Al - Qur'an dan Umur Kita

370 26 0
                                    

Berkata Abdul Malik bin Umair :

"Satu-satunya manusia yang tidak tua adalah orang yang selalu membaca Al-Quran"

"Manusia yang paling jernih akalnya adalah para pembaca Al-Quran"

Berkata Al-imam Qurtubi :

"Barang siapa yang membaca Al-Quran, maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun"

Imam besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah :

"Perbanyaklah membaca Al-Quran jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan di mudahkan setara dengan yang kamu baca"

Berkata Ibnu Solah :

Bahawasannya para Malaikat tidak diberi keutama'an untuk membaca *Al-Quran*,  maka oleh kerana itu para Malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari bacaan manusia"

Berkata Abu Zanad :

"Di tengah malam,  aku keluar menuju masjid Rasulullah SAW sungguh tidak ada satu rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang membaca *Al-Quran"

Berkata sebagian ahli tafsir :

"Manakala kita menyibukkan diri dengan *Al-Quran* maka kita akan dibanjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia"

"Kami memohon kepada *Allah* agar memberikan taufiqnya kepada Kami dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca *Al-Quran* dan mengamalkan kandungannya".

Umur kita terlalu singkat hingga *ALLAH* kurniakan  *Lailatul Qadar* untuk menambah umur amal.

Umur kita terlalu singkat hingga *ALLAH* pinta *bersilaturrahim* untuk memanjangkannya.

Umur kita terlalu singkat hingga *ALLAH* kurniakan *Puasa Enam hari* di bulan Syawal seperti berpuasa setahun.

Umur kita terlalu singkat hingga *ALLAH* kurniakan *baca Surah Al-Ikhlas* seperti membaca sepertiga *Al-Quran*.

Umur kita terlalu singkat hingga ALLAH kurniakan *Solat di Masjidil Haram* seperti solat 100 ribu lebih di masjid lain.

Umur kita terlalu singkat ALLAH kurniakan *Solat berjemaah* nilainya 27x lebih daripada solat sendirian.

Umur kita terlalu singkat hingga ALLAH kurniakan Solat sunat sebelum subuh kekayaan akhirat seluas langit dan bumi

Umur kita terlalu singkat hingga ALLAH kurniakan solat subuh berjemaah seperti solat sepanjang malam

Umur kita terlalu singkat ALLAH kurniakan solat Isyak berjemaah seperti solat separuh malam dan bebas dari sifat munafik

Hidup ini terlalu singkat hinyga ALLAH kurniakan *satu huruf bacaan Al-Quran* dengan 10 pahala/kebaikan.

Hidup ini terlalu singkat hingga ALLAH kurniakan siapa yg beramal jariyah, share ilmu yang bermanafaat, dan mengusahakan anak2nya jadi anak yg soleh, pahalanya akan terus mengalir ke alam kuburnya.

Wahai diri, *usia umat Nabi Muhammad SAW rata2 hanya 63 - 65* tahun. Kalau saat ini usia kita *Sudah 45 tahun,* paling lama *20 tahun* lagi Malaikat Al Maut akan menjemput kita..

HIDUP INI TERLALU SINGKAT. JANGANLAH DI SIA-SIAKAN KESEMPATAN YANG DIBERIKAN ALLAH SWT.

CERITA ISLAMWhere stories live. Discover now