan soal itu. Takut jika Rahee tinggalkan dirinya.

--

Baekhyun menapak perlahan lahan ke dalam bilik yang menempatkan Rahee di dalam hospital. Sekujur tubuh yang baring membelakanginya dipandang. Pasti Rahee sudah tahu mengenai anak mereka. Baekhyun meraup kasar mukanya sebelum mendekati Rahee.

"Sayang..." Baekhyun cuba menyentuh tangan Rahee tapi laju saja tangan itu dijauhkan.

"Jangan. Sentuh. Aku."

Satu persatu perkataan itu keluar dari mulut Rahee. Perkataan terakhir itu membuatkan Baekhyun tersentak. Rahee ubah posisi duduk.

"Puas hati kau sekarang kan?! Puas?!" jerkah Rahee sambil menolak Baekhyun jauh dari katil.

"Kau dah sakitkan hati aku. Kau hancurkan hati aku. Dan sekarang, kau bunuh anak aku! Puas hati kau?! Kaulah manusia yang paling aku benci! Kau, Byun Baekhyun!"

Rahee menyapu kasar air matanya. Sakit hatinya tak dapat disembuh lagi. Kecurangan Baekhyun, mungkin dapat dimaafkan lagi. Tapi anaknya mati berpunca daripada lelaki itu. Sungguh dia tak dapat maafkan Baekhyun lagi.

"Kau taknak dengar penjelasan aku. Kau pukul aku. Kau nak tahu kenapa aku pergi rumah perempuan tu? Aku pujuk dia supaya lepaskan kau. Aku melutut, merayu depan dia. Aku pergi dengan cara baik, pulang pun dengan cara baik. Tapi kau hukum aku tanpa dengar penjelasan aku!"

Baekhyun terkedu bila Rahee menceritakan perkara sebenar sebab kedatangannya ke rumah Sooji. Tapi, mengapa Sooji memberitahu Rahee memukulnya? Siapa yang menipu? Sooji atau Rahee? Baekhyun menjadi bingung.

"Aku tahu, kau tak percayakan aku. It's okay, Baekhyun. Aku tak kisah sama ada kau nak percaya atau tidak. Sebab semuanya dah terlambat. Anak aku pun dah tak ada. Nampaknya, aku tak perlukan kau lagi, Baekhyun."

Baekhyun memandang Rahee yang langsung tak mahu memandangnya. Tapi, apa maksud Rahee yang dia tak diperlukan lagi?

"Sayang, apa maksud awak yang awak tak perlukan saya lagi?" Baekhyun berdebar debar menanti jawapan dari Rahee.

"Maksud aku, aku nak kau lepaskan aku. Kita cerai!"

Baekhyun tersentak.

"Sayang.. awak tak sihat lagi. Sebab tu awak cakap bukan bukan macam ni. Saya tahu awak sedih sebab kehilangan anak. Saya tahu awak marahkan saya. Tapi, bukan dengan cara ni awak kena hukum saya. Okay, saya janji saya akan tinggalkan Sooji. Please, sayang.." rayu Baekhyun.

Dia tak akan ceraikan Rahee..

"No! Aku tetap dengan keputusan aku. Kau tak payah peningkan kepala untuk pilih siapa. Jawapannya dah ada. Aku dah tak sanggup nak hidup dengan kau lagi! Ceraikan aku! "

Rahee melemparkan semua barang yang berdekatan ke arah Baekhyun. Dia tak kisah jika Baekhyun luka atau kesakitan. Hatinya lagi sakit ketika ini. Baekhyun hanya berdiri kaku seperti merelakan. Biarlah, asalkan Rahee puas.

"Rahee!!"

Satu suara kedengaran dan membuatkan Rahee berhenti mengamuk. Baekhyun hanya memandang lelaki yang berada di depannya. Apa yang Chanyeol buat disini? Macam mana dia tahu Rahee berada di hospital?

"Chanyeol.." panggil Rahee dengan suara yang sebak.

"Tolong saya, Chan. Tolong saya..." rayu Rahee.

