BAB 35 SAKURA HIGH SCHOOL

12.4K 556 49
                                    

Langsir wad peribadi yang menempatkan seorang remaja, kelihatannya beralun mengikut tiupan angin. Suasana yang begitu sunyi membuatkan sesiapa sahaja tenang, namun ketenangan tersebut di ragut apabila suara garau Farhan kedengaran di dalam wad peribadi remaja itu, yang kelihatannya masih belum mahu menampakkan anak mata biru kristal nya .

"Ni anak siapa pula?" Tanya Farhan apabila menyedari sejak semalam lagi adik bongsunya itu mendukung seorang bayi perempuan.

"Anak Ikin lah" Jawab Ashikin selamba.

Membulat mata si abang apabila mendengar jawapan yang meluncur di bibir adiknya itu.

"Siapa bapa bayi tu! Biar acik potong dia 'punya', berani dia sentuh adik kesayangan acik ni!"

"Arshad" Jawab Ashikin selamba.

Terjegil Farhan dibuat. Arshad yang masih lena di buat mimpi itu di tatap tajam. Perlahan lahan kakinya mendekati katil remaja lelaki itu.

"Kita orang jumpa bayi ni dekat masjid" Laju sahaja Ashikin menuturkan perkara sebenar. Mahu sahaja tercabut jantung dia ketika itu apabila melihat senyuman psikopat si abang.

"Huhu, tak leh bawak main. Tak leh bawak main"

Desis hati si gadis.

Farhan menoleh ke arah si adik. Perasaan jengkel mulai bersarang di dalam hati.

"Jawab lagi main main. Tak berketurunan Arshad tu kang acik buat" Ashikin sekadar tersengih melihat wajah si abang yang kian membengis.

"Aloh jangan lah marah. Kita gurau aje tadi tu" Ashikin tersengih tak bersalah.

Farhan hanya membalas dengan dehem pendek. Malas mahu bersuara banyak.

"Nama dia apa?"

"Nurul Ainul Mardhiah"

"Cantik nama. Bidadari syurga?" Ujar Farhan lebih kepada soalan.

"Macam tu lah. Dia di lahirkan tanpa ibu yang belum pasti identiti malah ayah pun dia tak ada" Jawab Ashikin sambil mengusap lembut pipi Ainul yang lena di buai mimpi di dalam dakapan hangat nya.

"Jaga dia baik baik" Pesan Farhan sebelum berlalu pergi. Mahu melawat pesakitnya yang lain pula.

Ashikin tersenyum. Luka yang telah berbalut pada bahagian lengan kanan milik bayi itu di usap perlahan. Luka tersebut akibat daripada ulah penjahat yang menyerang dia dan juga Arshad semalam.

"Ainul luka ke?" Tanya remaja lelaki bermata biru kristal yang baru sahaja celik dari lena yang panjang.

"Sikit je dekat bahagian lengan"

Arshad memgengam cadar tilam erat untuk menahan diri daripada mengamuk.

"Esok kita akan berangkat ke Korea. Macam mana dengan keadaan kau?" Tanya Ashikin sambil memerhati Arshad yang juga turut memerhati dia.

"Okey je. Kau tu macam mana lak? Okey ke tinggalkan Ainul dekat sini?" Tanya Arshad pula.

Ashikin tersenyum kelat. Anak mata si gadis yang seakan mengatakan sesuatu itu membuatkan Arshad pantas sahaja menolak kemahuan tersebut.

"No. Kita tak akan bawak Ainul pergi Korea. Giler ke nak bawa budak umur satu minggu naik flight." Kata kata terakhir jejaka itu diperlahankan tidak mahu menggores hati si gadis.

"Macam mana kalau Ainul rindu aku nanti? Macam mana kalau orang semalam tu nak kan Ainul? Macam mana-"

"Macam mana kalau kau kawin dengan aku je?"

Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [S1] Where stories live. Discover now