Manja (8) -Tamat

8.5K 375 34
                                    

Sudah enam bulan berlalu dari aku menikahi Laila

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Sudah enam bulan berlalu dari aku menikahi Laila. Bukan aku tak sayang dia. Aku masih terlalu cintakan dia. Tapi melihat keadaan antara kami yang seolah tiada yang berubah. Terjentik rasa lelah dihatiku. Aku lelaki. Kadangkala keinginan aku yang satu itu terlalu membuak-buak untuk dipenuhi. Apatah lagi setiap kali aku pulang disajikan dengan susuknya yang begitu indah.. Terlalu menyakitkan.

Tapi aku takut.. takut untuk mencuba buat sekian kalinya. Pastinya tetap akan berakhir dengan kekecewaan. Laila masih belum ingin membuang ketakutannya. Entah apa harus aku lakukan lagi.

"Danish? You tak balik lunch harini?" Suara Emilda menyentak aku dari lamunan. Aku yang sedang enak menyandar dikerusi kerjanya menegakkan duduk. Figura itu manis tersenyum padaku dari muka pintu bilik pejabatku.

Sebulan selepas aku berkahwin dengan Laila. Aku mula bekerja sebagai ketua jurutera elektrik di sebuah kilang yang terletak dibandar berdekatan kampung aku.

Laila dan aku tinggal menyewa berdekatan dengan tempat kerjaku.

Aku geleng kepala.
"Tak kot. I makan di kantin saja nanti." Entahlah.. Aku malas pulang ke rumah. Malam tadi aku kecewa lagi dengan isteri aku.

Emilda menapak masuk ke dalam bilik aku.
"You ni kuat kerja sangat lah Danish.. Akhir-akhir ni I tengok you asyik balik lambat je. Isteri you tak marah ke?"
Emilda labuhkan duduk dikerusi hadapan mejaku.
Marah? Entah. Aku tak tahu. Memang aku kadang-kala pulang lewat kerumah ekoran kesibukanku akhir-akhir ini. Laila aku lihat menanti seperti selalu. Manis dengan senyumannya. Ayu dalam pakaian tidurnya. Tapi ah! Itu saja mana cukup!

"You?" Emilda lambai tangan depan muka aku bila melihat aku kembali mengelamun. Terus mataku memaku pada wajahnya yang cantik.

"Yes Emil? You cakap apa?" Terpinga-pinga aku bertanya. Emilda ketawa halus.

"You ni. Asyik berangan je. Jomlah. Lunch dengan I. Kebetulan I nak makan dengan papa ni." Emilda bangun berdiri. Tersergam tubuh yang dibaluti dress sendat mengikut tubuh itu. Cepat aku alih mata ke sisi.

"It's ok. You pergilah makan dengan papa you. I makan di kantin saja nanti." Tolakku berbahasa. Emilda sebenarnya anak majikan aku. Mahu tak mahu aku kena melayan dia dengan baik. Lagipun Emilda tidaklah pernah melebih-lebih dengan aku selama ini.

"No.. No.. no excuse kali ni. You kena lunch dengan I juga hari ni. " Emilda mendekati aku. Tangan aku dia tarik supaya mengikutnya.

Aku leraikan pegangan tangannya. Bimbang apa kata orang nanti.

"Ok.. ok. Kali ni saja ya? Papa you ada kan?" Akhirnya aku ikutkan juga kehendak Emilda. Lagipun bos aku tentu ada sekali. Tidaklah aku kekok makan berdua dengan gadis itu.

***

Aku mula tidak selesa bila Emilda asyik merenung aku. Ternyata kami hanya makan berdua. Puas menunggu kedatangan papanya yang tidak tiba-tiba.

MANJA ( Cerita Pendek ) - Free ReadingWo Geschichten leben. Entdecke jetzt