Manja (4)

4.9K 251 18
                                    

Sampai saja kami ke rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampai saja kami ke rumah. Mak sedang menanti di depan muka pintu dapur. Picing mata mak tengok aku yang sedang basah kuyup.

"Ya Allah Manja? Kamu ni mandi laut ke apa? Bapak kamu suruh kamu repair lampu rumah hujung buat tak? Apa nak jadi ni kamu ni Manja? Lain orang suruh buat lain yang kamu buat." bebel mak sebelum mak menyenget melihat belakang aku.
Aku garu kening. Bersedia mendengar tempikan mak pulak.

"Anak dara siapa kamu bawak balik dengan basah lencun ni Manja?" Mata mak dah terbeliak besar. Serupa masalah dunia pulak dia bertempik.

"Sabar mak, mak bawa masuk dia dulu. Lepas tu, bagi dia baju Isha dulu. Lebih kurang je badan dorang ni Manja tengok. Nanti Manja ceritakan semuanya." Aku toleh pada gadis yang sedari tadi menikus belakang itu. Takut-takut menyorok belakang aku.

Mata mak makin membesar.

"Kamu dah tengok badan dia? Astaghfirullah Manja!" Mak tepuk kuat bahu aku.

Aku gosok bahu aku. Pedih siot!

"Manja tak gila lagilah mak nak tengok badan anak dara orang. Maksud Manja saiz mereka kan sama. Apalah mak ni. Fikir buruk je tentang Manja." Aku buat nada merajuk. Sekilas aku memandang gadis itu. Aku nampak tergaris sedikit senyum dihujung bibirnya. Dia senyum?

"Dah-dah. Masuk dulu. Apa namanya ni?" Mak mula buat soal siasat. Aku tinggalkan mak dengan gadis itu. Aku nak mandi. Melekit badan rasa badan aku ni.

Usai mandi, aku menapak ke dapur. Aku lihat susuk tubuh itu sedang membantu mak masak. Sejuk hati aku melihat dia yang berbaju kurung milik adik aku, Isha yang sedang bersekolah asrama itu.

Aku silang tangan ke dada sambil menyandar di tepi peti sejuk. Memerhati dia yang sedang membancuh air kopi.  Rambutnya dikat tocang kuda. Nampak comel. Berapalah umur dia agaknya ya?

"Eham!" Sengaja aku berdeham. Mak dan dia berpaling pada aku.

"Hah! Kamu. Mari sini mak nak cakap dengan kamu." Mak tarik tangan aku naik ke atas. Di ruang tamu rumah.

"Kamu bawak balik budak bisu mana ni? Mak tanya dia tak jawab-jawab. Tau senyum je. Tapi bila mak suruh buat apa-apa faham pulak." Mak perlahankan suaranya. Kepala mak terjengah-jengah ke dapur.

"Yeke mak? Manja ingat dia terkejut je tadi. Tadi Manja selamatkan dia dari jadi mangsa pak cik dia. Nyaris kena rogol mak. Lepas tu dia nak bunuh diri. Mujur Manja sempat halang. Tu yang Manja bawak balik rumah." Aku terangkan hal sebenar.
Terlopong mak  mendengar cerita aku. Kemudian mak mengeluh kecil.

"Kasihan dia. Sudahlah tak boleh bercakap. Dapat pulak musibah macam tu. Tadi bila mak tanya mak ayah dia mana. Terus dia menunduk macam nak menangis. Tak jadi mak nak tanya lebih-lebih. Sebab tu mak ajak dia tolong mak. Tak mahu dia rasa sedih."

Aku terangguk-angguk. Pandai mak mainkan peranan. Mak aku memang baik. Nampak je garang.

"Tak apalah. Biar Manja yang tanya dia ya mak."
Aku bergerak ke dalam bilik aku. Satu buku nota dan pen aku bawa ke dapur.

MANJA ( Cerita Pendek ) - Free ReadingWhere stories live. Discover now