BAB 41 D'LORD

9.4K 610 324
                                    

Zainal menatap lama wajah isteri serta anaknya silih berganti. Terbit sebuah senyuman ikhlas di bibir jejaka itu apabila menatap kedua insan yang amat dia sayangi. Wajah lena Maisara ditatap sekilas sebelum sebuah kucupan singgah pada dahi si isteri.

Bayi lelaki yang diletakkan pada katil yang dikhaskan untuk bayi di angkat perlahan.

" Nape anak papa ni belum tido hmm? Tengok mama tu, dia dah tido tau" Ujar Zainal sambil mencuit hidung anaknya itu.

Tengku Afiq Amril yang berada di dalam dukungan papanya hanya tertawa sahaja. Suka gamaknya diperlakukan sebegitu.

"Ishh dia ni ketawa pula." Zainal tersengih melihat anaknya terkebil kebil seakan memahami apa yang dituturkan oleh papanya.

KRAK!

Bunyi kaca pecah memeranjatkan Zainal, lantas saja kepalanya menunduk untuk melindungi anaknya.

"Abang mana awak?" Terpisa pisa Maisara bangun daripada tidur yang jelas dalam berkeadaan terkejut itu. 

"Sini tak jauh pun" Zainal mengetap bibirnya apabila menyedari dia telah diserahkan hendap.

*

"Mengada lah kau sampai masuk hospital ni" Rungut Arshad apabila menatap wajah tenang Clara yang sedang terlena.

"Hish apa ayah ni cakap macam tu! Kesian ibu tau! Sampai demam dia dibuatnya semata mata nak selamatkan mama Hana" Ujar Ainul menasihati ayahnya itu.

"Masalahnya ibu kamu tu mengada. Kena air kolam je kut. Terus demam sampai masuk hospital sama sama dengan mama Hana kamu tu" Bebel Arshad pada anaknya itu.

"Tak baik lah ayah. Kesian ibu tau! Tak mau lah geng ayah kalau macam ni" Tangan si kecil yang disilangkan ke dada membuatkan Arshad tertawa kecil melihat telatah anaknya itu.

"Ya ya ya, ayah tak cakap macam tu lagi. Hah kesian ibu kan KESIAN sangat!" Arshad sengaja menekankan perkataan 'KESIAN' apabila menyedari kelopak mata Clara yang bergerak gerak itu.

Afiq sedari tadi hanya mendengar perbualan anak beranak itu tertawa saja. Dia menyedari perubahan pada raut wajah temannya itu, namun hanya dibiarkan sahaja atas faktor malas mahu menegur.

" Bila sayang nak bangun. Abang rindu"Desis dia pula.

Isterinya yang diletakkan bersebelahan dengan Clara ditatap lama lalu matanya dialihkan untuk menatap pula Clara yang ditempatkan di sebelah kiri isterinya itu. Secara automatik dahinya berkerut seribu apabila wajah Hana dan juga Clara langsung tiada perbezaan.

"Kebetulan huh?"

"Fiq aku nak keluar kejap panas pulak dalam ni" Sinis Arshad bersuara apabila menyedari Clara telah sedar daripada lena.

"Ikut suka kau lah"

*

BANG! BANG! BANG!

Tiga das tembakan yang jelas kedengaran kuat menghuru harakan hospital dalam sekelip mata. Doktor serta jururawat yang bertempiaran lari membuatkan Arshad dihurung tanda soalan yang besar.

"Abang saya takut. Jangan jauh dari saya" Rayu seorang wanita menarik perhatian jejaka bermata biru kristal itu.

"Jaga anak kita, abang nak tolong orang ni sayang" Maisara yang berada di atas kerusi roda ditolak menjauh dari apa kawasan bunyi tembakan tersebut.

Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [S1] Where stories live. Discover now