Manja (5)

5K 243 3
                                    

Aku petik gitar cabuk milik Fizi itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku petik gitar cabuk milik Fizi itu. Lagu Jampi yang  menang AJL baru-baru ni aku dendangkan.

Bermula pandang pertama.
Terlihat kamu didepan mata.
Terasa debar didada.
Menahan rasa bila kau ada.
Kau buat ku terpaku..
Sepertinya diriku yang mahu diri kamu..
Dan bila kau hadir bagai satu misteri.
Ternyata diriku bagai sudah dijampi.

Ha ha ha. Aku ketawa. Memang kena betul dengan situasi aku sekarang. Aku pejamkan mata. Terbayang wajah si dia. Macam kena jampi sungguh aku ni. Wajah Laila saja yang menari-nari di fikiran aku.

"Kau betul ke ni Manja? Nakkan si Lara tu?" Soalan Fizi menyentakkan aku. Melayang muka Laila. Ganti muka Fizi pulak. 

Aku angguk. Sebulan sudah Laila tinggal dengan kami. Aku rasa apa yang sedang aku rasakan ini benar belaka. Bukan satu mainan perasaan.

"Betullah.. Apa pulak tak betulnya?" Aku kembali memetik gitar.

"Kau dah fikir masak-masak? Dia tu bisu Manja.. Keturunan dia pun taktau asal usul. Nak cari isteri biar berjenis sikit. Si Minah tu kurang-kurang kita kenal mak bapak dia. Tapi budak tu? Aku tak nak kau tersalah pilih Manja.."

Tersentap aku dengan kata-kata Fizi yang panjang lebar itu. Seolah menyuruh aku membatalkan keputusan aku.  Aku letak gitar dengan kasar dan lompat ke bawah.

"Kau nak cakap apa sebenarnya? Dia bisu ke apa masalahnya? Apa? Orang bisu tak layak dapat cinta? Kalau betul dia keturunan tak baik sekalipun. Apa? Dia tak layak hidup? Sedangkan sejahat manusia pun Allah masih terima taubatnya. Inikan gadis teraniaya macam dia."

Aku tergelak sinis. Rasa tak percaya dengan pemikiran mereka.

"Aku fikir korang sokong aku. Tapi aku tak sangka macam ni dangkalnya fikiran korang." Aku geleng kecil. Nafas aku hela keras. Sakit hati aku.

"Eh.. Aku okey je dengan pilihan kau Manja." Ehsan lekas memintas.

"Aku pun. Kau jangan fikir macam tu. Fizi mungkin maksudkan lain.. Dia tak maksud nak rendahkan Lara.." Mail cuba menenangkan hati aku.

Aku pandang Fizi yang sudah berubak riak. Aku tahu dia sakit hati sebab aku tak pilih Minah. Sepupu dia itu. Bukan aku tak tahu dia ada hubungan dengan Minah senyap-senyap. Cuma aku memilih untuk berdiam diri. Dia ingat aku nak ke bekas dia? Aku bukan sebodoh tu.

Fizi cerlung tajam pada aku.

"Kau ni bodoh tau Manja. Perempuan tak cukup sifat jugak kau nak. Lantak kau lah. Aku tak mau peduli hal kau lagi dah. Aku nasihat baik-baik kau tak mau dengar. Menyesal nanti jangan cari aku."  Fizi lompat dari pangkin dan menuju ke motosikalnya.

Aku tahan bahunya.

"Aku faham niat kau. Tapi aku rasa kau kena betulkan niat kau. Bertanggungjawab Fizi. Jangan kau nak lepas pada orang lain. Sudah-sudahlah buat dosa. Kau faham kan maksud aku?"

MANJA ( Cerita Pendek ) - Free ReadingWhere stories live. Discover now