Byun Baekhyun.

2.2K 143 63
                                    

Rahee dan Sooji memandang Baekhyun yang berdiri di depan pintu rumah.

"Oppa.. isteri oppa tiba tiba tampar muka saya. Saya datang sebab nak melawat dia je."

Meleret suara Sooji meminta simpati Baekhyun. Rahee hanya melihat lakonan Sooji. Biar lah apa nak jadi harini, dia tak kisah.

"Apa kau buat ni? Kenapa kau tampar dia?" soal Baekhyun dengan kasar. Pipi Sooji diusap lembut untuk mengurangkan 'kesakitan' Sooji.

Rahee terkesima dengan perubahan mendadak Baekhyun. Sebelum ini, bukan main lagi dia memujuk sehingga sanggup tinggalkan Sooji. Tapi sekarang....

"Kalau perempuan murahan ni tak kurang ajar, saya takkan tampar dia!" sembur Rahee.

Dia sudah tak kisah jika Baekhyun mahu memarahinya. Apatah lagi mahu memukul. Hatinya sudah tawar untuk berbaik semula. Baru saja dia mahu menerima Baekhyun kembali. Perubahan Baekhyun membuatkan Rahee ubah fikiran.

"Kau panggil dia apa?" soal Baekhyun.

"Perempuan murahan!"

PANGG!!

Sooji tersenyum kemenangan. Baekhyun memihak kepadanya. Rahee terdiam bila Baekhyun menamparnya. Lelaki ini benar benar sudah melampau.

"Jangan sesekali kau panggil Sooji macam tu. Kalau tak...."

"Kalau tak, apa?! Kau nak bunuh aku?!" bidas Rahee.

Dia tak sangka Baekhyun menamparnya sekali lagi. Sekarang dia nekad. Walau apa pun yang terjadi, dia mahu Baekhyun ceraikan dia. Di hadapan Sooji!

"Aku dah tak sanggup nak hidup dengan kau, Baekhyun! Sekarang, bersaksikan Sooji, ceraikan aku." pinta Rahee dengan tenang.

Baekhyun dan Sooji memandang Rahee. Mata Baekhyun membulat dan kemerahan. Sooji hanya mendiamkan diri walaupun dia mahu melompat keriangan menyaksikan drama di depan mata.

" Okay, fine. Itu yang kau nak sangat, kan? Kau dengar sini baik baik. Song Rahee, aku ceraikan kau!"

Rahee tersenyum nipis walaupun air matanya mengalir. Akhirnya....

"Terima kasih, Byun Baekhyun. Saya baru terfikir untuk terima awak semula. Bila tengok kelakuan awak tadi, saya batalkan niat saya. Nampaknya, awak lebih percayakan perempuan lain dari isteri awak sendiri. Dan, awak lebih sayangkan dia. Jadi, tiada guna lagi kita bersama. Sebelum awak pulang dari kerja petang nanti, saya dah keluar dari rumah ni. Dan saya takkan muncul dalam hidup awak semula... "

Baekhyun terkedu. Apa yang dia dah buat? Ya Tuhan, lagi sekali dia menyakiti isterinya. Sooji tersenyum kemenangan. Akhirnya, Baekhyun jadi miliknya seorang!

Rahee melangkah naik ke bilik untuk mengemas barang barang miliknya. Dia mahu keluar dari rumah ini. Mahu hilang dari pandangan Baekhyun. Biarlah lelaki itu dengan kehidupannya sendiri. Selangkah dia keluar dari sini, terhapuslah semua kenangan dia bersama Baekhyun. Itu janjinya..

--

Rahee menarik luggagenya ke bawah. Semua barangnya dibawa bersama. Dia tak mahu jika barangnya mengganggu pandangan Baekhyun. Saat kakinya jejak lantai terakhir, dia terpandang susuk tubuh sedang mundar mandir di ruang tamu. Mengapa lelaki itu masih disini? Bukankah dia perlu ke tempat kerja semula? Tanpa menghiraukan Baekhyun, Rahee menarik luggagenya menuju ke kereta. Belum sempat dia mencapai kunci kereta, ada suara garau memanggil namanya. Baekhyun...

"Song Rahee..."

Rahee hanya berdiri kaku tanpa memandang wajah lelaki itu.

"Sayang.. awak nak pergi mana dengan bag semua ni? Inikan rumah kita.." soal Baekhyun sambil memegang tangan Rahee. Dengan pantas Rahee menepis.

"Kita bukan suami isteri lagi, Byun Baekhyun. Jangan sentuh saya."

Baekhyun terkedu. Di dalam hati, dia mengutuk dirinya sendiri. Begitu senang dia ceraikan Rahee disebabkan perempuan lain.

"Sayang.. saya minta maaf. Saya tak sangka saya akan ucapkan semua tu. Kita berbalik semula, ya?" rayu Baekhyun.

"Berbalik semula? Tak akan! Saya taknak dan saya takkan balik semula ke pangkuan awak!"

Baekhyun terdiam. Dia meraup wajahnya dengan kasar. Kenapa dia begitu bodoh sekali?!

"Dah la. Saya pergi dulu. Saya harap, awak dan dia hidup bahagia. Saya akan tunggu surat mahkamah dari awak. Selamat tinggal, Byun Baekhyun." Rahee capai kunci kereta dan melangkah pergi meninggalkan Baekhyun yang jatuh terduduk di sofa. Lemah kakinya. Hidupnya hancur akibat kebodohannya sendiri.

Ini kali terakhir Rahee disini. Dia akan pastikan kainya tak jejak lagi di rumah ni.


TBC 💝

CHEATING (COMPLETE) Where stories live. Discover now