"Ya, Rahee. Awak nak saya tolong apa? Bagitahu saya.." Chanyeol sedih dengan keadaan Rahee. Masalahnya dengan Baekhyun belum selesai. Sekarang, dia keguguran. Pasti Rahee sangat tertekan sehingga dia mengamuk macam tadi.

Baekhyun amat benci melihat Chanyeol mendekati isterinya. Hatinya tiba tiba jadi panas.

"Suruh Baekhyun ceraikan saya, Chan.."

Baekhyun dan Chanyeol terkejut dengan permintaan lain. Chanyeol memandang ke arah Baekhyun. Jika perkara lain, mungkin dia boleh bantu. Tapi Rahee mintak dia perkara yang dia tak boleh masuk campur. Chanyeol buntu. Ianya melibatkan kawan baiknya sendiri.

--

Seminggu Rahee berada di hospital. Harini, dia dibenarkan pulang. Dia rindukan rumah. Pergerakkannya terbatas bila di hospital. Selama di hospital, Chanyeol kerap melawat walaupun dah berulang kali dilarang oleh Baekhyun. Asalkan Rahee gembira, dia tak kisah untuk tebalkan mukanya pada Baekhyun.

Sooji? Dia langsung tak datang melawat. Rahee masih tertanya tanya mengapa Sooji memfitnahnya. Dan Baekhyun lebih percayakan Sooji.

Dan Baekhyun, tak pernah tinggalkan Rahee keseorangan kecuali ketika hendak mandi. Dia mengambil cuti selama seminggu untuk menjaga Rahee dihospital. Walaupun Rahee menghalaunya, dia tetap berkeras.

Yang pastu, Rahee tetap dengan keputusannya untuk bercerai.

--

"Sayang, kita dah sampai.."

Sebaik saja kereta memasuki ruang porch, Rahee terus keluar dari kereta. Dia tak mahu lama lama bersama lelaki yang sudah membunuh anaknya.

Baekhyun hanya mengeluh dengan kelakuan isterinya. Selama seminggu Rahee di hospital, dia tak putus asa untuk memujuk Rahee dengan kata kata penyesalan dan ucapan maaf. Tapi, semuanya sia sia. Rahee tetap berkeras. Dengan kedatangan Chanyeol seperti mengganggu untuk dia berbincang dengan Rahee secara privasi. Langsung tak menghormati dia sebagai suami Rahee. Dan setiap kali Chanyeol datang, Rahee gembira seolah olah tiada apa yang berlaku. Jika tinggal mereka berdua, hilang semua senyuman dan gelak tawa milik isterinya. Baekhyun rindukan semua itu. Rahee tak mahu bercakap dengannya. Malah, pandang wajahnya juga Rahee tak mahu.

--

Rahee hanya mengerling ke arah Baekhyun yang berdiri di depan almari baju. Mengemas pakaian Rahee yang dibawa dari hospital. Dari tadi telefon lelaki itu berdering tapi Baekhyun membiarkan. Rahee taknak mengambil tahu siapa gerangan yang menghubungi telefon Baekhyun berkali kali. Perasaan cinta, sayang, cemburu terhadap Baekhyun sudah tiada. Tiada seperti anaknya. Perasaan yang takkan kembali.

Rahee menyentuh perutnya yang sudah kosong. Sebelum ini, setiap pagi dia akan membelai dan berbual bual dengan bayi di dalam perutnya. Tapi sekarang, tiada lagi.

"Sayang, awak nak makan?" soal Baekhyun.

Dari tadi Baekhyun memandang isterinya termenung sambil membelai perut. Perasaan bersalah semakin menebal dalam diri Baekhyun.

Kenangan manis difikiran Rahee menghilang saat pertanyaan Baekhyun kedengaran di telinganya.

"Aku taknak makan. Aku nak tidur. Kau keluarlah.."

Baekhyun hanya memandang Rahee yang membelakanginya. Selepas kejadian itu, hanya 'kau', 'aku' yang kedengaran. Tiada lagi 'awak', 'saya'.

Baekhyun mengeluh..

TBC 💝

CHEATING (COMPLETE) Where stories live. Discover now