S60

13.1K 991 15
                                    

JAM 5:30 pagi, Ayshara terjaga daripada tidur. Ayshara mengeliat kecil sambil mulut menutup mulut kerana menguap. Tudung disarung di kepala sebelum telefonnya diambil. Dengan bantuan lampu telefon, Ayshara menyuluh seorang demi seorang kawannya. Semua tengah tidur lena lagi.

Ayshara gosok matanya. Kesejukan pagi itu membuatkan dia ingin terkucil. Tapi tak berani pula nak menapak sorang-sorang ke chalet untuk gunakan tandas.

"Han." Ayshara goncangkan badan Hanani. Dua tiga kali juga sebelum Hanani bergerak sedikit. Itu pun mata masih tertutup lagi.

"Apa?" Balas Hanani dengan suara serak basahnya.

"Teman aku pergi tandas jom. Aku nak terkencing ni." Ajak Ayshara. Lengan Hanani digoncang perlahan.

"Aku ngantuk lah..." Jawab Hanani.

"Alah, sekejap aje." Pujuk Ayshara. Dia memang tak tahan dah.

"Kenapa ni?" Suara Dayan. Dayan terpisat-pisat bangun dari pembaringannya. Tangan Fateen yang sedang memeluknya ditolak kasar. Bila masa perempuan ni peluk dia?

"Eh, sorry. Aku ganggu ke?" Ayshara mohon maaf. Orang lain yang nak dikejut, orang lain pula yang bangun.

"Takdelah. Aku nak pergi tandas." Kata Dayan. Mendengarkan itu, bersinar terus mata Ayshara.

"Ha... pergi dengan Dayan lah." Kata Hanani, masih dalam keadaan berbaring. Selimut pun ditarik tutup sampai ke kepala.

"Kau pun nak pergi tandas?" Tanya Dayan. Ayshara pantas mengangguk. Diambil sweater saiz besarnya dari dalam beg. Begitu juga dengan Dayan sebelum mereka keluar dari khemah. Mereka mula berjalan ke chalet.

"Dah pukul berapa ek?" Ayshara keluarkan telefon dari poket sweaternya. 5.42 pagi. Ayshara pandang langit yang masih gelap. Cuaca pun masih sejuk lagi. Nampak juga kabus. Maklumlah, banyak pokok di sekeliling mereka.

"Kau nak masuk dulu ke, aku?" Tanya Hanani sebaik sahaja mereka tiba di pintu chalet. Pihak sekolah memang sewa untuk kegunaan para pelajar. Senang. Boleh mandi dan tukar baju.

"Kau lah. Aku nak duduk luar sekejap." Kata Ayshara. Hanani hanya mengangguk sebelum dia masuk ke dalam chalet. Lampu terbuka. Rasanya ada orang di dalam.

Ayshara duduk bersila di hadapan pintu chalet. Hidungnya digosok perlahan sebelum tangan dibawa masuk semula ke dalam poket sweaternya.

"Ays?" Ayshara angkat kepala bila dia mendengar seseorang memanggil namanya.

Zakwan tersenyum suka melihat Ayshara di hadapannya. Rindu! Tanpa lengah terus dia duduk mencangkung di hadapan Ayshara.

Ayshara buat muka bosan. Tak nak cakap dengan mamat ni. Sakit hati semalam tak habis lagi.

"Hei." Panggil Zakwan lembut. Pelik dengan riak wajah Ayshara.

Ayshara diam. Tak menyahut. Boleh tegur orang ni, tak ingatlah tu apa yang berlaku.

Zakwan hembus nafas perlahan. "Awak marah lagi ke pasal hal dalam bas semalam?" Tanya Zakwan. Dia tarik sedikit hujung sweater Ayshara. Tapi Ayshara menepis. Tahulah dia Ayshara masih marah lagi.

"Look. Awak salah faham ni. Yang saya maksudkan semalam tu adalah awak. Apa pulak Qizwin masuk tiba-tiba dalam perbualan kita?" Zakwan ucap dengan lembut. Cuba memujuk.

Ayshara pandang Zakwan. Tak tahulah nak percaya ke tak.

"Awak makan dengan siapa semalam?" Tanya Ayshara.

"Makan malam?" Ayhara angguk sebagai jawapan kepada pertanyaan Zakwan.

"Dengan Arif lah. Alif dengan Wong sekali. Kenapa?" Tanya Zakwan pelik.

C | 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋Donde viven las historias. Descúbrelo ahora