BAB 3 DIAMOND HIGH SCHOOL

16.1K 752 21
                                    

Setelah sampai  di rumah baharu mereka terus saja mengemas barang barang mereka. Dan tidak lupa juga untuk berterima kasih kepada Dato sri Tengku Haikal yang telah memberi rumah untuk mereka.

Beberapa hari pula telah berlalu dan hari inilah hari yang di tunggu tunggu oleh mereka, iaitu hari pendaftaran mereka sebagai murid baru Daimond High School.

Kini disini, FAS sedang bersarapan bersama. Tapi tidak dengan Hana yang masih diulit mimpi. Apa yang budak tu mimpi kan pun tak tau?

Ashikin tersenyum sinis melihat ketiadaan kembarnya di meja makan.

" TENGKU FARHANA AISHAH BANGUN KALAU TAK AKU BAKAR SEMUA KOLEKSI GAMBAR BTS KAU NIIII! " Jerit si adik kembar. Tahu sangat kelemahan kakak kembarnya itu .  

Ditingkat dua pula, kelihatan Hana bangun dalam keadaan kelang kabut sekali dari tidurnya dan menuju ke bilik mandi . Dua minit pun berlalu, mandi P Ramli  katakan lalu Hana keluar dengan berpakaian sekolah lengkap ada tudung dan baju kurung berkain berwarna biru yang agak luntur warnanya. Perkara itu ialah untuk menyembunyikan identiti sebenar mereka.

Pantas sahaja tangannya menyambar beg yang berada di atas meja belajar bilik lalu mengatur langkah menuruni anak tangga. Akan tetap nasib tidak menyebelahi dia ketika di anak tangga terakhir. Hana tersadung lalu jatuh serupa nangka busuk.

Ashikin dan Sya yang melihat agenda tak terbayar itu terus saja meledakkan tawa.

"HAHAHAHA! Wei kau kenapa jatuh tiba tiba ni? " Tanya Sya lalu menyambung lagi gelak ketawanya .

Hana mencebik bibir, jelas pada raut wajahnya yang dia pada ketika itu sedang geram dan dengan perasaan geram itu dia duduk di kerusi meja makan lalu bersarapan tanpa suara. Sambil makan sambil itu dia mengetuk getuk pinggang  memberi tanda bahawa dia sangat geram .

Ashikin dan Sya juga memakai baju yang sama warnanya dengan Hana . Mereka tersengih melihat kelakuan Hana itu.

Selesai sarapan, mereka bersama sama mengatur langkah ke arah basikal yang elok tersadai di tepi pagar rumah . Sempatlah  juga Hana mengatur tudungnya yang serupa ombak besar tsunami .

" Marah lagi ?" Tanya Sya. Nadanya lebih ke arah mengejek.

" Tak payah nak mengejek sangat. Still panas ni. " Bentak Hana lalu melajukan kayuhan basikal nya.

Ashikin yang melihat gelagat kakak kembar dia itu hanya menggelengkan kepala. Perangai macam budak-budak. Walau umur dah meningkat, nak SPM lagi tu. 

Apa nak jadi dengan kembar aku ni. Desis Ashikin dalam hati.

Terus saja Sya dan Ashikin melajukan kayuhan basikal mereka untuk mengejar Hana yang jauh di depan sana. Tanpa di sedari Sya dan Hana, ada seseorang yang sedang memerhatikan segala tingkah mereka itu sambil tersenyum sinis. Ashikin yang perasan akan perkara itu turut  tersenyum sinis.

"Kau nak buat apa agaknya? Nak kacau hidup kakak dengan sepupu aku. Heh jangan harap!" Desis hati Shikin di ikuti senyuman sini.

*

Sampai saja tiga sekawan itu di perkarangan Daimond high School, tempat pertama yang di cari ialah tempat letak basikal. Tak akan pula nak bawa masuk kelas teruskan? Cari punya cari, akhirnya tiga sekawan itu menjumpainya.

Tempat kedua pula, yang ingin di tuju ialah bilik pengetua. Hana yang sejak tadi diam , menawarkan diri untuk tunjukkan jalan. Nasib menyebelahi mereka apabila hanya terdapat beberapa orang sahaja yang hadir pada pagi itu di kerana faktor masa yang masih awal lagi. Jadi tidak mereka menjadi tumpuan nanti.

Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [S1] Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum